“QALIF SATU-SATUNYA ANAK LELAKI DAN HARAPAN SAYA” – QUE HAIDAR
Sejak Que Haidar mengahwini jelitawan, Linda Jasmine, peminat sudah termaklum akan keakraban Que bersama anak tirinya, Qalif Khan. Kemesraan pasangan bapa dan anak ini ternyata memberi inspirasi khusus golongan bapa dan anak-anak. Keakraban mereka berdua membuktikan bahawa bapa dan anak tiri bisa menjalinkan perhubungan keluarga yang erat. Qalif, 17 tahun kini yang semakin matang sempat meluangkan masa menghadiri ke studio untuk sesi penggambaran bersama Que.
Que yang tak perlukan sebarang pengenalan, merupakan penggiat seni memiliki bakat berlakon bukan calang-calang. Kecemerlangan lakonannya menerusi filem seperti KL Menjerit 1, Papadom dan Lagenda Budak Setan meninggalkan kesan yang mendalam. Pengiktirafannya dalam bidang seni beberapa kali pernah dirangkulnya. Que yang kini sibuk dengan tugas membesarkan anak, berpendapat bahawa Qalif adalah harta kesayangannya.
“Qalif merupakan satu-satunya anak lelaki saya dan harapan saya. Dia anak yang baik dan mendengar kata.” Mengenai Que pula, Qalif memberitahu bapanya tersebut membesarkannya dengan menekankan aspek disiplin. “My dad is a disciplinarian person. Dia tegas dalam membesarkan kami. Tapi jangan salah anggap, tegas hanya bila perlu dan untuk perkara-perkara tertentu sahaja. Saya tahu, bapa bersikap seperti itu kerana mahukan yang terbaik buat saya kala menempuh hidup.”
Que akui, “Mengimbas momen melihat ibu bapa saya membesarkan kami adik-beradik seramai sepuluh orang telah memberi saya inspirasi dan semangat untuk melunaskan tanggungjawab sebagai bapa dan membesarkan anak-anak saya pula. Cara mereka menangani kami adik-beradik membuatkan saya fikir tak mustahil untuk saya membesarkan anak-anak saya. Ibu bapa bagaikan idola saya. Kalau dulu ibu bapa tak merungut kala membesarkan kami adik-beradik, why should I complain about my problems, right?”
Persamaan antara Que dan Qalif dikesan menerusi minat mereka yang sama terhadap bidang muzik juga cinta mereka mencuba pelbagai jenis makanan. “Keluarga kami enjoy food. Setiap hari Khamis, selepas Qalif pulang dari asrama, kami sekeluarga akan meluangkan masa untuk makan malam bersama. Ada peluang kami akan makan di rumah atau luar. Tak kira makanan apa, yang penting kami dapat berkumpul. The togetherness of enjoying the meal. Dan sebagai pengetahuan, Qalif yang mencadangkan aktiviti ini,” ujar Que.
“Why do you care about it? Sebab jarang sekali saya melihat para remaja begitu mengutamakan aktiviti keluarga, bukan?” tanya saya kepada Qalif. “Setiap keluarga perlukan aktiviti kekeluargaan. Saya menyedari bahawa keluarga yang dilihat selalu bersama, sebenarnya tidak benar-benar bersama. Ada yang buat hal sendiri atau sibuk dengan gajet masing-masing. Oleh itu, sekali seminggu saya akan luangkan masa bersama keluarga untuk makan malam bersama dan berkongsi cerita-cerita tertentu. Lagipun, saya tinggal berjauhan dari keluarga, dimana saya menetap di Sunway dan keluarga di Ampang.”
Kehidupan selepas berumah tangga dan memiliki anak-anak telah mengubah cara pemikiran dan pembawaan diri Que. Katanya, peranan sebagai bapa membuatkannya sering fikir tentang kebajikan anak-anak. “Anak ni, sampai bila-bila kita akan ingat. Sehinggalah ke akhir hayat kita ambil kisah tentang anak-anak. Sebab kita ni sebagai ibu bapa, sangat menyayangi anak-anak. Apa anak-anak buat, sihat ke tak, apa mereka rasa, tentunya sering menjadi persoalan di minda saya sepanjang masa. Ia tidak akan hilang,” cerita Que yang sentiasa cuba memenuhi keperluan keluarga.
Teks, Penyelaras & Arahan Seni: Johan Kassim Grooming: Fendi Sani Gambar: Edmund Lee Pakaian: Uniqlo Musim Luruh 2017 Jam tangan: G Shock Master of G, Frogman Casio
Dapatkan GLAM Lelaki isu Jun 2017 yang kini sudah berada di pasaran untuk artikel penuh.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KENALI SYED ABDULLAH SYED ABDUL RAHMAN, ABANG YB SYED SADDIQ YANG TAMPAN PERSIS MODEL
Kami di GL tidak boleh menafikan personaliti serta aura tampan abang kepada YB Syed Saddiq itu.
SYAMSUL YUSOF: PENGARAH VISIONARI FILEM MALAYSIA
Dalam lanskap filem Malaysia yang semakin berkembang, tidak banyak nama yang mampu menyaingi kehebatan dan pengaruh seperti Syamsul Yusof.
AUGUSTIN ENG, PASANG IMPIAN BEKERJASAMA DENGAN PEREKA FESYEN LOKAL
Augustin Eng mula dikenali sejak dia aktif berkongsi content menarik di media sosial. GLAM Lelaki mengenali ‘content creator’ muda ini lebih dekat.
“HUBUNGAN SAYA DENGAN MUZIK SANGAT UNIK & INTIMATE.” – NINA HASNUL
Nama Nina Hasnul cukup dikenali lebih-lebih lagi dalam kalangan peminat muzik dan fesyen tidak kira lelaki atau wanita.
NIK RIFA’IE: WAJAH UTAMA GL GANG & MENYELAMI KREATIVITI BINTANG BERBAKAT BESAR
Nik Rifa'ie yakin bahawa inisiatif ini akan membawa inspirasi kepada ramai, sekaligus membuka peluang baru.
LACOSTE STRIPS DOWN TAYLOR ZAKHAR PEREZ UNTUK KEMPEN TERBARU
Taylor Zakhar Perez tampil bergaya di hadapan lensa dengan hanya mengenakan Lacoste minimalist boxer briefs. Oh...hangat!