Pereka menswear Malaysia: TENGKU SYAHMI
April 28, 2016
SETELAH MENEMPA NAMA DALAM ARENA FESYEN WANITA, TENGKU SYAHMI SUDAH MULA MENGORAK LANGKAH KE DALAM GELANGGANG MENSWEAR TEMPATAN. BEKAS GRADUAN RAFFLES INSTITUTE INI BERKONGSI TENTANG EVOLUSINYA, REALITI FESYEN SEBAGAI SATU BISNES DAN KOLEKSI KAPSULNYA YANG BARU.

TENGKU SYAHMI (kanan), pengasas label Tsyahmi, bersama muse-nya, pelakon/model Kahoe.
“It’s not just about designing, but it’s a business. Bagi saya yang tidak punya latar belakang bidang perniagaan, haruslah giat mencari cara belajar aspek perniagaan fesyen. Setiap hari ada sahaja benda baru akan dipelajari. Ia amat penting buat pereka fesyen yang mahu mengembangkan jenama sendiri. Ingat, never stop learning.”
Syahmi berkongsi, membina jenama sendiri bukan sekadar perlu tahu mencipta baju-baju cantik. Sudut perniagaan fesyen juga perlu dimahirkan. Seperti yang diketahui, Syahmi sebelum ini lebih menumpukan pada rekaan pakaian wanita. Dan pada Lebaran tahun lepas, beberapa koleksi pakaian lelaki mula diperkenalkan. Setelah mendapat sambutan memberangsangkan, Syahmi melancarkan perkhidmatan Tsyahmi Bespoke khusus lelaki.
“Pada mulanya, kami lebih fokus pada rekaan baju pengantin wanita dan secara tak langsung, ada beberapa pengantin lelaki meminta saya mereka baju pengantin untuk mereka pula. Sejak itu, saya merasakan why not do menswear too? Maka terciptalah Tsyahmi Bespoke.”
Berdasarkan pendapat Syahmi, konsumer lelaki masa kini sudah bijak memilih pakaian yang disukai. Dan banyak juga cerewet katanya.
“Apa saya perasan, konsumer lelaki di Malaysia khasnya lebih setia kepada beberapa jenama atau rekaan sahaja. Jenama atau rekaan yang selari dengan kesesuaian stail kegemaran masing-masing.”
Antara inisiatifnya untuk menembus pasaran menswear, Mac lalu, Tsyahmi telah pun melancarkan koleksi kapsul berinspirasikan item signature gaya peribadinya sendiri: kemeja putih. Merangkumi 10 rekaan, yang unik tentang koleksi ini ialah rekaan uniseksnya yang sesuai untuk dipakai oleh lelaki mahupun perempuan. “Koleksi ini dijual pada harga RM150-250. Bagi yang berminat, boleh mendapatkannya menerusi Tsyahmi.com sekarang.”
Setakat ini, sambutan untuk koleksi kapsul ini amat memberangsangkan. Satu bukti kukuh bahawa industri kita – dan konsumer lelaki khususnya – menghargai dan memerlukan pereka seperti Tengku Syahmi.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DARI FOTOGRAFI KE FESYEN, GAYA MUHAMMAD IMRAN
Kenali perjalanan Muhammad Imran daripada fotografi ke dunia fesyen dan bagaimana pengalaman membentuk gaya dan identitinya.
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
LEBIH LONGGAR, LEBIH BERGAYA: TREND OVERSIZED KEMBALI POPULAR
Oversized kembali mencuri perhatian dengan siluet longgar, selesa dan bergaya yang semakin menjadi pilihan generasi kini
DARI AKTOR KE STAIL IKON: 5 PELAKON TEMPATAN DENGAN GAYA VERSATIL
Kenali 5 selebriti Malaysia yang bukan sahaja menyerlah di layar, tetapi turut mencuri perhatian dengan stail dan identiti fesyen tersendiri.
5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA
Di sebalik bakat dan populariti, lima selebriti ini juga menunjukkan dedikasi mereka dalam membina tubuh yang tegap dan kehidupan yang lebih sihat.
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.











