PEMUZIK DENGAN KEMENANGAN TERBANYAK DI AMAS
Pemuzik yang meraih kemenangan terbanyak di American Music Awards (AMAs) membuktikan kebolehan mereka di dalam industri muzik yang sengit.
American Music Awards, satu anugerah yang dinanti-nantikan kini tiba pada tahun 2025. Menjadi tempat dimana penyanyi-penyanyi mendapat penghargaan sepanjang karier muzik, anugerah ini juga melahirkan banyak momen-momen ikonik. Acara anugerah muzik tahunan di Amerika Syarikat ini diterbitkan oleh Dick Clark Productions sejak tahun 1974. Calon-calon dipilih berdasarkan prestasi komersial seperti jualan dan siaran radio. Pemenang ditentukan melalui undian orang ramai dan peminat yang mengundi melalui laman web rasmi AMAs. Semenjak kemenangan kumpulan Korea Selatan terhangat BTS, mereka membuka jalan buat pemuzik Asia yang lain seperti Stray Kids untuk menghadiri acara tersebut.
AMAs pernah berehat dan diteruskan pada tahun 2024 dan dijadualkan kembali pada Mei 2025. Sebagai ganti kepada majlis anugerah tahun 2024, sebuah rancangan khas televisyen sempena ulang tahun ke-50 AMAs telah disiarkan oleh CBS pada 6 Oktober 2024. Rancangan itu menampilkan persembahan serta imbasan kembali yang memberi penghormatan kepada sejarah dan detik-detik bermakna dalam majlis tersebut. Di dalam acara anugerah yang ikonik ini, terdapat pemuzik-pemuzik yang mencipta nama mereka sebagai pemenang terbanyak anugerah ini. Dari Taylor Swift ke Bruno Mars, mari lihat senarai pemuzik yang meraih kemenangan terbanyak sepanjang sejarah American Music Awards (AMAs).
#1 Taylor Swift
Kemenangan: 40
#2 Michael Jackson
Kemenangan: 26
#3 Whitney Houston
Kemenangan: 22
#4 Kenny Rogers
Kemenangan: 19
#5 Alabama & Justin Bieber
Kemenangan: 18
#6 Carrie Underwood & Garth Brooks
Kemenangan: 17
#7 Reba McEntire
Kemenangan: 14
#8 Rihanna
Kemenangan: 13
#9 BTS
Kemenangan: 12
#10 Beyoncé, Bruno Mars, Janet Jackson, Stevie Wonder
Kemenangan: 11
Pautan Berkaitan: KATSEYE, KUMPULAN WANITA GLOBAL TERHANGAT MASA KINI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SENARAI PEMENANG AMERICAN MUSIC AWARDS 2025
Pemenang American Music Awards 2025 semestinya barisan pemuzik-pemuzik yang berjaya membuktikan kehabatan mereka dalam industri muzik dunia.
RAMPAS TAKHTA RIHANNA, TAYLOR SWIFT KINI PEMUZIK WANITA TERKAYA DI DUNIA
Satu-satunya pemuzik yang mendahului Taylor Swift adalah mogul hip-hop Jay-Z dengan kekayaan berjumlah USD2.5 bilion.
STRAY KIDS MENDOMINASI AMERICAN MUSIC AWARDS KE-50
Stray Kids mengejutkan peminat dan warga tempatan dengan persembahan penuh tenaga di ulang tahun ke-50 American Music Awards. Kumpulan global Stray Kids membuat kemunculan di pentas ulang tahun ke-50 AMA. Mereka terdiri daripada lapan ahli, Bang Chan, Lee Know, Changbin, Hyunjin, HAN, Felix, Seungmin dan I.N. Stray Kids yang debut pada 25 Mac 2018 merupakan…
SEGALANYA TENTANG ALBUM BARU TAYLOR SWIFT, THE TORTURED POETS DEPARTMENT
Album The Tortured Poets Department menemui peminat pada 19 April 2024.
15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG MAC 2024
Dari filem “Road House” lakonan Jake Gyllenhaal kepada siri realiti “Physical: 100” yang kembali dengan musim kedua, laman penstriman utama membariskan 15 rancangan yang ‘must watch’ sepanjang Mac 2024.
INI ANDA PERLU TAHU TENTANG ALBUM TERBARU TAYLOR SWIFT
Taylor Swift memberi kejutan kepada peminat dengan mengumumkan buah tangan terbarunya, The Tortured Poets Department.