RAJA CHARLES III MEMECAH TRADISI DIRAJA PADA UPACARA PERTABALAN
Raja Charles Memilih Persalinan Moden Pada Upacara Pertabalan
Seperti jangkaan pemerhati Diraja, Raja Charles memilih untuk tidak mengenakan stoking sutera dan seluar pendek yang biasanya dipakai semasa pertabalan. Sumber Diraja memaklumkan kepada The Sun bahawa “ia dianggap terlalu ketinggalan zaman”. Baginda juga tidak menyarung pakaian tentera seperti yang dijangka beberapa peminat.
Sebaliknya Raja Charles mengenakan jubah vintaj, tunik pertabalan berwarna merah dan kemeja sutera rona krim yang dipadankan bersama celana Tentera Laut Diraja. Tuniknya yang diilhamkan daripada pakaian pertabalan Raja George V dan Raja George VI direka oleh Ede & Ravenscroft.
Kemeja sutera Turnbull & Asser juga diinspirasikan oleh busana kedua-dua raja itu. Ia menampilkan sulaman daun dan buah oak pada bahagian kolar dan manset. Celananya pula adalah sebahagian daripada pakaian istiadat Tentera Diraja yang sering disarungnya secara harian. Selaras dengan dedikasinya terhadap kemampanan, Raja Charles juga memilih untuk menggayakan jubah sama yang dipakai oleh datuknya, Raja George VI pada hari pertabalannya sendiri pada 1937.
Sementara itu Raja Permaisuri Camilla menyarung gaun bersulam putih rona gading daripada Bruce Oldfield dan kalung pertabalan berlian ikonik serta jubah pertabalan milik Ratu Elizabeth II. Permaisuri berusia 75 tahun itu disarungkan mahkota mewah rona ungu yang digayakan Permaisuri Mary pada 1911 kala pertabalan Raja George V. Ia diberi sentuhan moden dengan tambahan beberapa batu berlian milik mendiang Ratu Elizabeth.
Foto: Getty Images
Pautan berkaitan: SEKITAR RAPTAI PENUH ISTIADAT PERTABALAN RAJA CHARLES III
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ISYARAT MANIS DARIPADA PUTERA WILLIAM BUAT ANAK PEREMPUANNYA, PUTERI CHARLOTTE
Putera William secara terbuka menunjukkan rasa kasih dan sayang pada Puteri Charlotte dengan memakai gelang manik pemberian puterinya.
ALASAN MENGAPA PUTERA WILLIAM TIDAK PERNAH MENYARUNG CINCIN PERKAHWINAN
Ramai tidak menyedari bahawa Putera Wales tidak pernah menyarung cincin sejak mendirikan rumah tangga sehingga ke hari ini.
DIET PEMAKANAN AMALAN RAJA CHARLES III & PERMAISURI CAMILLA
Pengarang dan pengkritik makanan, Tom Parker Bowles berkongsi sedikit sebanyak tentang pemakanan yang diamalkan oleh ibu, Permaisuri Camilla dan bapa tirinya, Raja Charles.
PUTERA HARRY TERIMA ‘HADIAH HARI LAHIR’ DARIPADA MENDIANG PERMAISURI ELIZABETH
Kekayaan Putera Harry meningkat secara mendadak pada ulang tahun kelahirannya yang ke-40 baru-baru ini.
GAJI TAHUNAN PUTERA WILLIAM SELEPAS DIKURNIA GELARAN DUKE OF CORNWALL
Putera William memiliki estet bernilai lebih RM47 bilion yang ditubuhkan oleh Raja Edward III pada 1337 buat pewaris takhta.
10 LARANGAN YANG MESTI DIPATUHI KERABAT DIRAJA BRITAIN
Sebagai pemerintah, Raja Charles III dikecualikan daripada kebanyakan undang-undang tetapi terdapat juga beberapa peraturan yang perlu dipatuhinya.