Skip to content

NOH SALLEH BAKAL AKHIRI ZAMAN DUDA

NOH SALLEH BAKAL AKHIRI ZAMAN DUDA

Kongsikan artikel ini
2 of 2

Perkahwinan Pertama Noh Salleh Kecundang Di Tengah Jalan

Tarikh perkahwinan pasangan itu telah pun ditetapkan pada 23 September ini, empat bulan dari sekarang. Ini akan menjadi perkahwinan pertama buat Fatin Athirah dan kedua buat Noh Salleh. Penyanyi dan komposer itu mendirikan rumah tangga dengan bekas penyanyi yang kini bergelar penceramah motivasi, Mizz Nina pada 20 Julai 2011.

Bagaimanapun pasangan itu memilih untuk membawa haluan masing-masing selepas lebih sedekad melayari bahtera rumah tangga. Mereka sah bercerai talak satu pada 4 Ogos tahun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur selepas menfailkan perceraian pada 14 Jun. Berita duka itu dikongsikan menerusi satu kenyataan bersama yang dimuat naik di akaun Instagram masing-masing.

Noh Salleh

Foto: MStar

“Setelah berfikir panjang dan mempertimbangkan banyak perkara, kami sepakat untuk membawa haluan masing-masing. Alhamdulillah, kami bersyukur kepada Allah kerana diberi peluang menjalani 11 tahun terindah dengan segala suka, duka dan ujian.

“Kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua penyokong yang telah banyak memberi kasih sayang kepada kami selama bertahun-tahun. Usah bimbang, kami kekal berkawan dan mendoakan yang terbaik buat satu sama lain. Kita hanya merancang tetapi perancangan Allah jauh lebih hebat. Tolong doakan kami terutama dalam tempoh edah ini. Kami amat menghargai jika semua pihak dapat menghormati privasi kami.”

noh salleh

Noh Salleh dan Mizz Nina tidak dikurniakan cahaya mata tetapi mempunyai seorang anak angkat, Musa yang diperkenalkan kepada umum pada April tahun lalu.

 

Foto: Instagram/Faitullah Morni (TVS)

Pautan berkaitan: SAH BERCERAI, NOH SALLEH & MIZZ NINA MOHON DOA PEMINAT

2 of 2

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Dini Schatzmann

“SAYA SUDAH SEDIA UNTUK BERKELUARGA.” – DINI SCHATZMANN, GLAM LELAKI NOVEMBER 2023

Bacaan Lanjut
NOH SALLEH KEMBALI MEMEGANG STATUS SUAMI

NOH SALLEH KEMBALI MEMEGANG STATUS SUAMI

Bacaan Lanjut
MIZZ NINA & ESSAM MUHAMMAD DIRAIKAN DALAM MAJLIS RESEPSI INTIM DI KUALA LUMPUR

MIZZ NINA & ESSAM MUHAMMAD DIRAIKAN DALAM MAJLIS RESEPSI INTIM DI KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut
NOH SALLEH KEMBALI BERGELAR SUAMI SEPTEMBER INI

NOH SALLEH KEMBALI BERGELAR SUAMI SEPTEMBER INI

Bacaan Lanjut
NATALIE PORTMAN BERCERAI DENGAN PEREKA TARI BLACK SWAN, BENJAMIN MILLEPIED

NATALIE PORTMAN BERCERAI DENGAN PEREKA TARI BLACK SWAN, BENJAMIN MILLEPIED

Bacaan Lanjut
2 PUNCA PERCERAIAN PM KANADA, JUSTIN TRUDEAU YANG MENJADI SPEKULASI DI MEDIA SOSIAL

2 PUNCA PERCERAIAN PM KANADA, JUSTIN TRUDEAU YANG MENJADI SPEKULASI DI MEDIA SOSIAL

Bacaan Lanjut