Skip to content

PERJALANAN HIDUP & KERJAYA LIAM PAYNE MENERUSI LENSA KAMERA

PERJALANAN HIDUP & KERJAYA LIAM PAYNE MENERUSI LENSA KAMERA

Kongsikan artikel ini

Industri hiburan global dikejutkan dengan berita pemergian Liam Payne pada usia 31 tahun.

Penyanyi yang pernah menjadi anggota kumpulan tersohor One Direction dari 2010 hingga 2016 ini meninggal dunia pada hari Khamis, 17 Oktober 2024. Dia dilaporkan terjatuh dari balkoni bilik hotelnya di Argentina.

Sejak One Direction mengumumkan mereka akan berehat panjang pada Mac 2016, Liam meneruskan kerjaya solonya yang merangkumi single jualan platinum Strip That Down dan satu album studio.

Lihat foto perjalanan Liam Payne sebagai salah seorang pemuzik yang menjadi kegilaan generasi muda

 

Kehidupan Awal

Foto: FilmMagic

Liam dilahirkan pada 29 Ogos 1993 di Wolverhampton, England. “Zaman kanak-kanak saya menyeronokkan, tetapi keluarga saya tidak berduit. Saya muncul kali pertama dalam The X Factor ketika berusia 14 tahun. Bapalah yang mendorong saya untuk menyertainya. Saya lakukan semua ini untuknya,” katanya kepada The Times pada 2019.

 

Uji Bakat Untuk The X Factor UK

Foto: Getty Images

Walaupun uji bakat awalnya pada tahun 2008 tidak berjaya, Liam kembali pada tahun 2010 untuk uji bakat para juri – kali ini menerusi lagu Cry Me a River daripada Ella Fitzgerald. Dia mara ke pusingan seterusnya dan digabungkan bersama Harry Styles, Zayn Malik, Niall Horan serta Louis Tomlinson oleh Simon Cowell untuk membentuk One Direction.

 

Era Gemilang One Direction

Foto: Variety

Kumpulan itu kemudiannya menjadi salah satu kugiran lelaki terlaris sepanjang zaman, menjelajah dunia dan memenangi pelbagai anugerah termasuk BRIT Awards, VMAs dan American Music Awards. Pada Sukan Olimpik 2012 di London, One Direction diberi penghormatan mempersembahkan lagu hit mereka What Makes You Beautiful pada majlis penutup.

 

One Direction Berpecah

Foto: Getty Images

Dengan gabungan lima bakat hebat, One Direction mengeluarkan empat album iaitu Up All Night, Take Me Home, Midnight Memories dan Four. Pada 2015, Zayn meninggalkan kumpulan itu. Bagaimanapun Liam, Harry, Niall dan Louis terus menghasilkan muzik dan mengeluarkan satu lagi album sebelum mengumumkan mahu berehat panjang pada 2016.

 

Liam Payne Bergelar Bapa

Foto: Instagram

Penyanyi ini menimang cahaya mata sulung, Bear Grey pada 22 Mac 2017 hasil hubungannya dengan teman wanita, Cheryl. Walaupun mereka berpisah pada Julai 2018, Liam mendedahkan dalam satu temu bual pada 2022 bahawa dia bertemu anaknya pada setiap minggu.

“Ia sangat penting buat Bear. Dia perlukannya dalam hidup, dia memerlukan seorang ayah dalam hidupnya. Dan saya gembira dia melihat saya seperti adi wira, dan saya berharap dia terus melihat saya sebegitu sampai bila-bila,” katanya.

 

Kerjaya Solo

Foto: Getty Images

Selepas One Direction berehat, setiap ahli kumpulan meneruskan kerjaya solo masing-masing. Album sulung Liam berjudul LP1 dikeluarkan pada 2019 yang menampilkan single jualan platinum Strip That Down. Sebagai artis solo, dia telah menjual lebih daripada 23 juta single dan tiga juta album, menurut Capitol Records.

 

Tekanan Hidup

Foto: The Sun

Liam mengakui sewaktu berada di kemuncak kemasyhuran One Direction, dia mengambil bahan terlarang dan alkohol untuk mengatasi tekanan dan pernah terfikir untuk membunuh diri. Pada 2023, Liam mengumumkan bahawa dia baru sahaja menghabiskan sesi 100 hari di pusat pemulihan di Louisiana.

Dia turut mengalami tekanan hebat dalam perhubungan. Percintaannya dengan bekas tunang, Maya Henry berakhir pada 2022 selepas dia dilaporkan berlaku curang. Pada Mei 2024, Maya menerbitkan sebuah novel yang menceritakan pengalamannya hidup bersama teman lelaki dengan sikap tidak menentu. Sejurus sebelum kematian pemuzik itu, Maya dilaporkan menghantar surat amaran kepada Liam yang menuduhnya melakukan sentuhan obsesif terhadapnya.

 

Hubungan Dengan Kate Cassidy

Foto: Getty Images

Liam dan pempengaruh itu dirakam buat kali pertama di sebuah parti Halloween pada Oktober 2022. Sebulan kemudian, Kate mengumumkan perhubungan mereka secara rasmi dengan memuat naik foto percutian di Rom, Itali. Pasangan itu membuat kemunculan awam sulung di British Fashion Awards pada Disember 2022.

 

Ditemui Meninggal Dunia

Foto: X

Tanggal 17 Oktober 2024, penyanyi berusia 31 tahun ini terjatuh dari tingkat tiga balkoni bilik hotel di Casa Sur Hotel di Buenos Aires, Argentina. Menurut laporan autopsi, Liam maut akibat 25 kecederaan pada anggota badan terutama di kepala selepas terjatuh dari tempat tinggi.

 

Foto: X

Pautan berkaitan: DALAM KENANGAN: 20 FOTO PERJALANAN KERJAYA JAMES EARL JONES

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

PERUBAHAN WAJAH LIAM PAYNE MEMBIMBANGKAN PEMINAT, PAKAR BEDAH PLASTIK BERI REAKSI

PERUBAHAN WAJAH LIAM PAYNE MEMBIMBANGKAN, PAKAR BEDAH PLASTIK BERI REAKSI

Bacaan Lanjut

LIAM PAYNE MENAMATKAN PERTUNANGAN KALI KEDUA DALAM TIGA TAHUN

Bacaan Lanjut
ONE DIRECTION REUNION: LIAM PAYNE BERI PETUNJUK BAHARU

ONE DIRECTION REUNION: LIAM PAYNE BERI PETUNJUK BAHARU

Bacaan Lanjut
KEDIAMAN ‘BERHANTU’ LIAM PAYNE KINI MILIK HALSEY

KEDIAMAN ‘BERHANTU’ LIAM PAYNE KINI MILIK HALSEY

Bacaan Lanjut