Skip to content

“MENGIKUTI JEJAK LANGKAH PHOEBE DYNEVOR DAN REGE-JEAN PAGE BANYAK MENGAJAR SAYA.” – JONATHAN BAILEY MENGENAI BRIDGERTON 2

Kongsikan artikel ini
4 of 4

Musim pertama yang lalu memberikan antara momen televisyen yang paling seksi dan hangat. Boleh kongsikan mengenai musim kedua pula, adakah ia akan sehangat seperti musim pertama?

Cr. Liam Daniel/Netflix © 2022

Simone: Ya, dalam aspek yang tersendiri. Apa yang membuat Bridgerton istimewa adalah ia memberikan identiti yang berbeza setiap kali. Kisah Daphne dan Simon akan berbeza dengan cerita Anthony. Mereka tidak berkongsi jenis percintaan yang sama. Sudah pasti, kisah Anthony dan Kate lebih rumit. Kita dapat melihat “kehangatan dan keghairahan” antara mereka bergerak lebih perlahan sebelum ia meletus Ia seperti eksplorasi perhubungan cinta yang berbeza. Tarikan antara mereka itu lebih mendalam.

Jonathan: Kisah percintaan Daphne dan Simon seperti tidak seimbang. Ia mengisahkan tentang Daphne yang baharu meningkat usia dan mula merasai kebangkitan seksual. Hubungan antara dua karakter ini lebih menyeluruh kerana ia melibatkan status antara kedua-dua keluarga serta trauma yang dialami mereka. Saya tidak sabar untuk melihat Bridgerton mengekplorasi lebih banyak bentuk hubungan cinta pada tahun-tahun akan datang.

Cr. Liam Daniel/Netflix © 2022

Boleh kongsikan kisah-kisah menarik yang berlaku ketika penggambaran musim kedua ini?

Charithra: Adakalanya sesuatu perkara itu menjadi kelakar kerana sebab yang berlainan. Seperti melihat Ruth Gemmell (Violet Bridgerton) ketawa, ia sangat terharu tetapi ia turut membuat saya juga ketawa bersama.

Jonathan: Ada momen-momen histeria yang kami hadapi bersama. Adegan keluarga Bridgerton dan Sharma sangat mengujakan, dan sudah tentu kami menyayangi antara satu sama lain. Setiap barisan skrip dan percakapan sangat pantas, tulisan Chris Van Dusen dielevasikan dalam drama period seperti ini. Ia sangat sukar. Dan apabila anda mula ketawa, setiap perkataan tidak akan keluar dengan betul. Ramai yang akan tersasul dan tersalah menyebut perkataan. Itulah highlight bagi saya. Apabila anda mengenali antara satau sama lain, dan melihat reaksi pada mata masing-masing. Saya tidak meerasakan akan ada bloopers, tetapi ia boleh dijadikan satu episod.

Siri Bridgerton musim kedua boleh mula ditonton bermula 25 Mac 2022 secara eksklusif melalui laman penstriman, Netflix.

Foto: Netflix Malaysia

Baca lebih lanjut: MENGAPA ANUGERAH AKADEMI DIGELAR SEBAGAI OSCAR?

4 of 4

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

7 FILEM DAN SIRI BAHARU DI NETFLIX PATUT TONTON

7 FILEM DAN SIRI BAHARU DI NETFLIX PATUT TONTON

Bacaan Lanjut
KEHANGATAN FILEM ANIMASI NETFLIX, K-POP DEMON HUNTERS

KEHANGATAN FILEM ANIMASI NETFLIX, K-POP DEMON HUNTERS

Bacaan Lanjut
Squid Game season 3

BAHAGIAN TERBURUK DALAM SQUID GAME SEASON 3 (SPOILER ALERT)

Bacaan Lanjut
KENALI 7 PELAKON SIRI NETFLIX TERBARU, BET

KENALI 7 PELAKON SIRI NETFLIX TERBARU, BET

Bacaan Lanjut
cerita menarik di Netflix mesti tonton

CERITA MENARIK DI NETFLIX TERKINI MESTI TONTON

Bacaan Lanjut

GAYA BEST DRESSED LELAKI DI OSCAR 2025

Bacaan Lanjut