PADA USIA 51, AKHIRNYA AARON KWOK AKHIRI ZAMAN BUJANG
Bintang Hong Kong kacak dan popular, Aaron Kwok akhirnya menamatkan zaman bujang apabila mengahwini seorang model, Moka Fang yang berumur 29 tahun. Majlis perkahwinan berskala sederhana itu diadakan di Hotel Penisula, Hong Kong semalam. Aaron Kwok berumur 51 tahun. Perkahwinan ini ternyata mengembirakan peminat malah menutup segala spekulasi yang timbul di awal perkahwinan mereka.

Sebelum majlis berlangsung, Moka juga memuat naik gambar sepasang kasut berwarna merah, sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa ia adalah kasut pengantin yang akan dipakai pada hari perkahwinannya. Majlis berkenaan bagaimanapun hanya dihadiri kenalan rapat dan anggota keluarga Aaron dan Moka, manakala media pula tidak dibenarkan masuk.

Aaron dilihat yang terakhir melangsungkan perkahwinan selepas tiga lagi nama besar dalam gelaran Empat Raja Syurga yang diberikan kepada beliau serta Jacky Cheung, Andy Lau dan Leon Lai. Sewaktu majlis, Aaron dilihat sangat segak menyarungkan busana dari Tom Ford manakala Moka pula mengenakan Georges Hobeika dengan barang hiasan daripada koleksi Louis Vuitton.


Pasangan romantis ini dipercayai mula menjalin hubungan pada 2015 itu lebih selesa mengunci mulut mengenai perkahwinan mereka hinggalah desas-desus mengenai majlis berkenaan mula bertebaran sekitar bulan lalu. Mereka berdua pernah berpisah sebelum ini selepas spekulasi timbul mengatakan Moka seorang wanita ‘pisau cukur’. Berita perkahwinan itu disahkan oleh pengurus Aaron, Leung May May. Tahniah GL ucapkan kepada pasangan tersebut.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 19 April 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
RICK OWENS: BEGINIKAH RUPA FESYEN MASA HADAPAN?
Untuk 2026, dunia Rick Owens tampil lebih ekstrem menerusi koleksi Spring/Summer 2026 “Temple” dan Fall/Winter 2026 “Tower” dengan elemen masa hadapan.
7 PROMOSI SEMPENA MERDEKA 2026 UNTUK MERAIKAN SEMANGAT PARTIOTIK
Raikan Merdeka 2026 dengan 7 promosi dan acara menarik yang sedang berlangsung di seluruh Malaysia, daripada tawaran makanan dan pengalaman budaya hingga aktiviti bersama keluarga dan rakan.
GAYA MEWAH ZEEKR 7X BLACK NOVA
Zeekr 7X, model SUV elektrik kegilaan ramai, kini hadir dalam monokromatik hitam serba elegan, Zeekr 7X Black Nova.
5 FILEM YANG MEMBUKTIKAN BAKAT LAKONAN DAIYAN TRISHA
Biarpun sudah lama mengikuti atau baru mahu mengenali Daiyan Trisha, lihatkan lima sorotan filem terbaik yang menjadi bukti bakat lakonannya.
GABRIETTE SAH BERGELAR ISTERI MATTY HEALY MEMAKAI MATIÈRES FÉCALES
Gabriette bergelar isteri menggayakan haute couture bride daripada Matières Fécales dan hanya memegang sekuntum ros.
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.











