LUKE BRYAN BAKAL LANTUN ‘NATIONAL ANTHEM’ DI SUPER BOWL
Jika ditanya, acara sukan besar-besaran apakah yang bakal ditunggu khusus buat warga Amerika Syarikat, sudah pastinya acara Super Bowl 51 yang bakal diadakan secara langsung dari NRG Stadium di Houston. Pastinya yang mencuri tumpuan selain dari pasukan-pasukan yang bertanding adalah acara persembahan nyayian yang diselitkan sewaktu half-time sebelum menantikan masa kedua.
Sekiranya Lady Gaga dijadualkan akan membuat persembahan memgikuti jejak Beyonce, Katy Perry, Madonna dan Bruno Marr membuat persembahan selama 15 minit tanpa henti, Luke Bryan, antara penyanyi country ternama juga turut diberi penghormatan untuk melantunkan lagu kebangsaan Amerika sewaktu Super Bowl nanti.
Sudah pasti ia satu penghormatan kerana bukan calang-calang penyanyi dipilih untuk menyanyikan lagu kebangsaan tersebut dihadapan ratusan ribu penonton yang membanjiri stadium itu n
Sudah pasti ia satu penghormatan kerana bukan calang-calang penyanyi dipilih untuk menyanyikan lagu kebangsaan tersebut dihadapan ratusan ribu penonton yang membanjiri stadium itu nanti. Luke Bryan bakal mengikuti langkah penyanyi Whitney Houston, Idina Menzel, Kelly Clarkson, Billy Joel, Beyoncé dan Mariah Carey.
Semalam, Luke Bryan menyampaikan berita gembira ini di laman Instagramnya. Diharapkan Luke dapat memberikan persembahan yang terbaik dan jangan mengulangi kesilapan yang dlilakukan oleh Christina Aguilera yan terlupa lirik sewaktu persembahan tersebut sewaktu Super Bowl 2000.
https://www.instagram.com/p/BPlBR2AA1L0/?taken-by=lukebryan
Oleh Wan Mohd Firdaus, 23 Januari 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA
Di sebalik bakat dan populariti, lima selebriti ini juga menunjukkan dedikasi mereka dalam membina tubuh yang tegap dan kehidupan yang lebih sihat.
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026
Terokai trend utama KLFW 2026 dari sentuhan batik moden, gaya jalanan berani, hingga busana lelaki terkini di pentas peragaan tempatan.
5 FILEM YANG MEMBUKTIKAN BAKAT LAKONAN DAIYAN TRISHA
Biarpun sudah lama mengikuti atau baru mahu mengenali Daiyan Trisha, lihatkan lima sorotan filem terbaik yang menjadi bukti bakat lakonannya.
GABRIETTE SAH BERGELAR ISTERI MATTY HEALY MEMAKAI MATIÈRES FÉCALES
Gabriette bergelar isteri menggayakan haute couture bride daripada Matières Fécales dan hanya memegang sekuntum ros.
5 JAM TANGAN MEWAH DENGAN ‘STYLE EQUITY’ TERTINGGI 2026
Cari jam tangan mewah pelaburan terbaik 2026. Terokai 5 jam tangan mewah yang menawarkan Style Equity tinggi untuk gaya maskulin moden.












