Skip to content

5 BARANG IKONIK FREDDIE MERCURY YANG DIBIDA PADA HARGA TERTINGGI

KOLEKSI MEMORABILIA FREDDIE MERCURY DILELONG TIGA DEKAD SELEPAS KEMATIANNYA

Kongsikan artikel ini

Kira-kira 1,500 barang kepunyaan vokalis kumpulan Queen, Freddie Mercury akan dipamerkan kepada orang ramai sebelum dijual pada bulan September.

Koleksi itu dilelong oleh bekas teman wanita dan pewaris harta Freddie Mercury, Mary Austin menerusi Sotheby’s. Ia termasuk barang-barang jarang ditemui seperti draf lirik yang tidak pernah dilihat sebelum ini sehingga lagu-lagu popular Queen, serta kostum ikonik miliknya. Barangan lain termasuk karya Pablo Picasso 1962, Jacqueline Au Chapeau Noir yang digantung di kediaman Garden Lodge penyanyi itu. Juga sikat misai Tiffany & Co miliknya.

“Selama bertahun-tahun, saya menikmati kebahagiaan dan keistimewaan dengan hidup dikelilingi barang kesayangan Freddie Mercury. Tapi tahun-tahun itu telah berlalu. Kini tiba masa saya mengambil keputusan sukar dengan menutup bab yang sangat istimewa dalam hidup saya ini,” jelas Mary Austin dalam siaran media.

Pameran akan bermula di Sotheby’s New York pada bulan Jun sebelum bergerak ke Los Angeles dan Hong Kong pada musim panas. Ia akan berakhir di Sotheby's London pada awal September. Acara lelong akan bermula pada 6 September dalam enam sesi berasingan. Sebahagian daripada hasil jualan akan didermakan kepada Mercury Phoenix Trust dan Elton John AIDS Foundation, menurut Sotheby's.

Berikut adalah beberapa barang ikonik yang bakal dilelong dan anggaran nilainya.

4 of 10

Karya Pablo Picasso 1962 berjudul Jacqueline Au Chapeau Noir yang digantung di dapur kediaman penyanyi itu di Kensington, London. Dianggarkan bernilai: RM288,383 hingga RM402,820.

Foto: Sotheby’s

4 of 10

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

jalil hamid

MENGENANG JALIL HAMID, DARI KOMEDI SATIRA KE DRAMA JIWA

Bacaan Lanjut
10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026

10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026

Bacaan Lanjut
8 LAGU IKONIK NYANYIAN MICHAEL JACKSON

8 LAGU IKONIK NYANYIAN ‘THE LEGENDARY’ MICHAEL JACKSON

Bacaan Lanjut
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS 8

5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN

Bacaan Lanjut
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL

BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL

Bacaan Lanjut
Transisi Mega: Mark dan Ten Mencipta Identiti Baharu

TRANSISI MEGA: MARK DAN TEN NCT MENCIPTA IDENTITI BAHARU

Bacaan Lanjut