Skip to content

PARK SEO JOON ULAS GOSIP PERCINTAAN DENGAN BINTANG YOUTUBE, XOOOS

PARK SEO JOON ULAS GOSIP PERCINTAAN DENGAN BINTANG YOUTUBE, XOOOS

Kongsikan artikel ini
1 of 2

Agak lama kisah percintaan Park Seo Joon tidak menjadi buah mulut peminat. Terbaru, dia dilaporkan menjalin hubungan dengan bintang YouTube, xooos atau nama sebenarnya Hong See Yeon.

Spekulasi percintaan kedua-duanya hangat diperkatakan di media sosial selepas sebuah agensi media mendedahkan berita itu. Maklumat mengejutkan itu diperolehi daripada sumber dalaman industri. Park Seo Joon dan xooos dikatakan berkenalan setelah dipertemukan oleh rakan masing-masing. Pasangan itu telah beberapa kali dilihat keluar berjanji temu dan meluangkan masa bersama di gim. Mereka juga dirakam menggayakan ‘couple shoes’, trend hangat di Korea buat pasangan bercinta dan sudah berkahwin.

Foto: Hype MY

Pihak pengurusan Park Seo Joon, Awesome ENT bagaimanapun tidak mengiya mahupun menafikan dakwaan tersebut. Dalam satu kenyataan rasmi, agensi enggan memberi pengesahan kerana ia melibatkan kehidupan peribadi bintang The Marvels itu. “Sukar untuk mengesahkan kebenaran tentang kehidupan peribadi artis kami. Minta maaf. Kami meminta jasa baik anda semua untuk memahami situasi ini.” Jawapan sama turut diberikan label muzik xooos iaitu WAVY.

1 of 2

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LEE SEUNG GI BAKAL BERGELAR BAPA

LEE SEUNG GI BAKAL BERGELAR BAPA

Bacaan Lanjut
5 FILEM WAJIB TONTON DI PAWAGAM NOVEMBER INI

5 FILEM WAJIB TONTON DI PAWAGAM NOVEMBER INI

Bacaan Lanjut
G-DRAGON BIGBANG TERLIBAT DALAM SKANDAL DADAH?

G-DRAGON BIGBANG TERLIBAT DALAM SKANDAL DADAH?

Bacaan Lanjut
10 FILEM HEBAT BAKAL MENEMUI ANDA PADA SUKU AKHIR 2023

10 FILEM HEBAT BAKAL MENEMUI ANDA PADA SUKU AKHIR 2023

Bacaan Lanjut
KENALI LEE JUNG HA, AKTOR SIRI MOVING YANG SEMAKIN DIMINATI

KENALI LEE JUNG HA, AKTOR SIRI MOVING YANG SEMAKIN DIMINATI

Bacaan Lanjut

5 CARA TERBAIK UNTUK ATASI KRISIS DALAM HUBUNGAN

Bacaan Lanjut