MICHELLE YEOH MENYINDIR HOS CNN KETIKA MEMBERI UCAPAN KEMENANGAN OSCAR?
Ucapan kemenangan Michelle Yeoh dilihat amat berinspirasi, bagaimanapun ada yang berpendapat aktres kelahiran Perak itu memberi respons halus kepada komen seksis hos CNN, Don Lemon mengenai calon presiden dari parti Republikan, Nikki Haley yang telah pun melepasi ‘detik kegemilangannya’ pada usia 51 tahun.
“Adakah ini sindiran buat Don Lemon atas komennya yang mendakwa ‘wanita melepasi detik kegemilangannya pada usia 50-an?’” tanya pengulas politik, Stephanie Hamill di Twitter.
“Saya rasa Michelle Yeoh mempersenda Don Lemon semasa memberi ucapan kemenangan Oscar,” tulis editor kanan Daily Beast, Matt Wilstein.
“Sindiran yang hebat kepada kenyataan Don Lemon tentang ‘melewati detik kegemilangan wanita,’” tambah penulis kolum Bloomberg Opinion, Robert A. George.

Foto: NY Post
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GAYA BEST DRESSED LELAKI DI OSCAR 2025
Pada Anugerah Akademi ke-97, Oscar yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, bintang-bintang lelaki Hollywood mempamerkan gaya fesyen yang memukau di karpet merah.
INSIDEN TAMPAR DI OSCAR, WILL SMITH MASIH BERDENDAM?
Sedang team Oscar bersiap sedia untuk pengumuman calon Oscar 2025, ramai yang mengimbas kembali apa yang telah terjadi dan, Will Smith vs Chris Rock paling dingati dalam sejarah anugerah itu. Dunia masih tidak melupakan tragedi paling buruk di Anugerah Oscar pada 2022, apabila aktor Will Smith menampar hos dan juga aktor komedi Chris Rock secara…
MICHELLE YEOH BAKAL TERAJUI SIRI BLADE RUNNER 2099
Siri itu merupakan sekuel kepada Blade Runner asal dari tahun 1982 dan filem seterusnya, Blade Runner 2049 (2017).
MICHELLE YEOH DIANUGERAHKAN PINGAT KEBEBASAN PRESIDEN AS
Michelle Yeoh menerima pingat itu atas kejayaannya sebagai warga Asia pertama memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik pada Oscar 2023.
MICHELLE YEOH BAKAL DIKURNIA PINGAT TERTINGGI OLEH PRESIDEN JOE BIDEN
Tan Sri Michelle Yeoh bakal menyertai senarai penerima Pingat Kebebasan Presiden tersohor dunia termasuk Mother Teresa, John F Kennedy, Bill Clinton dan Stephen Hawking.
15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG JANUARI 2024
Dari siri “The Brothers Sun” lakonan Tan Sri Michelle Yeoh kepada filem “Foe” lakonan Paul Mescal dan Saoirse Ronan, laman penstriman utama membariskan 15 rancangan yang ‘must watch’ sepanjang Januari 2024.