AARON AZIZ, IEDIL PUTRA SEPENTAS DENGAN CHRIS HEMSWORTH
Sebuah video yang menunjukkan Datuk Aaron Aziz berdiri sepentas dengan Chris Hemsworth tular, sekali gus mengujakan peminat.
Dalam video tersebut, Aaron Aziz dilihat berjabat tangan dengan pengarah Sam Hargrave sebelum menyambut salam yang dihulur Chris Hemsworth. Turut kelihatan bersama mereka adalah aktor The Assistant, Iedil Putra. Chris Hemsworth berada di Manila, Filipina untuk mempromosikan sekuel filem Extraction lakonannya.
“Alhamdulillah kerana diberi peluang untuk berada di Manila. Allah sebaik-baik perancang. Babak pertarungan gempak gila! Seratus kali lebih baik berbanding Fast X. Anda semua kena tonton,” tulis Aaron Aziz di Instagram. Dia turut menyertakan tanda pagar #TylerRakeLives dan #Extraction2PH.

Foto: Instagram
Melihatkan penampilan Aaron Aziz dan Iedil Putra di atas pentas, ramai tersalah anggap bahawa mereka turut terlibat dalam filem terbaru lakonan Chris Hemsworth itu. “Wah, dia berlakon di samping Thor (Chris Hemsworth)? Ini sangat mengagumkan,” tulis seorang netizen. Seorang lagi peminat menambah, “Saya pasti akan menonton filem ini nanti. Artis kita berlakon dalam filem Hollywood.”
Difahamkan Aaron Aziz dan Iedil Putra menerima jemputan eksklusif untuk memeriahkan malam Gala Filem Extraction 2 yang berlangsung di sebuah pusat membeli-belah di Manila. Beberapa lagi aktor tersohor Asia turut dijemput ke tayangan perdana filem terbaru Netflix itu termasuk Derek Ramsay, Ananda Everingham dan Nawat Kulrattanarak.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PERCERAIAN ARTIS MALAYSIA YANG MENJADI BUALAN HANGAT PADA 2023
Perceraian selebriti bagaikan trend beberapa tahun kebelakangan ini bukan sahaja di Hollywood, tetapi juga dalam industri hiburan tempatan.
PERSOALAN MENGAPA AARON AZIZ & IEDIL PUTRA SEPENTAS DENGAN CHRIS HEMSWORTH TERJAWAB
Teka-teki peminat akhirnya terlerai setelah Netflix mengeluarkan video promosi filem Extraction 2 di media sosial baru-baru ini.
ANUGERAH THE KNIGHTS 2023 MENGIKTIRAF PENCAPAIAN DATO’ DR SHEIKH MUSZAPHAR & AARON AZIZ
Beberapa selebriti dan ikon negara meraih pencapaian membanggakan dalam hidup apabila diiktiraf sebagai penerima Anugerah The Knights 2023.
10 FAKTA MENARIK AKSI DI BALIK TABIR FILEM ‘EXTRACTION 2’ LAKONAN CHRIS HEMSWORTH [SPOILER ELERT]
Bintang adi wira Thor, Chris Hemsworth kembali memegang watak Tyler Rake dalam filem aksi Netflix terbaharu, “Extraction 2”.
5 SOALAN BERSAMA SAM HARGRAVE, PENGARAH FILEM ‘EXTRACTION 2’ [SPOILER ALERT]
Filem terbaharu lakonan Chris Hemsworth, “Extraction 2” yang diarahkan oleh Sam Hargrave akan ditayangkan bermula 16 Jun 2023 di Netflix.
10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG JUN 2023
Dari filem “Extraction 2” lakonan Chris Hemsworth kepada siri hangat terbaharu “The Idol” lakonan The Weeknd dan Lily-Rose Depp, laman penstriman utama membariskan 10 rancangan ‘must watch’ sepanjang Jun 2023.