“LELAKI ITU SEKSI APABILA HE KNOWS TO TREAT A WOMAN RIGHT.” – TISYA ONG #GLWANITAIDAMAN
GL Wanita Idaman pilihan GLAM Lelaki kali ini menampilkan pelakon dan model, Tisya Ong yang berkongsi tentang durian, lelaki idaman dan motorsports.
Nama gadis berusia 23 tahun ini mungkin belum sebesar nama-nama bintang muda lain. Tetapi kini, dia sudah bersedia untuk mencipta nama sebagai pelakon, model dan pempengaruh media sosial yang dikenali ramai. Berbekalkan raut wajah yang cantik bersama sisi seksi yang menyerlah, GLAM Lelaki menampilkan Tisya Ong yang berasal dari Selangor Darul Ehsan sebagai Wanita Idaman untuk edisi kali ini.
Mula dikenali melalui siri televsiyen seperti ‘Histeria the Series’ pada 2022, Tisya membintangi siri drama “Hawt Fellas” yang ditayangan pada awal tahun ini. Siri yang ditayangkan melalui TV3 itu turut menampilkan Nabil Aqil, Atiq Azman dan ramai lagi. Dia juga pernah menyertai pertandingan ratu cantik di peringkat negara dan antarabangsa. Dia merupakan Miss Eco Malaysia 2023 yang telah mewakili Malaysia untuk pertandingan peringkat Miss Eco International 2023 di Kaherah, Mesir.
Terbaharu, dia dilihat menghangatkan pentas peragaan di Kuala Lumpur Fashion Week 2024. Tisya Ong telah berjalan untuk jenama fesyen popular tempatan seperti Fiziwoo dan Taguwaruwa. Dia turut menduduki barisan kerusi hadapan untuk beberapa pereka dan jenama fesyen untuk acara fesyen tahunan yang diadakan di Suria KLCC kali ini.
Ikuti temu bual bersama Tisya Ong yang merupakan Wanita Idaman pilihan GLAM Lelaki kali ini:
-
Ceritakan sedikit tentang diri kamu. Apakah yang orang lain tidak tahu tentang Tisya?
Saya adalah seorang model, pelakon, dan ‘influencer’. Dan kini saya berada di semester akhir pengajian dalam bidang perbankan dan kewangan. Ramai yang mungkin mengenali saya melalui kerjaya saya di hadapan kamera, tetapi satu perkara yang mereka tak sangka adalah saya sebenarnya seorang ‘hantu durian’. Saya memang sangat gemar makan durian! Mengimbangi minat saya dalam dunia kewangan dan kreatif menjadikan hidup saya penuh dengan cabaran dan kejutan.
-
Tisya Ong dalam 3 patah perkataan?
Determined, outgoing dan adventurous.
-
Apakah perkembangan terkini anda?
Awal tahun ini, saya mendapat peluang pertama sebagai seorang pelakon wanita utam dama sebuah drama RTM. Ia merupakan pengalaman yang sangat mengujakan. Selepas menyertai Kuala Lumpur Fashion Week 2024, di mana saya berjalan untuk beberapa pereka dan jenama fesyen, serta menjadi tetamu jemputan mereka. Kini saya mahu mengubah fokus. Saya merancang untuk mendalami dunia sukan permotoran dan menjadikan sebahagian besar daripada masa depan saya. Motorsports has always been my biggest passion.
-
Kongsikan pengalaman menarik bergelar Miss Eco Malaysia 2023?
Bersaing di Mesir sambil mengibarkan bendera Malaysia adalah pengalaman yang benar-benar tidak dapat dilupakan. Saya dapat melihat Piramid Giza, salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia, secara langsung juga sangat mengagumkan. Pengalaman ini menjadi lebih bermakna apabila saya dapat berhubung dengan lebih 60 gadis dari pelbagai negara, menjalin ikatan yang akan sentiasa saya hargai.
-
Tisya sebagai model atau Tisya sebagai pelakon?
Saya lebih melihat diri saya sebagai seorang model, walaupun saya masih jauh untuk dianggap sebagai seorang profesional. Namun, memandangkan saya telah banyak melakukan pekerjaan peragaan berbanding lakonan dan terikat dengan masa sebagai pelajar ijazah, ini adalah fokus utama saya buat masa ini.
-
Apakah cabaran yang anda hadapi sebagai figura awam?
