PENAMPILAN WON BIN DI MAJLIS PENGEBUMIAN KIM SAE RON MENGUNDANG PERHATIAN
Selepas lebih sedekad menyepi dari industri hiburan, aktor tampan Won Bin akhirnya membuat kemunculan umum baru-baru ini.
Bintang berusia 48 tahun itu dilihat hadir ke upacara pengebumian aktres Kim Sae Ron di Hospital Asan, Seoul untuk memberi penghormatan terakhir kepada mendiang.
Won Bin yang ditemani isterinya, Lee Na Young hadir dalam persalinan serba hitam. Kesedihan jelas terpancar di wajahnya, malah dia gagal menahan sebak di dada sehingga menitiskan air mata.

Foto: 8days

Foto: Instagram
Kedua-duanya pernah bekerjasama dalam filem yang menjadi sebutan ramai, The Man From Nowhere pada 2010. Ini merupakan filem terakhir lakonan Won Bin sebelum dia memencilkan diri dari industri untuk memberi fokus pada keluarga.
Selain Won Bin dan Lee Na Young, turut hadir memberi sokongan adalah Han So Hee, Kim Bo Ra, Lee Chan Hyuk dan Lee Soo Hyun. Rakan selebriti yang tidak dapat hadir seperti IU, Gong Myung dan FT Island mengambil kesempatan menghantar kalungan bunga sebagai tanda ucapan takziah.
Hubungan Baik Won Bin & Kim Sae Ron
Kedua-dua pelakon itu menjalin persahabatan erat selepas membintangi The Man From Nowhere, walaupun mempunyai jurang usia 23 tahun. Malah hubungan mereka dilihat sangat mesra terutama sewaktu mempromosikan tayangan filem itu sekitar tahun 2010.
Justeru pemergian aktres berusia 25 tahun itu tentunya meninggalkan kesan yang amat mendalam di hati Won Bin. Sehinggakan tanpa ragu dia terus memunculkan diri selepas lama menyepi demi memberi penghormatan terakhir.

Foto: YNA
Kim Sae Ron disahkan meninggal dunia selepas ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di kediamannya di Seoul oleh rakannya pada 16 Februari lalu. Menurut laporan, bintang Bloodhounds itu meragut nyawanya sendiri selepas sekian lama hidup dalam tekanan.
Menceburi industri hiburan seawal usia sembilan tahun, populariti Kim Sae Ron mencanak sehingga dikenali sebagai salah seorang pelakon kanak-kanak paling terkenal di Korea Selatan.
Namanya terus menjadi sebutan selepas membintangi beberapa drama dan filem yang mempamerkan bakat lakonannya yang cemerlang. Walaupun meninggal dunia pada usia muda, legasinya akan terus diingati para peminatnya di seluruh dunia.
Foto: Instagram
Pautan berkaitan: DALAM KENANGAN: TONTON 5 DRAMA & FILEM HEBAT LAKONAN KIM SAE RON
Tags
Artikel Yang Berkaitan
JENAMA MEWAH TAMATKAN KOLABORASI DENGAN KIM SOO HYUN DEK KONTROVERSI
Selepas dikaitkan dengan kematian aktres Kim Sae Ron, Prada membuat keputusan menggugurkan nama Kim Soo Hyun sebagai duta jenama.
PENGAKHIRAN DUKA PEMUZIK BERBAKAT BESAR, WHEESUNG
Bintang berusia 43 tahun itu ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di kediamannya di Gwangjin-gu, Seoul pada 10 Mac 2025.
DIANGGAP PUNCA KEMATIAN KIM SAE RON, KERJAYA KIM SOO HYUN BAKAL BERAKHIR?
Sebulan selepas pemergian Kim Sae Ron, muncul satu berita mengejutkan yang mengaitkan kematiannya dengan Kim Soo Hyun.
DALAM KENANGAN: TONTON 5 DRAMA & FILEM HEBAT LAKONAN KIM SAE RON
Sempena memperingati legasi Kim Sae Ron yang meninggal dunia pada 16 Februari 2025, tonton lima naskah hebat lakonannya menurut IMDb.