NEW GEN 2021: THE NEW SYSTEM: YUSUF BAHRIN
THEY ARE HERE TO RULE TO THE NEW ERA. GLAM LELAKI TAMPILKAN TIGA LELAKI DARI LATAR BELAKANG YANG BERBEZA, BERAMBISI YANG TERSENDIRI, NAMUN SAMA-SAMA BERPONTESI TINGGI MERANGKA KERJAYA YANG CEMERLANG DALAM BIDANG YANG DICEBURI. WAJAH-WAJAH BAHARU NAN SEGAR, MEERQEEN, ZHENG NINGG DAN YUSUF BAHRIN KAMI PERKENALKAN.
Pengarang Fesyen & Arahan Kreatif: JOHAN KASSIM, Pembantu Penyelaras: AIZAT AIDID & KHAIRUL ABIDIN, Teks: RYAN MOHAMAD Grooming: SAHIR SABRI, Rambut: VV CHAN, Gambar: EDMUND LEE (ONE3FOUR STUDIO), Pengarah Video: NISA HALID, Videografer: SYAFIQ SAZALY
YUSUF BAHRIN, PELAKON


SEMUANYA VERSACE CLASH 2021 COLLECTION
“Tak salah jika pengarah memilih pelakon berdasarkan populariti di media sosial. Kerana peluang itu harus terbuka untuk semua.” Yusuf Bahrin memiliki aura hero pelapis tanah air seperti Remy Ishak, Bront Palarae, Iedil Putra. Walaupun bersahaja tika menjawab soalan, tapi siapa sangka dia optimistik dan bijak menyusun kata. Sedikit demi sedikit Yusuf berlatih menguatkan repertoirnya sebagai pelakon Melayu tanah air.
Ingin menjual ubat kuat selorohnya. “Saya akan menjual makanan tambahan seperti pil pembakar lemak dan sebagainya khusus untuk kaki gim dalam masa terdekat.” Tidak pernah terpalit dengan sebarang kontroversi tetapi Yusuf sudah mempersiapkan diri untuk menghadapi segala yang berlaku katanya, “Saya cuba positifkan diri jika ada perkara negatif melanda saya. Kerana setiap perkara yang terjadi pasti ada benda yang baik berlaku contohnya untuk saya berubah menjadi lebih baik dan sebagainya. Saya tidak takut dengan kritikan dan akan membiarkan saja jika ada komen-komen nakal yang berlegar di ruang komen di media sosial saya,” katanya beranjakan paradigma.
Ketika ditanya bagaimanakah generasi seni sekarang ingin menjadi anak seni yang disegani? Dia menjawab, “Sebagai seorang selebriti saya tidak semestinya harus berlakon sepanjang masa. Di sebalik itu kita harus lakukan perkara perkara yang baik contohnya program amal.”

KEMEJA SILK BERCORAK, DIOR MEN MUSIM BUNGA 2021, SELUAR, BURBERRY MUSIM BUNGA 2021, RANTAI, VERSACE CLASH 2021 COLLECTION

KARDIGAN, KEMEJA & SELUAR KODUROI CITRA GUCCI MUSIM BUNGA 2021, SNIKER, VERSACE CLASH 2021 COLLECTION
Ia bukanlah bertujuan untuk tunjukkan yang kita ini berduit dan bersedekah. Tetapi kita tunjukkan nilai ehsan seorang manusia terhadap manusia yang memerlukan. What we get we give back. Salah seorang selebriti yang saya segani ialah Alif Satar. Saya suka cara dia ‘educate’ pengikutnya dari segi agama, kehidupan berkeluarga di media sosialnya. Jadi pemain industri yang boleh menginspirasi orang untuk kita lebih disegani selain pandai berlakon dan bernyanyi saja. Secara peribadi saya bukan seorang yang ke arah TikTok. Saya menggunakan media sosial saya untuk mempromosikan drama-drama lakonan saya,” jelasnya.
Ramai yang masih tidak mengetahui ‘permulaan’ Yusuf dalam industri. Dia bukan juga datang dari latar seni. Bukan juga dari program realiti. “Pada mulanya tidak minat dan tidak suka menonton lakonan sendiri tetapi hari demi hari diberi peluang dari watak-watak kecil hingga di uruskan oleh LOL Entertainment dan mula diberi kepercayaan memegang watak besar, saya memperbaiki teknik lakonan sedikit demi sedikit saya rasa mula berpuas hati dengan hasil lakonan saya,” tuturnya.
Untung generasi sekarang lebih terbuka dan dekat dengan peminat melalui maya. Yusuf akui beberapa perkara yang membuatnya teruja menjadi generasi seni kini.
“Kelebihannya dari segi pendedahan yang lebih meluas daripada pelakon generasi terdahulu. Mudah orang mengenali saya. Saya tidak pernah bercita-cita menjadi seorang pelakon. Ia hadir secara tanpa sengaja bila mana rakan saya menyuruh saya ke casting telemovie Cik Reen En Ngok Ngek Raya arahan Hadith Omar. Dialah yang memperkenalkan saya ke dunia seni ini,” jawabnya dengan bangga.
Artikel berkaitan: NEW GEN 2021: THE NEW SYSTEM: ZHENG NINGG
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL
Tingkatkan gaya kembara maskulin anda dengan Samsonite Myton dan Hi-Fi. Sertai Kempen Tukar Beli Bagasi 2026 demi kelestarian alam hari ini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.











