QAL-G, “LAGU ‘SEPI’ MENANDAKAN LANGKAH RASMI PERTAMA SAYA DALAM INDUSTRI MUZIK.”
Kenali penyanyi baharu, Haiqal Naqib atau nama pentasnya, QAL-G yang telah melancarkan single pertama bertajuk “Sepi”.
Bolehkah QAL-G kongsikan sedikit tentang perjalanan dalam dunia muzik? Apakah yang mendorong anda untuk bermula?
Muzik sentiasa menjadi ruang peribadi untuk saya melarikan diri. Sejak kecil, saya sering mendengar ayah menyanyikan lagu-lagu ABBA di rumah, dan secara tidak langsung itu mendorong saya untuk mula menyanyikan lagu-lagu yang dia gemari. Perjalanan sebenar saya dalam industri muzik bermula apabila saya menyertai Big Stage ALPHA 2025. Sejujurnya, saya tidak pernah menjangka akan melangkah sejauh itu, jadi ia merupakan satu kejutan besar dan juga satu rezeki. Apabila dikenang kembali, saya bersyukur memilih laluan ini kerana menjadi penyanyi sememangnya impian saya sejak dahulu.
Bagaimana anda menggambarkan gaya peribadi anda? Adakah ia berubah dari semasa ke semasa?
Gaya peribadi saya bermula dengan streetwear yang minimal. Dari masa ke masa, saya mula meneroka dunia fesyen jalanan dengan lebih mendalam dan bereksperimen dengan warna. Dahulu saya hanya selesa dengan hitam dan putih, namun kini saya lebih terbuka untuk mencuba pelbagai gaya, asalkan ia sesuai dan tampak baik pada diri saya.
Bagaimana anda kekal mengikuti perkembangan dunia muzik?
Saya mendengar pelbagai genre muzik daripada artis tempatan dan antarabangsa, termasuk keluaran baharu, sesi persembahan langsung dan playlist. Saya juga memberi perhatian kepada cara artis berhubung dengan audiens mereka secara visual dan emosi, bukan sekadar melalui muzik semata-mata.
Boleh kongsikan sedikit tentang single pertama bertajuk, “Sepi”?
“Sepi” mengisahkan tentang kesendirian. Bukan rasa sunyi, tetapi detik-detik tenang apabila kita berseorangan bersama fikiran sendiri. Lagu ini mencerminkan satu fasa dalam hidup saya di mana kesunyian berbicara lebih lantang daripada kata-kata, dan saya mahu ia dirasai secara intim serta dekat di hati pendengar.
Bolehkah anda ceritakan tentang hasil kerja yang paling bermakna buat anda?
Pelancaran “Sepi” akan sentiasa menjadi kenangan istimewa kerana ia menandakan langkah rasmi pertama saya dalam industri muzik. Sudah tentu, menyertai Big Stage ALPHA 2025 merupakan pengalaman paling besar dan tidak dapat dilupakan dalam hidup saya, ia benar-benar satu pengalaman yang mengasyikkan.
Apakah nasihat anda kepada penyanyi baharu?
Saya sendiri masih baharu dalam industri ini, jadi saya tidak berani mengatakan saya layak memberi nasihat. Namun, untuk pendatang baharu seperti saya: jangan mudah berputus asa, teruskan meneroka diri sendiri dan sentiasa mara ke hadapan. Sentiasa ada jalan penyelesaian di suatu tempat, anda hanya perlu terus berusaha.
Siapakah inspirasi anda?
Saya terinspirasi oleh Nadhif Basalamah. Saya sangat mengagumi bagaimana muziknya mampu menyentuh emosi pendengar dengan begitu mudah. Penulisan lagunya terasa jujur dan dekat di hati, sesuatu yang saya sendiri ingin capai dalam karya-karya saya.
Apakah yang boleh kami expect daripada anda pada tahun 2026?
Lebih banyak muzik, visual yang lebih kuat, dan perkembangan diri. Saya kini sedang berusaha untuk menjadi lebih cergas, menurunkan sedikit berat badan dan membina otot (perlahan-lahan tetapi konsisten). Saya juga sedang berusaha mengatasi rasa malu di hadapan kamera dan scopophobia, dan saya bertekad untuk menewaskannya. Secara keseluruhan, saya berharap 2026 akan menjadi tahun di mana kerjaya muzik saya berkembang dengan lebih lancar.
Siapakah jenama atau individu impian anda untuk bekerjasama?
Jenama impian saya sejak dahulu lagi ialah PRADA. Saya sukakan pendekatan gaya mereka yang ringkas, kemas dan tidak keterlaluan. Saya masih ingat melihat Tom Holland mengenakan PRADA pada tahun 2022 dan terfikir, “Ya, saya mahu jadi seperti itu suatu hari nanti.”
Apakah yang ingin anda capai sebelum mencecah usia 35 tahun?
Saya mahu membina jenama peribadi yang kukuh, mengukuhkan diri sebagai seorang artis yang mempunyai tujuan dan kelangsungan jangka panjang, dan pastinya mencapai bentuk tubuh yang terbaik dalam proses tersebut.
Artikel berkaitan: KENALI JEMPUT DENGAR, MERAYAKAN MUZIK, GAYA & INSPIRASI MERENTAS GENERASI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 PENGARAH KREATIF FESYEN TERBAHARU, DARI OAKLEY KE ZARA
Kenali 5 Pengarah Kreatif Fesyen 2026. Dari Matthew Williams ke John Galliano ke Zara, lihat siapa yang mengubah gaya global.
MAKSIMALISME 2026 : MENGAPA SUDAH TIBA MASANYA LELAKI BERHENTI ‘PLAY SAFE’
Tinggalkan minimalisme. Terokai trend Maksimalisme 2026 bersama Hael Husaini, Hun Haqeem, dan Syed Syafiq. Berhenti bermain selamat sekarang!
HIGH PERFORMANCE: PUTERA ADAM, “SAYA MENCIPTA SEJARAH SEBAGAI PELUMBA ASIA PERTAMA MENJUARAI LAMBORGHINI SUPER TROFEO EUROPE CHAMPIONSHIP.”
"Tahun lalu saya mencipta sejarah sebagai pelumba Asia pertama menjuarai Lamborghini Super Trofeo Europe Championship," Putera Adam.
PILIHAN STYLISH IKMAL AMRY MERAIKAN SYAWAL
Semak gaya stylish Syawal Ikmal Amry bersama Tommy Hilfiger. Menyerlahkan gaya santai lebaran supaya kekal bergaya.
GL PLAYLIST: KOLEKSI LAGU RAYA TERBARU TAHUN 2026, DARI ALPHA, MIERUL AIMAN & HAEL HUSAINI.
GL Playlist himpunkan 7 lagu raya terbaru 2026 termasuk Hael Husaini, Dayang Nurfaizah dan Wani Kayrie yang memeriahkan Syawal tahun ini.
GL25: TAHUN PENUH PENGARUH, GAYA & EVOLUSI BUAT GLAM LELAKI
GL25: Sepanjang 2025, GLAM Lelaki terus memperteguh naratif lelaki moden menerusi deretan pencapaian dan kolaborasi eksklusif.











