Skip to content

PUTERA CHARLES MANGSA SETERUSNYA JANGKITAN COVID-19

Kongsikan artikel ini

Pewaris Diraja Britain, Putera Charles disahkan positif COVID-19 dan kini sedang dikuarantin di Scotland. Menurut kenyataan Istana Clarence House, Prince of Wales itu dilaporkan mengalami simptom sejak beberapa hari lalu tetapi masih dalam keadaan stabil. Manakala isterinya, The Duchess of Cornwall, Camilla juga turut melakukan ujian dan didapati negatif COVID-19.

Khabarnya, kedua-dua mereka kini sedang melalui tempoh pengasingan di Scotland. Menurut sumber, Putera Charles baru sahaja bertemu dengan Putera Albert dari Monaco awal bulan ini, yang kemudiannya diuji positif coronavirus, dan pihak istana tidak menolak kemungkinan tersebut.  Pemerintah berusia 62 tahun itu diuji positif hanya sembilan hari selepas baginda duduk bertentangan dengan Prince of Wales pada acara WaterAid di London.

Putera Charles mengahwini Camilla Parker Bowles pada 9 April 2005, yang merupakan isteri kedua kepada Putera Charles. Mereka bertemu sekitar tahun 1971 selepas diperkenalan oleh seorang kawan, Lucia Santa Cruz.

Sehingga kini, lebih 8,000 kes Covid-19 telah dilaporkan di Britain dengan lebih 420 pesakit meninggal dunia.

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Syed Abdullah Syed Abdul Rahman

KENALI SYED ABDULLAH SYED ABDUL RAHMAN, ABANG YB SYED SADDIQ YANG TAMPAN PERSIS MODEL

Bacaan Lanjut

SYAMSUL YUSOF: PENGARAH VISIONARI FILEM MALAYSIA

Bacaan Lanjut
augustin eng

AUGUSTIN ENG, PASANG IMPIAN BEKERJASAMA DENGAN PEREKA FESYEN LOKAL

Bacaan Lanjut
"HUBUNGAN SAYA DENGAN MUZIK SANGAT UNIK & INTIMATE." - NINA HASNUL

“HUBUNGAN SAYA DENGAN MUZIK SANGAT UNIK & INTIMATE.” – NINA HASNUL

Bacaan Lanjut
Nik Rifa'ie

NIK RIFA’IE: WAJAH UTAMA GL GANG & MENYELAMI KREATIVITI BINTANG BERBAKAT BESAR

Bacaan Lanjut

LACOSTE STRIPS DOWN TAYLOR ZAKHAR PEREZ UNTUK KEMPEN TERBARU

Bacaan Lanjut