Skip to content

PEWANGI TEPAT UNTUK PRIA URBAN DAN MILENIA

Kongsikan artikel ini

Musim ini pewangi khas buat jejaka millenia yang sentiasa mahu mempersembahkan yang terbaik dihadapan khalayak, begitu juga bau badannya. Pria kota bertaruh bagi menambat hati sang dewi tatkala hari malam berganti. Ini dia enam pewangi terkini ini bisa buat tarikan natural yang harus anda miliki.

CRABTREE & EVELYN EAU DE LA SOURCE, EDT 30ML. RM111

Pewangi Eau de Toilette, Eau de La Source  mengandungi ekstrak marin halus dan Ekstrak Rumpai Laut Hijau yang kaya dengan ciri-ciri antioksidan, untuk merangsangkan deria anda. Alami ketenangan pantai terpencil di mana aroma spa seperti bayu laut segar, aroma laut dan aroma sitrus dapat melegakan jiwa dan menyegarkan minda. Aroma pokok Amber memberikan rasa seperti kehangatan matahari yang terbenam, manakala aroma daun oren dan daun selasih seperti membawa fikiran anda ke sebuah pantai terpencil yang tenang.

VERSACE DYLAN BLUE, EDT 100ML. RM369

Komposisi nota segar akuatik, Calabrian bergamot, limau gedang dan daun ara di nota atas, diserakkan lagi dengan nota tengah daun violet, kayu papyrus, nilam organik, lada hitam dan ambrox. Musks Mineral, Tonka kacang, kemenyan dan kunyit balut komposisi dan memberikan kemewahan kayu. Botol biru Mediterranean dengan penutup emas dan mempunyai satu material emas Medusa di tengah-tengah botol menampakkan keajaiban rekaan dan warna Dylan Blue ini.

HUGO ICED, EDT 200ML. RM423

Pewangi menyegarkan buat generasi millennia sepanjang hari. Satu campuran bau yang menghasilkan aroma berais membangkitkan keberanian kepada pemakainya. Pati pudina memberikan sensasi dingin, manakala wild tea bermain dengan jukstaposisi yang berbagai melalui oren. Untuk mengekalkan makulin pula, wild vertiver membawa nota bawah yang kekal dan kekar bagi jejaka gagah yang memakainya.

MICHAEL KORS EXTREME NIGHT FOR MEN, EDT 120ML. RM345

Kunci utama pewangi ini adalah buat jejaka moden. Bagi yang gemar ‘meneroka’ kawasan bandar-bandar pada waktu malam kerana terdapat tenaga berbeza pada sisi gelap malam. Keseronokan disebalik cahaya neon dibuka dalam pewangi yang dicampur lada hitam, buah pala, cypress segar dan clary yang sememangnya aroma buat jantan yang berani.

PENHALIGON ENDYMION CONCENTRE, EDC 100ML. RM567

Dalam mitologi Yunani purba, Endymon merupakan anak Zeus paling kacak yang telah diletakkan dalam lena buat selama-lamanya. Daripada situ Penhaligon menawarkan inspirasi wangian lelaki daripada gabungan rempah, kulit dan bunga-bungaan. Seakan satu nota daripada cendekiawan, ia ghairah mempertaruhkan penghidu bau.

BOTTEGA VENETA POUR HOMME PAARFUM, 90ML. RM420

Hasil campuran bahan terbaik yang jarang ditemui. Jus berkayu pekat diletakkan sebagai haruman pembuka diselitkan dengan nota pedas daripada daun cedar dan buah pelaga. Manakala nota tengah bumbu cengkih dan balsam cemara member penyeri. Pemilik haruman ini ialah Tomas Maier, member satu ungkapan kekuatan dan kejantanan sejati, meningkatkan nilai pewangi signature jenama ini.

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Henry Jacques Malaysia

HENRY JACQUES MEMPERKENALKAN WANGIAN BERHARGA RM45,000

Bacaan Lanjut

12 WANGIAN PILIHAN GLAM LELAKI DAN RIZAL RASID UNTUK LEBARAN 2024

Bacaan Lanjut
Lush Malaysia

LUSH MALAYSIA LANCAR STOR KE-10 DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut

5 LANGKAH UNTUK MERAWAT KELEMUMUR

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI LELAKI LEBIH KACAK BERAMBUT PANJANG

10 SELEBRITI LELAKI LEBIH KACAK BERAMBUT PANJANG

Bacaan Lanjut
Montblanc Explorer Platinum

SEMANGAT HERO PENGEMBARAAN MONTBLANC EXPLORER PLATINUM BAHARU

Bacaan Lanjut