Skip to content

Pupur Topeng

Pupur Topeng, Ini Top 3 Pilihan Glam Lelaki

Kongsikan artikel ini

Apa yang seronoknya melihat IG story sejak beberapa tahun ini ialah bila melihat ramai lelaki sudah rajin memakai pupur atau mask. Hampir saban malam ada sahaja saya lihat pengguna media sosial yang saya ikuti berkongsi foto atau video mereka memakai pupur. Rata-ratanya memilih memakai pupur jenis topeng (sheet mask) berbanding tektur lain seperti gel mahupun tanah liat.

Apa yang saya suka tentang pupur topeng ialah ia sangat praktikal dan mudah dan itulah juga mungkin menjadi faktor mengapa ramai lelaki lebih cenderung menggunakan pupur jenis ini. Ia tidak memerlukan kita membilas muka seperti sesetengah pupur lain misalnya yang hadir dalam bentuk tanah liat.

Kita lebih senang memakai pupur sebelum tidur, jadi bila sudah berbaring di atas katil kadang-kadang memang malas mahu bangkit, jadi tiada masalah jika sekadar memakai pupur jenis topeng, boleh tanggal dan buang sahaja.

 

Pupur Topeng

KIEHL’S CLEARLY CORRECTIVE CLARITY BOOSTER HYDRATION MASK

Liputi wajah anda dengan pupur ini selama 15 minit dan biarkan pupur ini bekerja untuk memudarkan tompok hitam, mencerahkan kulit dan melembap juga melembutkan kulit selain membuatkan ton kulit lebih sekata. Ia mengandungi ekstrak peoni dan hyaluronic acid. 

Pupur Topeng

JART+ CRYO RUBBER™ WITH MOISTURIZING HYALURONIC ACID

Saya suka pupur ini, rasa sejuk membuatkan saya sering saja menjadi pilihan utama. Ia melembapkan kulit hasil hyaluronic acid yang mana ia juga memberi manfaat sebagai anti-penuaan. Berpandukan kajian ia mampu meredakan kemerahan kulit, memudarkan tompok hitam dan bagus untuk peredaran darah di wajah. Cryo adalah perkataan Greek yang membawa maksud getah.

Pupur Topeng

CLARINS SUPER RESTORATIVE INSTANT LIFT SERUM MASK– Apa yang saya suka tentang pupur ini ialah helaiannya bukan sekadar meliputi muka tapi ia juga dilabuhkan hingga ke leher. Ia mengandungi ekstrak harungana dan minyak shea yang membuatkan kulit lebih tegang dalam masa 15 minit.

Baca: BVLGARI MAN TERRAE ESSENCE DIDOMINASI VETIVER DARI TANAH JAWA

 

 

 

By Khairul Abidin
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

MAHU KULIT BERSIH TANPA CELA? INI KELEBIHAN EXFOLIATION RAMAI TIDAK TAHU

Bacaan Lanjut
pencuci muka lelaki

5 PENCUCI MUKA LELAKI TERBAIK UNTUK KULIT KOMBINASI

Bacaan Lanjut
penjagaan kulit lelaki

5 TIP PENJAGAAN KULIT PENTING LELAKI MESTI IKUTI

Bacaan Lanjut
Kiehl's

RAIKAN TAHUN BARU BERSAMA KIEHL’S

Bacaan Lanjut

BRAD PITT DAN KEKASIH BARUNYA, LE DOMAINE

Bacaan Lanjut
ELAK BIBIR KERING DAN MENGELUPAS, INI TEKNIKNYA!

ELAK BIBIR KERING DAN MENGELUPAS, INI TEKNIKNYA!

Bacaan Lanjut