Skip to content

PENGANJUR GOOD VIBES FESTIVAL FAILKAN SAMAN RM11 JUTA TERHADAP THE 1975

KONTROVERSI GOOD VIBES FESTIVAL: THE 1975 DITUNTUT BAYAR GANTI RUGI ATAU BERDEPAN PADAH

Kongsikan artikel ini

Benar kata pepatah, ‘kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa’. Berpunca daripada mulut yang melakukan aksi sumbang dan mengeluarkan kata-kata nista, The 1975 kini berdepan natijah.

Tiga minggu selepas tercetusnya kontroversi jelik di Good Vibes Festival 2023, penganjur Future Sound Asia (FSA) membuat keputusan mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan The 1975.

“FSA menyelar keras kelakuan kumpulan itu sewaktu membuat persembahan di GVF2023 khususnya penyanyi, Matthew Timothy Healy yang menggunakan bahasa kesat, merosakkan peralatan dan berkelakuan tidak beradab.

“Ia bukan sahaja terang-terangan melanggar garis panduan tempatan dan undang-undang Malaysia, malah mencalar reputasi festival berusia 10 tahun itu,” menurut kenyataan.

The 1975

Foto: Utusan

FSA telah pun menghantar satu surat yang menuntut kumpulan Inggeris itu untuk bertanggungjawab dan membayar ganti rugi RM12.3 juta berikutan pembatalan Good Vibes Festival bulan lalu. Peguam Perundangan FSA, David Mathew dari Steven Thiru & Sudhar Partnership mengesahkan perkara itu.

“Dalam surat tersebut, FSA menuntut agar The 1975 mengaku tanggungjawab mereka dan membayar jumlah sebanyak £2,099,154.54 (RM12,347,967.91) dalam masa tujuh hari,” katanya.

The 1975 Langgar Kontrak Yang Dipersetujui

David Mathew menambah, tuntutan FSA dibuat adalah kerana pelanggaran kontrak yang disengajakan oleh kumpulan itu. Wakil The 1975 memberi jaminan bertulis bahawa mereka akan mematuhi panduan dan peraturan tempatan semasa membuat persembahan.

“Bagaimanapun jaminan itu diabaikan. Tindakan The 1975 dengan jelas melanggar perjanjian yang mengakibatkan pembatalan festival dan menimbulkan kerugian besar kepada FSA. Ia juga memberi impak buruk kepada artis tempatan dan perniagaan yang bergantung pada kejayaan festival itu.”

The 1975

Foto: The Rakyat Post

Tambah penganjur, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang di mahkamah England sekiranya tuntutan itu gagal dipenuhi dalam tempoh tujuh hari.

Bulan lalu The 1975 mencipta kontroversi setelah vokalisnya, Matty Healy mengucup pemain bass, Ross MacDonald di pentas Good Vibes Festival. Dia turut mengutuk kerajaan Malaysia berkenaan isu LGBTQ+ dan berkelakuan biadap ketika membuat persembahan.

 

Foto: The 1975

Pautan berkaitan: MATTY HEALY SINDIR PEMBATALAN GOOD VIBES FESTIVAL 2023

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

GOOD VIBES FESTIVAL 2024 DIBATALKAN

GOOD VIBES FESTIVAL 2024 DIBATALKAN

Bacaan Lanjut
good vibes festival 2024

GOOD VIBES FESTIVAL KEMBALI JULAI INI DENGAN PEGGY GOU, J BALVIN, JOJI, RUSS DAN RAMAI LAGI

Bacaan Lanjut
PUTERA HARRY TERKAIT DALAM KES SAMAN SERANGAN SEKSUAL SEAN ‘DIDDY’ COMBS

PUTERA HARRY TERKAIT DALAM SAMAN SERANGAN SEKSUAL SEAN ‘DIDDY’ COMBS

Bacaan Lanjut
DI SEBALIK PEMBATALAN KONSERT LAUV: THE BETWEEN ALBUM TOUR DI KLCC

DI SEBALIK PEMBATALAN KONSERT LAUV: THE BETWEEN ALBUM TOUR DI KLCC

Bacaan Lanjut
PEMINAT TERUJA LIHAT MUSE BAWA KELUARGA BERCUTI DI LANGKAWI

PEMINAT TERUJA LIHAT MUSE BAWA KELUARGA BERCUTI DI LANGKAWI

Bacaan Lanjut
MATTY HEALY SINDIR PEMBATALAN GOOD VIBES FESTIVAL 2023

MATTY HEALY SINDIR PEMBATALAN GOOD VIBES FESTIVAL 2023

Bacaan Lanjut