RAFAEL NADAL KINI BERGELAR BAPA BUAT PERTAMA KALI
Juara tenis dunia, Rafael Nadal bersama isterinya, Maria Francisca Perello telah mengumumkan kelahiran anak pertama mereka di Palma de Mallorca, Sepanyol.
2022 pasti menjadi tahun yang paling diingati oleh Rafael Nadal, secara personal dan juga profesional. Juara tenis dunia itu bersama isterinya, Maria Francisca Perello telah mengumumkan kelahiran anak pertama mereka di Palma de Mallorca, Sepanyol. Berita ini telah menggembirakan dunia tenis antarabangsa.
Maria Francisca Perello yang juga dikenali sebagai Mery Perello atau Xisca bersama Rafael Nadal kini bergelar ibu bapa kepada seorang anak lelaki. Mereka telah bersama sejak zaman remaja lagi, dan telah mengikat tali perkahwinan pada tiga tahun yang lalu.
Sebelum ini, juara Grand Slam sebanyak 22 kali itu sentiasa bersama isterinya yang sedang sarat mengandung. Dia juga akan menyertai kejohanan Laver Cup selama satu hari sahaja kerana kelahiran anak pertama mereka itu boleh berlaku pada bila-bila masa sejak sebulan lalu.
Mereka mengumumkan berita gembira mengenai kandungan ini pada September lalu. Walaupun mereka sentiasa mengekalkan privasi daripada pihak media dan peminat, Xisca Perello dikhabarkan telah dimasukkan ke sebuah klinik kesihatan swasta pada Ogos lalu kerana mengalami komplikasi kandungan.
Dalam usia 36 tahun, Rafa telah menjulang dua trofi Grand Slam yang pertama pada 2022. Kemenangan di Terbuka Australia dan Roland Garros itu telah meletakkannya selaku pemain tenis dengan 22 trofi kejuaraan keseluruhan. Dia kini telah memintas Roger Federer dan Novak Djokovic dengan kemenangan Major terbanyak dalam sejarah.
Berita gembira ini turut memberikan sedikit bayangan mengenai karier Rafa sebagai pemain tenis profesional. Juara tenis itu pernah memberitahu media bahawa dia bakal menggantungkan raket apabila dia dan isteri memulakan keluarga nanti.
Foto: Getty Images
Baca lebih lanjut: 10 ‘MUST WATCH’ SEPANJANG OKTOBER 2022
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PERKEMBANGAN TERKINI ROGER FEDERER SELEPAS BERSARA DARI ARENA TENIS
Walaupun tidak lagi aktif dalam sukan tenis, kehidupan Roger Federer tetap menjadi perhatian ramai terutama peminatnya dari seluruh pelosok dunia.
“SATU DETIK PENTING DALAM PERJALANAN SEBAGAI BAPA ADALAH KETIKA ANAK PERTAMA ALIF DILAHIRKAN.” – ALIF SATAR
Duta Garmin Malaysia, Alif Satar berkongsi mengenai perjalanannya sebagai seorang bapa, dipengaruhi oleh hubungan rapat bersama bapanya sendiri.
“CINTA HATI KAMI” – MALUMA KINI BERGELAR BAPA
Bintang Latin, Maluma dan teman wanita, Susana Gomez baru saja menerima kehadiran orang baru dalam hidup mereka.
HENRY GOLDING KINI BAPA KEPADA DUA CAHAYA MATA
Dalam diam-diam aktor Crazy Rich Asians, Henry Golding telah pun menyambut kehadiran anak keduanya bulan lalu.
ROLEX US OPEN: THE FINALE OF THE GRAND SLAM SEASON
US Open telah mula berlangsung 28 Ogos hingga 10 September ini sekali lagi dipertandingkan di Pusat Tenis Kebangsaan USTA Billie Jean King di New York.
HILANG 25KG BERAT BADAN, POST MALONE HANYA AMALKAN SATU RAHSIA INI
Post Malone mencuri perhatian ramai selepas berjaya menurunkan berat badan yang banyak dengan melakukan satu perubahan kecil.