PERKEMBANGAN TERKINI JAY JAY SELEPAS LUMPUH AKIBAT STROK
Baru tiga minggu lalu Jay Jay diserang angin ahmar yang menyebabkan bahagian tubuh sebelah kanannya lumpuh.
Penyanyi popular tanah air berusia 66 tahun itu terkena serangan strok selepas menjalani pembedahan pintasan jantung. Kini menurut anaknya Cammy Fauzi, bapanya telah menunjukkan perkembangan positif. Tahap kesihatannya semakin pulih selepas menjalani beberapa sesi rawatan fisioterapi di sebuah pusat perubatan.
“Ayah menjalani pembedahan pintasan jantung pada 23 Mei lalu dan tidak lama selepas itu, kesihatannya kembali merosot akibat diserang angin ahmar.
“Disebabkan serangan tersebut, ayah mengalami lumpuh pada bahagian tubuh di sebelah kanan, sekali gus sukar bergerak. Namun selepas mengikut beberapa sesi fisioterapi, tahap pemulihannya nampak semakin positif,” katanya.
Kondisi Jay Jay Sebelum Diserang Angin Ahmar
Pemilik nama Mohd Fauzi Darus ini dilaporkan tidak percaya dirinya menghidap sakit jantung kerana tidak pernah membuat pemeriksaan kesihatan seumur hidupnya.
Menurut laporan Harian Metro, penyanyi ini mendapat serangan jantung ringan dan sesak nafas ketika mahu menaiki bas dari Singapura ke Kuala Lumpur pada bulan Mei lalu. Dia selamat menjalani pembedahan pintasan jantung yang mengambil masa selama enam jam di Institut Jantung Negara.
Pelantun lagu Rindu Bayangan ini kemudiannya ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk rawatan selanjutnya. Bagaimanapun selepas sedar sembilan jam kemudian sekitar pukul tujuh pagi, penyanyi ini tidak boleh menggerakkan tangan dan kaki kanannya seperti biasa.
Hasil pemeriksaan imbasan tomografi berkomputer atau CT Scan menunjukkan terdapat sesuatu yang mengganggu saraf dalam fungsi otak penyanyi itu. Bagaimana ia tidak serius dan hanya bersifat sementara.
Foto: Utusan
Pautan berkaitan: PENYAKIT SEBENAR BRUCE WILLIS AKHIRNYA DIKENAL PASTI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
Sorry, we couldn't find any posts. Please try a different search.