LAPAN PELAKON LELAKI BARU MESTI KENALI MENURUT GLAM LELAKI
Pelakon lelaki di Malaysia tak dinafikan lagi makin bertambah. Bakat berlakon mereka semakin mendapat perhatian. Kebelakangan ini juga mereka sering muncul di kaca TV menerusi drama dan filem. Kenali lapan pelakon lelaki baru yang memiliki bakat berlakon dan mereka mula mengumpul bilangan peminat yang tersendiri.
MUHSIN NADZLI
Muhsin Nadzli merupakan pelakon berwajah maskulin, tinggi lampai dan memiliki badan yang tegap. Kriteria klise untuk menjadi pelakon utama di Malaysia, namun dengan pakej tersebut, Muhsin semakin menyerlah sebagai pelakon. Muhsin pernah belakon dalam drama seperti Bunga’s Secret Garden dan Khunsa. Dan yang terbaru, Muhsin terlibat dalam drama Dhia Kasyarani dan Marina.
ROYCE IQRAM
Royce memulakan langkah dalam bidang hiburan sebagai model komersial dan baru-baru ini diperhatikan muncul dalam beberapa produksi TV yang mendapat sambutan baik. Imej unik dan personalitinya nyata berjaya membina nama dalam kalangan peminat hiburan tempatan.
ZHARIF GHAZI
Zharif Ghazi adalah seorang pelakon lelaki baru yang mula dikenali dalam industri hiburan tanah air. Dia mula dikenali selepas membintangi drama Khunsa. Sejak dari drama Khunsa, bakat Zharif mula mendapat perhatian dan dia semakin serius mengerjakan kerjaya sebagai pelakon. Zharif bakal muncul dengan drama baharu tidak lama lagi. Dia sering muncul dalam peranan-peranan yang memerlukan ekspresi yang mendalam dan kemampuan untuk membawa watak-watak yang berbeza.
HARIZ HAMDAN
Hariz Hamdan bukan pelakon yang sekadar kacak dan bertubuh fit, namun bakat lakonannya juga semakin baik. Hariz bersemangat ingin mengukuhkan namanya sebagai pelakon di Malaysia. Dan yang terbaru, Hariz diberi tanggungjawab untuk membawa watak utama dalam filem Sahak Gangster.
ANIQ DURAR
Aniq Durar merupakan pelakon yang sangat berpotensi. Bermula dengan berlakon watak sampingan dan seterusnya berjaya meraih trofi Pelakon Lelaki Harapan, Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-33 menerusi filem Pagari Bulan. Dengan kemenangan itu, membuktikan Aniq Durar selayaknya dianggap sebagai pelakon pelapis di Malaysia.
EVERTTS GOMES
Pelakon yang berasal dari Sabah ini, kini sedang sibuk dengan beberapa naskhah, termasuk bekerjasama dengan beberapa pelakon senior hebat lain. Evertts pernah berkongsi mengenai harapannya dalam bidang seni untuk meneruskan kerjaya sebagai pelakon yang berbakat dan tersohor pada masa akan datang. Evertts mula dikenali sejak berlakon dalam drama Kelas Tahanan Cikgu Haragi.
SYAFI TEE
Syafi Tee lahir dari keluarga yang berpengaruh. Namun, anak kedua daripada enam beradik ini memberitahu, penglibatan seriusnya dalam dunia lakonan bermula lima tahun lepas. Syafi semakin giat mendapat tawaran lakonan bagi beberapa naskah drama sebagai watak pembantu. Melalui akaun media sosialnya, Syafi banyak berkongsi perihal kerja dan drama terbarunya bertajuk Rona Bosphorus mula mencetus fenomena. Ofis Politik, Pavlova Buat Delfina dan Terlanjur Cinta antara drama lakonan Syafi Tee.
LORENZO IRMANN
Berwajah kacukan Melayu-Itali, pelakon bernama Lorenzo Irmann mungkin akan lebih dikenali jika anda melayari akaun TikTok-nya. Kata Lorenzo dalam satu wawancara, sebagai seorang anak seni, dia terbuka untuk untuk mencuba pelbagai karakter sekaligus mencabar diri menghidupkan jalan cerita berbeza. Biarpun masih baru dalam dunia lakonan, Lorenzo telah berlakon beberapa drama seperti Ternyata Sebuah Bahagia, Rampas Cintaku dan terkini, Akad Yang Terlindung.
Artikel berkaitan: FRANK LEE, MODEL BARU MESTI KENALI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
JAZMY JUMA, “JUJURLAH DENGAN EMOSI SENDIRI. PELAJARI MANUSIA, BUKAN SEKADAR SKRIP.”
Sebagai pelakon muda yang sedang meningkat naik, Jazmy Juma mula menempa nama sejak berlakon dalam drama Nuh & Nayla dan Hilang Dalam Rindu.
5 BAKAT BAHARU YANG DIJANGKA “GOING BIG” PADA 2026
Menjelang 2026, lima bakat baharu ini dijangka mencipta impak lebih besar melalui lakonan, muzik dan personaliti mereka.
IMBAS 8 LELAKI YANG MENGHIASI COVER GLAM LELAKI 2025
Mari imbas semula 8 lelaki ikonik yang menjadi penghias cover GLAM Lelaki pada tahun 2025 dengan aura mereka yang tersendiri.
THE HYPEMAKERS, KENALI 5 JEJAKA WAJAH HADAPAN NOVEMBER 2025 INI
GLAM Lelaki menampilkan Mierul, Sky, Salman, Fazziq dan Ismail Izzani sebagai The Hypemakers buat wajah hadapan November 2025.
6 PERSONALITI DENGAN KERJAYA DAN GAYA HIDUP YANG ‘CEMERLANG’
Enam personaliti dengan kerjaya hebat dan gaya hidup sihat. Mereka buktikan disiplin diri dan keseimbangan hidup tunjang kejayaan mereka.
JAY ISKANDAR TERINGIN CUBA BERLAKON WATAK ‘LOVERBOY’
Wajahnya menghiasi drama-drama tempatan sebagai 'muka baharu', Jay Iskandar ialah salah seorang pelakon baharu yang menjadi perhatian ramai.











