POSITIF COVID-19, ED SHEERAN BAKAL TERUSKAN PERSEMBAHAN SECARA MAYA
Saat peminat ternanti-nanti kemunculan album terbaharu Ed Sheeran yang bakal dilancarkan Jumaat ini, penyanyi dan komposer Britain ini mengumumkan satu berita mengejutkan.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Ed Sheeran berkongsi bahawa dia disahkan positif Covid-19 dan sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah seperti yang disarankan kerajaan.
“Ini satu catatan ringkas untuk memaklumkan kepada anda bahawa saya dijangkiti wabak Covid-19, justeru kini saya sedang menjalani kuarantin dan mengikut garis panduan kerajaan.
“Ini bermakna saya tidak dapat meneruskan sebarang komitmen secara bersemuka buat masa sekarang, jadi saya akan menjayakan sesi wawancara sebanyak mungkin dan membuat persembahan yang telah dirancang secara maya dari rumah,” tulisnya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
RENAISSANCE FILEM BY BEYONCÉ DITAYANGKAN DISEMBER INI
Peminat fanatik Beyonce akan berpeluang menonton RENAISSANCE: FILEM BY BEYONCE yang akan ditayangkan tidak lama lagi.
NOH SALLEH KEMBALI MEMEGANG STATUS SUAMI
Lebih empat bulan mengikat tali pertunangan, Noh Salleh kini sah menjadi milik wanita pilihan hatinya, Fatin Athira Mustapha.
#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024
Coach SS24 menyajikan koleksi penuh dengan jukstaposisi antara dua aspek berbeza, pretty and tough. Jennifer Lopez hadir buat julung kalinya.
RIHANNA & ASAP ROCKY DIKURNIA CAHAYA MATA KEDUA
Siapa sangka dalam diam-diam Rihanna telah pun melahirkan anak keduanya bersama penyanyi rap, ASAP Rocky.
DI SEBALIK PEMBATALAN KONSERT LAUV: THE BETWEEN ALBUM TOUR DI KLCC
Selepas insiden Good Vibes Festival, peminat muzik sekali lagi berdepan kekecewaan apabila konsert Lauv pula dibatalkan.
CHRISTINNA KUAN, HUN HAQEEM & GUESS
Christinna Kuan & Hun Haqeem menggayakan koleksi musim panas 2023 GUESS-mengadaptasi motif dan siluet musim panas pada desain terkandung.