OSCAR 2023: EVERYTHING EVERYWHERE ALL AT ONCE MENDOMINASI DENGAN 11 PENCALONAN
Senarai pencalonan Anugerah Akademi 2023 atau Oscar ke-95 baru sahaja diumumkan oleh dua bintang terkenal, Allison Williams dan Riz Ahmed dua hari lalu.
Everything Everywhere All At Once menepati ramalan peminat Oscar apabila mengungguli senarai dengan 11 pencalonan dalam kategori utama termasuk Filem Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik (Tan Sri Michelle Yeoh), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Ke Huy Qun) serta Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Jamie Lee Curtis dan Stephanie Hsu).
Mengikuti di belakang adalah filem perang Jerman epik, All Quiet On The Western Front dan The Banshees of Inisherin karya Martin McDonagh — masing-masing dengan sembilan pencalonan.
Anugerah Oscar akan berlangsung pada hari Ahad, 13 Mac 2023 dan bakal menyaksikan Jimmy Kimmel kembali sebagai pengacara.
Siapakah barisan calon yang akan membawa pulang trofi kemenangan tahun ini? Berikut adalah senarai penuh pencalonan Oscar 2023.

Foto: Euronews
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MICHELLE YEOH MENYINDIR HOS CNN KETIKA MEMBERI UCAPAN KEMENANGAN OSCAR?
Anugerah Akademi ke-95 memahat detik bersejarah buat Tan Sri Michelle Yeoh apabila dinobat sebagai Pelakon Wanita Terbaik.
OSCAR 2023: MENGAPA MORGAN FREEMAN HANYA MENGENAKAN SEBELAH SARUNG TANGAN?
Anugerah Akademi ke-95 yang berlangsung pada 12 Mac lalu menyaksikan penampilan segak Morgan Freeman dalam sut hitam bersama sarung tangan satin rona sedondon.
MICHELLE YEOH MENITISKAN AIR MATA DI PENTAS SAG AWARDS
Tahun 2023 dilihat gemilang buat Tan Sri Michelle Yeoh kerana tidak henti-henti meraih trofi kemenangan di pentas anugerah berprestij.
SENARAI PEMENANG BAFTA AWARDS 2023
Pentas BAFTA ke-76 menyaksikan filem Jerman, All Quiet on the Western Front mendominasi kemenangan dengan membawa pulang tujuh trofi.
MICHELLE YEOH CIPTA SEJARAH, PELAKON MALAYSIA PERTAMA TERCALON DI ANUGERAH OSCAR
Legenda perfileman negara, Tan Sri Michelle Yeoh menerima pencalonan untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Oscar 2023.
10 GAYA TERBAIK DI CRITICS’ CHOICE AWARDS 2023
Selepas Golden Globes, karpet merah majlis anugerah terus dimeriahkan dengan acara Critic’s Choice Awards ke-28 yang berlangsung semalam.