MENGAPA KELESTARIAN ALAM MENJADI KEUTAMAAN KERABAT DIRAJA BRITAIN?
Dua tahun lalu pasangan itu tiba di majlis anugerah The Earthshot Prize pertama di London menaiki kereta Audi elektrik sepenuhnya yang beroperasi tanpa mengeluarkan sebarang karbon dioksida.
Raja Charles membuat penampilan sama ketika tiba di majlis perasmian Sukan Komanwel tahun lalu dengan menaiki Aston Martin yang menggunakan bahan api E85 yang dicampur dengan wain putih Inggeris dan dadih daripada keju diproses.
Andrei Cherny, Ketua Pegawai Eksekutif Aspiration berkata, “Kerabat Diraja tidak mempunyai kuasa selain kuasa untuk mendidik, memberi inspirasi dan motivasi. Berbilion orang di seluruh dunia perlu mengubah cara mereka makan, mengembara, berbelanja dan menyimpan, sebaliknya keluarga Diraja mempunyai kedudukan unik untuk memacu transformasi budaya itu.”
Putera William mengambil alih peranan ini dengan melancarkan The Earthshot Prize, anugerah tahunan buat lima pemenang yang komited untuk mencipta penyelesaian alam sekitar. Usaha ini mengukuhkan pendiriannya terhadap perubahan iklim dan menjadikan dedikasinya terhadap usaha itu lebih jelas di mata dunia.

Foto: Getty Images
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TANDA CINTA RAJA CHARLES III BUAT ISTERI, PERMAISURI CAMILLA
Demi membuktikan cinta, Raja Charles III menunaikan impian isterinya untuk melihat kawasan kediaman miliknya bebas daripada gangguan luar.
ANTA PERMANA LAGU KEGEMARAN RAJA CHARLES III
Siapa sangka lagu Anta Permana dendangan Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza tersenarai dalam playlist peribadi Raja Charles!
ISYARAT MANIS DARIPADA PUTERA WILLIAM BUAT ANAK PEREMPUANNYA, PUTERI CHARLOTTE
Putera William secara terbuka menunjukkan rasa kasih dan sayang pada Puteri Charlotte dengan memakai gelang manik pemberian puterinya.
ALASAN MENGAPA PUTERA WILLIAM TIDAK PERNAH MENYARUNG CINCIN PERKAHWINAN
Ramai tidak menyedari bahawa Putera Wales tidak pernah menyarung cincin sejak mendirikan rumah tangga sehingga ke hari ini.
DIET PEMAKANAN AMALAN RAJA CHARLES III & PERMAISURI CAMILLA
Pengarang dan pengkritik makanan, Tom Parker Bowles berkongsi sedikit sebanyak tentang pemakanan yang diamalkan oleh ibu, Permaisuri Camilla dan bapa tirinya, Raja Charles.
PUTERA HARRY TERIMA ‘HADIAH HARI LAHIR’ DARIPADA MENDIANG PERMAISURI ELIZABETH
Kekayaan Putera Harry meningkat secara mendadak pada ulang tahun kelahirannya yang ke-40 baru-baru ini.