MAKNA ISTIMEWA DI SEBALIK NAMA ANAK KEDUA PUTERI EUGENIE & JACK BROOKSBANK
Dua tahun bergelar ibu, Puteri Eugenie kini dikurniakan seorang lagi putera pada 30 Mei lalu.
Khabar gembira itu dikongsikan bersama peminat Diraja menerusi satu hantaran di Instagram. Ini merupakan cahaya mata kedua Putera Eugenie bersama suaminya, Jack Brooksbank. “Saya dan Jack ingin mengumumkan bahawa kami telah selamat menimang anak lelaki, Ernest George Ronnie Brooksbank pada 8.49 pagi seberat 7.1 paun. Dia dinamakan sempena nama moyangnya George, datuknya George dan datuk saya Ronald,” tulis puteri berusia 33 tahun itu.

Foto: Instagram
Sepupu kepada Putera William dan Putera Harry itu mengumumkan kehamilan keduanya Januari lalu dengan memuat naik sekeping foto istimewa. Foto itu memperlihatkan anak lelakinya yang berusia lebih setahun sedang memeluk dan mengucup perutnya. “Kami amat teruja untuk berkongsi bahawa kami sedang menanti kehadiran ahli keluarga baru pada musim panas ini,” tulisnya.

Foto: Instagram
Tags
Artikel Yang Berkaitan
NABIL MAHIR & AYDA JEBAT MENANTI KEHADIRAN ANAK KEDUA
Lebih setahun dikurnia puteri sulung, kehidupan Nabil Mahir dan Ayda Jebat bakal diserikan dengan kehadiran zuriat kedua tidak lama lagi.
DR SHEIKH MUSZAPHAR KINI BERGELAR BAPA KEPADA TUJUH CAHAYA MATA
Kehidupan Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan isteri, Datin Dr Halina kini lebih berseri dengan kehadiran orang baru dalam keluarga mereka.
IAN SOMERHALDER & NIKKI REED SAMBUT KELAHIRAN PUTERA SULUNG
Lima tahun dikurniakan anak pertama, kehidupan Ian Somerhalder dan Nikki Reed diserikan lagi dengan kehadiran cahaya mata kedua.
5 FAKTA MENGENAI MILENIAL TERKAYA UK, DUKE OF WESTMINSTER HUGH GROSVENOR
Seawal usia 25 tahun, dia telah pun mewarisi gelaran Duke of Westminster dan mempunyai portfolio hartanah antarabangsa yang luas.
ZAKI AZEMAN BERKONGSI PENGALAMAN MENIMANG CAHAYA MATA PERTAMA
Genap setahun bergelar suami, Zaki Azeman kini memegang status baharu dalam hidupnya - seorang bapa.
RAJA CHARLES III MEMECAH TRADISI DIRAJA PADA UPACARA PERTABALAN
Istiadat pertabalan Raja Charles menyaksikan baginda melanggar tradisi dengan memilih pendekatan moden.