Skip to content

PERKAHWINAN JOE JONAS DAN SOPHIE TURNER DILANDA BADAI?

PERKAHWINAN JOE JONAS DAN SOPHIE TURNER DILANDA BADAI?

Kongsikan artikel ini

Siapa sangka pasangan selebriti pujaan ramai, Joe Jonas dan Sophie Turner terkena tempias ‘trend perceraian’ yang kini sedang merebak di Hollywood.

Sejak beberapa hari lalu tular berita di internet yang mengatakan pasangan itu kini tidak lagi sehaluan dan bakal bercerai. Sumber rapat mendedahkan Joe Jonas telah pun berhubung dengan dua peguam dan bakal menfailkan perceraian tidak lama lagi.

Menguatkan lagi spekulasi itu, dia dilihat tidak lagi menyarung cincin perkahwinannya sejak beberapa minggu lalu. Satu petanda besar bahawa rumah tangga yang dibina sejak empat tahun lalu itu bakal hancur di tengah jalan.

Menurut laporan TMZ, pasangan itu berdepan masalah serius dalam rumah tangga sekurang-kurangnya sejak enam bulan lalu namun hanya berjaya dihidu media baru-baru ini.

Joe Jonas & Sophie Turner

Foto: NGRE/Backgrid

Tiada Lagi Harapan Buat Joe Jonas Dan Sophie Turner?

Sejak tiga bulan lalu penyanyi berusia 34 tahun itu memikul tanggungjawab menjaga dua anak kecilnya hampir setiap masa walaupun ketika menjayakan konsert jelajah bersama kumpulannya, Jonas Brothers.

Walaupun kelihatan seperti tiada apa yang berlaku kerana dilihat menghadiri beberapa acara bersama, hakikatnya perkahwinan mereka retak menanti belah.

Malah pasangan itu telah pun menjual rumah agam mereka di Miami yang baru setahun didiami baru-baru ini. Walaupun dijual dengan tergesa-gesa, mereka bernasib baik kerana berjaya meraih keuntungan tinggi.

Joe Jonas dan Sophie Turner mula dikaitkan bersama pada 2016. Mereka bertunang setahun kemudian. Pada 2019, pasangan itu disatukan sebagai suami isteri dalam satu majlis intim di Las Vegas.

Mereka dikurniakan cahaya mata sulung, Willa pada Julai 2020 dan genap dua tahun kemudian, anak kedua mereka dilahirkan. Nama puteri kedua mereka masih belum didedahkan kepada umum sehingga kini.

Joe Jonas

Foto: Mega

 

Foto: Getty Images

Pautan berkaitan: JOE JONAS BERGELAR BAPA BUAT KALI KEDUA

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

TINJAU RUMAH AGAM MEWAH BAHARU MILIK DAVID BECKHAM & VICTORIA

TINJAU RUMAH AGAM MEWAH BAHARU MILIK DAVID BECKHAM & VICTORIA

Bacaan Lanjut
ED WESTWICK BAKAL TIMANG CAHAYA MATA PERTAMA

ED WESTWICK BAKAL TIMANG CAHAYA MATA PERTAMA

Bacaan Lanjut
KEMUNCULAN TOM HOLLAND & ZENDAYA DALAM PERSALINAN SEDONDON MENCURI PERHATIAN

KEMUNCULAN TOM HOLLAND & ZENDAYA DALAM PERSALINAN SEDONDON MENCURI PERHATIAN

Bacaan Lanjut
KEBENARAN MENGENAI PERCINTAAN ANGELINA JOLIE & AKALA

KEBENARAN MENGENAI PERCINTAAN ANGELINA JOLIE & AKALA

Bacaan Lanjut
JOE JONAS TEMUI CINTA SEKALI LAGI

JOE JONAS TEMUI CINTA SEKALI LAGI

Bacaan Lanjut
FASA BARU HUBUNGAN TIMOTHEE CHALAMET & KYLIE JENNER

FASA BARU HUBUNGAN TIMOTHEE CHALAMET & KYLIE JENNER

Bacaan Lanjut