Skip to content

PERUBAHAN TUBUH SHAHEIZY SAM MENCURI PERHATIAN

PERUBAHAN TUBUH SHAHEIZY SAM MENCURI PERHATIAN

Kongsikan artikel ini

Penampilan terbaru bintang Polis Evo, Shaheizy Sam mencetuskan perbualan di kalangan peminat.

Baru-baru ini Sam berkongsi sebuah video di Instagram yang menunjukkan keadaan dirinya yang semakin membesar. Dengan perut agak berisi, dia mempamerkan celana denim yang baru dibelinya di sebuah pusat membeli-belah bersama isteri, Syatilla Melvin.

“Bila plan tak nak naikkan badan, baju-baju besar dulu semua bagi orang. Naik turun badan senang la sikit bila dah kenal badan,” tulisnya di ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam)

Ramai peminat membuat andaian pelakon berusia 42 itu menaikkan berat badannya demi menjayakan watak dalam filem terbaru. Tanggapan itu nyata benar.

Dalam sebuah video yang tular di TikTok bulan lalu, adik iparnya Melveena Melvin dan Syida Melvin memaklumkan bahawa Sam kini sedang membesarkan badan demi naskah terbaru. “Kasiahn dia kena gemuk untuk filem akan datang,” kata Syida.

Rahsia Tubuh Kekar Shaheizy Sam

Bapa kepada empat cahaya mata ini sememangnya terkenal dengan kebolehannya melakukan perubahan fizikal dalam masa singkat. Dari kurus ke gemuk, berisi ke langsing, transformasinya kelihatan mudah. Namun hakikatnya ia memerlukan pengorbanan besar di gimnasium dan dari segi pemakanan.

Dua tahun lalu pelakon ini berkata tiada apa yang mustahil jika mempunyai disiplin yang tinggi dan bersifat jujur terhadap diri sendiri untuk mencapai hasil diingini. Malah dia pernah berkongsi tip pemakanan untuk menurunkan berat badan dengan cara pantas.

SHAHEIZY SAM

Menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya sebelum ini, Sam dilihat mengamalkan diet OMAD (one meal a day) dan menggantikan pengambilan karbohidrat dengan alternatif lebih sihat iaitu konjac.

“Satu hidangan saja sehari, boleh? Badan kurus, duit pun jimat. Ingat, jangan tipu diri sendiri! Kuey teow goreng Permatang Tok Mahat, tapi pakai konjac.”

“Nak kurus cepat atau lambat? Contoh: Cuma dengan OMAD anda boleh kurus dalam masa 30 hari, tapi ditambah dengan senaman, anda boleh kurus dalam masa 15 hari sahaja. Ini asas buat anda yang tak tahu.”

“One meal a day + zero carbs = Potong jari kalau anda tak kurus! Sam sarankan OMAD ni pada yang masih tak reti kira kalori dan yang tak ada gastrik,” kongsinya.

 

Foto: The Star

Pautan berkaitan: TRANSFORMASI DRASTIK SELEBRITI DEMI WATAK DALAM FILEM

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

rancangan raya 2024

5 RANCANGAN ANDA BOLEH ‘LAYAN’ SEPANJANG HARI RAYA INI

Bacaan Lanjut
new show February 2024

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG FEBRUARI 2024

Bacaan Lanjut
10 BAPA PALING HANGAT DI MALAYSIA PILIHAN GLAM LELAKI

10 BAPA PALING HANGAT DI MALAYSIA PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
SHAHEIZY BERKONGSI KETERUJAAN ATAS KEMENANGAN FILEM TIGER STRIPES DI CANNES 2023

SHAHEIZY BERKONGSI KETERUJAAN ATAS KEMENANGAN FILEM TIGER STRIPES DI CANNES 2023

Bacaan Lanjut
SHAHEIZY SAM BERKONGSI RAHSIA MILIKI TUBUH KEKAR DALAM MASA SINGKAT

SHAHEIZY SAM BERKONGSI RAHSIA MILIKI TUBUH KEKAR DALAM MASA SINGKAT

Bacaan Lanjut
LEBARAN TERISTIMEWA BUAT SHAHEIZY SAM & SYATILLA MELVIN

LEBARAN TERISTIMEWA BUAT SHAHEIZY SAM & SYATILLA MELVIN

Bacaan Lanjut