MESSI MASIH BERBISA! UNGGULI ANUGERAH BALLON D’OR KALI KE-6
Seperti yang dijangka, Lionel Messi sekali lagi dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Ballon d’Or buat kali keenam menumpaskan pasaing utamanya, iaitu bintang Liverpool, Virgil van Dijk. Kemenangan yang dirangkul turut mengetepikan antara pesaing terdekat Messi, iaitu Cristiano Ronaldo dari kelab Juventus yang unggul di tempat ketiga, namun tidak kelihatan kelibat Cristiano pada malam itu.
Messi yang berusia 32 tahun turut berjaya meraih anugerah tersebut berturut-turut pada tahun 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2015 dan menjadi finalis lebih daripada 11 kali berbanding pemain lain. Kedua-dua pemain, Messi dan Ronaldo sebelum ini mencatat rekod yang sama dengan kemenangan lima trofi.

Foto: Instagram @lionelmessi

Foto: Franck Fife/AFP
Jelas Messi, “Ini adalah hari yang sangat istimewa, begitu juga dengan anugerah ini yang bermakna dan saya sangat gembira. Sudah 10 tahun sejak saya memenangi Ballon d’Or yang pertama buat saya di sini di Paris dan saya ingat lagi hadir ke sini bersama tiga lagi abang saya, saya berumur 22 tahun ketika itu dan ia masih sukar dipercayai apa yang saya lalui ketika itu,” kata Messi selepas menerima anugerah daripada pemenang tahun lalu, Luka Modric di pentas sambil diiringi dengan tepukan dan sorakan orang ramai.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KENALI SYED ABDULLAH SYED ABDUL RAHMAN, ABANG YB SYED SADDIQ YANG TAMPAN PERSIS MODEL
Kami di GL tidak boleh menafikan personaliti serta aura tampan abang kepada YB Syed Saddiq itu.
SYAMSUL YUSOF: PENGARAH VISIONARI FILEM MALAYSIA
Dalam lanskap filem Malaysia yang semakin berkembang, tidak banyak nama yang mampu menyaingi kehebatan dan pengaruh seperti Syamsul Yusof.
AUGUSTIN ENG, PASANG IMPIAN BEKERJASAMA DENGAN PEREKA FESYEN LOKAL
Augustin Eng mula dikenali sejak dia aktif berkongsi content menarik di media sosial. GLAM Lelaki mengenali ‘content creator’ muda ini lebih dekat.
“HUBUNGAN SAYA DENGAN MUZIK SANGAT UNIK & INTIMATE.” – NINA HASNUL
Nama Nina Hasnul cukup dikenali lebih-lebih lagi dalam kalangan peminat muzik dan fesyen tidak kira lelaki atau wanita.
NIK RIFA’IE: WAJAH UTAMA GL GANG & MENYELAMI KREATIVITI BINTANG BERBAKAT BESAR
Nik Rifa'ie yakin bahawa inisiatif ini akan membawa inspirasi kepada ramai, sekaligus membuka peluang baru.
LACOSTE STRIPS DOWN TAYLOR ZAKHAR PEREZ UNTUK KEMPEN TERBARU
Taylor Zakhar Perez tampil bergaya di hadapan lensa dengan hanya mengenakan Lacoste minimalist boxer briefs. Oh...hangat!