Skip to content

NOH SALLEH KEMBALI BERGELAR SUAMI SEPTEMBER INI

NOH SALLEH KEMBALI BERGELAR SUAMI SEPTEMBER INI

Kongsikan artikel ini

Perkahwinan pertama Noh Salleh Hujan bersama Mizz Nina menemui titik noktah selepas perkongsian hidup selama lebih sedekad.

Kini, Noh Salleh bakal membuka lembaran baru dan menempuh kehidupan berumah tangga sekali lagi dengan wanita pilihan hatinya, Fatin Athira Mustapa.

Selepas empat bulan menjalin pertunangan, kad undangan perkahwinan pasangan itu sudah mula diedarkan kepada rakan terdekat dan saudara mara. Penyanyi dan peguam itu memilih tarikh 23 September 2023 untuk disatukan sebagai suami isteri.

noh salleh

Foto: Beautifulnara

Upacara akad nikah akan dilangsungkan pada sebelah pagi manakala majlis persandingan pula pada jam 8 malam hari yang sama. Majlis akan diadakan di sebuah dewan acara di Puchong, Selangor.

Noh Salleh Hujan Bertunang Secara Rahsia

Tiada angin tiada ribut, peminat dikejutkan dengan berita pertunangan vokalis kumpulan Hujan yang tular di media sosial pada Mei lalu.

Noh Salleh dan Fatin Athira dilaporkan bertunang dalam majlis tertutup di kediaman wanita itu di Putra Heights Subang Jaya pada 6 Mei. Pada majlis yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan terdekat itu, kedua-duanya tampil menggayakan persalinan serba hitam.

noh salleh

Foto: HMetro

Menurut laporan Kosmo, ahli keluarga pemuzik itu datang dari Kuching, Sarawak membawa rombongan meminang sekali gus menghadiri rumah terbuka anjuran keluarga Fatin Athirah.

“Kami dimaklumkan tuan rumah mengadakan majlis pertunangan anaknya, sekali dengan rumah terbuka Syawal yang dihadiri keluarga dan kenalan terdekat. Ketika tiba di kediaman mereka sekitar pukul 3 petang, majlis pertunangan sudah selesai tetapi Noh serta keluarganya masih berada di sana,” jelas sumber terdekat.

Fatin Athira merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor dan kini bekerja sebagai peguam. Dia dikatakan mempunyai minat dalam bidang muzik selain boleh menyanyi dan bermain gitar.

Foto: Instagram/Faitullah Morni (TVS)

Pautan berkaitan: SELAMAT BERNIKAH, INI FAKTA MENGENAI SUAMI MIZZ NINA

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

GL PLAYLIST: 8 LAGU NYANYIAN NOH SALLEH PILIHAN GLAM LELAKIGL PLAYLIST: 8 LAGU NYANYIAN NOH SALLEH PILIHAN GLAM LELAKI

GL PLAYLIST: 8 LAGU NYANYIAN NOH SALLEH PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
SNEAKERLAH BAWAKAN LAHLAHLAND 2025 BUAT HUJUNG MINGGU ANDA

SNEAKERLAH BAWAKAN LAHLAHLAND 2025 BUAT HUJUNG MINGGU ANDA

Bacaan Lanjut

GL THE MAN AWARDS 2025, “THE STYLE HERO”-NOH SALLEH

Bacaan Lanjut
THE LINE-UP IS OUT! KENALI 9 PENERIMA GL THE MAN AWARDS 2025

THE LINE-UP IS OUT! KENALI 9 PENERIMA GL THE MAN AWARDS 2025

Bacaan Lanjut
GAYA PASANGAN TERBAIK DI FILEM FESTIVAL CANNES 2025

GAYA PASANGAN TERBAIK DI FILEM FESTIVAL CANNES 2025

Bacaan Lanjut

AMEERA KHAN & JEFRI NICHOL: FESYEN SEBAGAI BAHASA CINTA

Bacaan Lanjut