Skip to content

PENAMPILAN TERKINI PENGASAS AMAZON BIKIN KEJUTAN

Kongsikan artikel ini

Sebelum ini, gaya pemakaiannya biasa-biasa saja. Namun baru-baru ini, pengasas dan CEO Amazon, Jeff Bezos mengejutkan satu dunia dengan penampilan terkininya sewaktu dirinya menghadiri acara tahunan Allen & Company Conference di Sun Valley, Idaho baru-baru ini. Jika sebelum Bezos terkenal dengan pemakaian sut formal biasa, namun lain pula penampilannya kini.

Ini ditambah pula dengan perubahan drastik yang jelas kelihatan pada susuk tubuhnya. Gambar yang bertebaran di Internet menyaksikan tubuh Bezos lebih besar, sasa dan tegap berbanding dirinya yang sebelum ini. Malah, ada netizen yang beranggapan Bezos yang kini berusia 53 tahun itu mirip Jason Statham yang terkenal menerusi filem-filem aksi seperti Fast & Furious, The Expendables dan The Transporter.

Penampilan Bezos menyarung kemeja polo ketat berwarna hitam, dipadankan dengan vest yang stail, berkaca mata hitam serta kepalanya dibotak rapi, masih belum jelas apa yang memotivasikan Bazos melakukan transformasi ini. Apa-apa pun, penampilan terkini pemilik perniagaan bernilai berbilion-bilion ini ternyata mengejutkan ramai pihak, in a good way! Pasti ramai yang tidak sabar untuk melihat kemunculan dan gambar-gambar lain, memandangkan Bazos dikhabarkan baru menyertai laman sosial Instagram pada 21 Julai yang lepas.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 10 Ogos 2017

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

SYAMSUL YUSOF: PENGARAH VISIONARI FILEM MALAYSIA

Bacaan Lanjut
augustin eng

AUGUSTIN ENG, PASANG IMPIAN BEKERJASAMA DENGAN PEREKA FESYEN LOKAL

Bacaan Lanjut
"HUBUNGAN SAYA DENGAN MUZIK SANGAT UNIK & INTIMATE." - NINA HASNUL

“HUBUNGAN SAYA DENGAN MUZIK SANGAT UNIK & INTIMATE.” – NINA HASNUL

Bacaan Lanjut

TRIO BOSS: LORIS KARIUS, MATTEO BERRETTINI & MILES CHAMLEY

Bacaan Lanjut

KHAI BAHAR KONGSI RAHSIA TUBUH BEROTOT

Bacaan Lanjut

5 GAYA FESYEN TERBAIK NADHIR NASAR

Bacaan Lanjut