Sebagai seorang figura awam, salah satu cabaran terbesar saya adalah menghadapi penilaian yang berterusan. Saya lebih berhati-hati mengenai apa yang saya kongsikan kepada umum. Dan bagaimana saya bertindak di tempat awam kerana media sosial sering menyebabkan salah faham tentang diri saya.
-
Pada pendapat anda, apakah definisi seksi buat Tisya?
Secara personal, saya merasakan seksi itu hadir daripada personaliti berbading paras rupa seseorang. With confidence comes sexiness.
-
Siapakah wanita/lelaki yang seksi di mata anda?
Pada saya, Megan Fox adalah wanita yang paling seksi. Manakala, Bront Palarae pula adalah lelaki yang seksi di mata saya.
-
Kamu rasa lelaki itu seksi bila…
Lelaki itu seksi apabila he knows to treat a woman right.
-
Gambarkan lelaki idaman anda?
Seseorang yang menghargai keluarga, menghormati orang di sekelilingnya, rajin bekerja, dan mempunyai matlamat yang jelas. Kesetiaan adalah yang paling penting bagi saya. Nampaknya kualiti-kualiti ini adalah asas yang minimum, tetapi agak sukar untuk ditemukan hari ini.
-
Apakah ‘red flags’ pada lelaki?
Dishonesty, poor communication, lack of ambition dan respect.
-
Pernah mengalami ‘awkward date’ sebelum ini?
Ya, sudah pasti. I’ve had my share of awkward dates! Ada sekali itu, saya keluar bersama seorang lelaki yang menipu tentang usia dan ketinggiannya. Itu bukanlah isu yang besar pada saya. Tetapi, penipuan itu yang dilakukan sejak awal lagi yang membuat saya terus hilang minat dan kepercayaan kepadanya.
-
Apakah tiga perkara yang wanita tidak patut buat jika pertama kali keluar dengan lelaki?
Kepada wanita, jangan sesekali percayakan kata-kata manis mereka. Jangan letakkan harapan yang tinngi dan akhir sekali, jangan mengungkit kisah masa lalu anda.
-
Boxers or briefs?
Boxers kot haha.
-
Apakah perkara yang ramai salah faham mengenai Tisya?
Orang selalu anggap Tisya ini sombong dan garang dari media sosial. Sampailah mereka berjumpa dengan saya depan-depan haha. Im actually quite the opposite.
-
Adakah anda mahu meneruskan pengajian di universiti?
Saya sedang menamatkan semester terakhir ijazah saya. Dan saya rasa itu akan menjadi fokus utama saya buat masa ini.
-
What’s next for Tisya Ong?
Seperti yang saya kongsikan, motorsports! Saya mahu membawa diri saya mendalami dunia sukan permotoran. Sama ada dalam bidang bisnes, karier mahupun creating contents.
Foto: Tisya Ong dan Instagram
Baca lebih lanjut: LUGANO, DESTINASI PERCUTIAN ‘LA DOLCE VITA’ DI SWITZERLAND
Tags
Artikel Yang Berkaitan
7 FILEM HEBAT LAKONAN DATUK AARON AZIZ
Dikenali kerana bakat lakonan yang luar biasa, Datuk Aaron Aziz keperibadian yang memikat, serta keupayaan menghidupkan watak penuh jiwa.
DATUK ADI PUTRA PUNCA AIR MATA AMYRA ROSLI MENITIS
Datuk Adi Putra, namanya menjadi sebutan apabila memegang watak antagonis yang bisa membuat aktres Amyra Rosli tersiksa.
FATTAH AMIN: MENJIWAI WATAK DALAM “BIDAAH”
Bidaah bukan sekadar drama, tetapi sebuah pengalaman emosi yang mendalam dan Fattah Amin adalah bintang yang menerangi kisah ini.
MEERQEEN: BINTANG MUDA MALAYSIA YANG MENAWAN
Dalam landskap hiburan Malaysia yang dipenuhi dengan bakat luar biasa, Meerqeen muncul sebagai pelakon muda paling bersinar dalam industri.
FATTAH AMIN: RAMADAN, FASA BARU SEBAGAI SEORANG BUJANG
Ramadan kali ini membawa makna yang berbeza buat Fattah Amin. Tahun-tahun lalu, dia menunaikannya sebagai seorang suami, berbeza tahun ini.
ALIFF AZIZ: SEORANG LELAKI YANG SEMAKIN MATANG
Dari bintang di pentas hiburan hingga menjadi bapa, Aliff Aziz adalah bukti bahawa setiap lelaki boleh berubah kepada lebih baik.