PENGARAH KREATIF MOSCHINO, DAVIDE RENNE MENINGGAL DUNIA PADA USIA 46 TAHUN
Rumah fesyen Itali, Moschino mengejutkan dunia apabila mengesahkan berita pemergian Davide Renne pada usia 46 tahun.
Mendiang baru sembilan hari berkhidmat sebagai pengarah kreatif jenama itu. Punca kematian Davide Renne tidak didedahkan, bagaimanapun syarikat induk Moschino, Aeffe memaklumkan ia disebabkan ‘penyakit mengejut’.
“Tiada perkataan mampu menggambarkan keperitan yang kami rasai ketika ini. Davide menyertai kami hanya beberapa hari lalu, dan penyakit mengejut meragut nyawanya secara tiba-tiba. Kami masih rasa tidak percaya dengan apa yang berlaku,” kata Massimo Ferretti, pengerusi Aeffe.
Menurut laporan The New York Times, dia meninggal dunia disebabkan serangan jantung.
Davide Renne, Pereka Berbakat Besar
Mendiang dilahirkan di Fallonica, Tuscany pada Julai 1977. Selepas tamat pengajian di University of Florence dan sekolah fesyen Polinoda, dia bekerja dengan pereka Itali Alessandro Dell’Acqua sebelum menyertai Gucci pada 2004.
Pelantikan Davide Renne sebagai pengarah kreatif baharu Moschino diumumkan pada 16 Oktober lalu, menggantikan Jeremy Scott yang berundur pada Mac 2023. Dia memulakan tugasnya secara rasmi pada 1 November dan meninggal dunia pada 10 November di Milan.
Koleksi pertamanya dijangka dipentaskan di Minggu Fesyen Milan pada Februari 2024. Sebelum ini dia merupakan ketua pereka pakaian wanita di Gucci dan mempunyai dua dekad pengalaman bekerja dengan jenama itu.
Beberapa tokoh berpengaruh dalam industri fesyen memberi penghormatan terakhir kepadanya di media sosial. Harris Reed, pengarah kreatif Nina Ricci menggambarkannya sebagai ‘a true angel’ manakala model dan penyanyi Karen Elson menulis, “Hati saya hancur. Berehatlah dengan tenang Davide.”
Mentornya, Alessandro Dell’Acqua berkongsi kesedihannya menerusi satu perkongsian di Instagram. “Selamat tinggal Davide! Kamu akan sentiasa berada dalam hati saya.”
Foto: Alessio Balzoni
Pautan berkaitan: DAVIDE RENNE SERTAI KELUARGA MOSCHINO SEBAGAI PENGARAH KREATIF
Tags
Artikel Yang Berkaitan
12 PERSALINAN SELEBRITI TERBAIK REKAAN PIERPAOLO PICCIOLI
Tinjau fesyen Valentino ikonik Pierpaolo Piccioli, sebagai tanda penghormatan kepada legasinya selama 25 tahun.
JOVIAN MANDAGIE & NINA SABRINA UMUM PERCERAIAN SELEPAS 10 TAHUN
Sedekad berkongsi hidup sebagai suami isteri, perkahwinan pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie dan isterinya menemui titik noktah.
DAVIDE RENNE SERTAI KELUARGA MOSCHINO SEBAGAI PENGARAH KREATIF
Rumah fesyen Itali, Moschino secara rasminya melantik Davide Renne sebagai pengarah kreatif baharu jenama itu bermula 1 November 2023.
TEMU BUAL BERSAMA PENGASAS KUALA LUMPUR FASHION WEEK, ANDREW TAN
Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) bakal berlangsung bermula 21-27 Ogos 2023 di tujuh lokasi yang berbeza dengan 50 pereka dan label fesyen tempatan dan antarabangsa.
JEREMY SCOTT UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA MOSCHINO
Selepas satu dekad, Jeremy Scott mengumumkan dia bakal melepaskan kerusi Pengarah Kreatif jenama fesyen mewah Itali.
KOPI KEGEMARAN ANGEL CHEN UNTUK TAHUN BARU CINA
Bersempena kehadiran Tahun Baru Cina, Angel Chen berkolaborasi bersama Nespresso untuk koleksi kopi, mesin dan juga aksesori edisi terhad.