RAJA CHARLES III TUNDA TUGAS RASMI AKIBAT KANSER
Baru 18 bulan menaiki takhta, Raja Charles III disahkan menghidap barah kelima penyebab kematian lelaki, kanser prostat.
Diagnosis itu didedahkan kepada umum seminggu selepas Raja Charles keluar dari hospital susulan pembedahan prostatnya yang semakin membesar. Bagaimanapun tiada butiran lanjut didedahkan mengenai tahap kansernya.
Disebabkan itu baginda terpaksa menangguhkan segala urusan rasmi untuk menjalani rawatan sewajarnya. Rawatan pertama sebagai pesakit luar telah pun dimulakan di bawah pengawasan pasukan doktor pakar.
Menurut kenyataan Istana Buckingham, baginda kekal positif dan tidak sabar mahu kembali melaksanakan tugas Diraja seperti biasa secepat mungkin.

Foto: Getty Images
Raja Charles III Beri Kesedaran Tentang Kanser Prostat
Walaupun kebanyakan kerabat Diraja memilih untuk mengunci mulut tentang masalah kesihatan kerana mahu menjaga privasi, Raja Charles bertindak sebaliknya.
Baginda terbuka bercakap mengenainya untuk menyebarkan kesedaran tentang kanser berbahaya ini kepada orang awam.
“Baginda memilih untuk berkongsi diagnosis bagi mengelakkan spekulasi. Juga dengan harapan ia membantu pemahaman umum tentang mereka di seluruh pelosok dunia yang terjejas dek kanser,” menurut kenyataan Istana Buckingham.
Berita duka ini mendapat perhatian daripada pemimpin dunia yang menyatakan harapan mereka untuk melihat Raja Charles kembali pulih seperti sedia kala. Putera Harry yang kini menetap di Amerika Syarikat juga dilaporkan telah pulang ke United Kingdom untuk berada di sisi bapanya.
Ini bukanlah diagnos kanser pertama di kalangan kerabat Diraja Britain. Dilaporkan ibu baginda, Ratu Elizabeth II bukanlah mangkat akibat sakit tua seperti dalam rekod rasmi. Ratu disahkan menghidap sejenis kanser tulang sumsum, multiple myeloma pada tahun-tahun terakhir hidupnya, yang membawa kepada kemangkatannya.
Foto: Getty Images
Pautan berkaitan: 6 MAKANAN UNGGUL UNTUK MENINGKATKAN KESIHATAN PROSTAT
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DIET KESIHATAN PELIK AMALAN ATLET SELEBRITI TERNAMA
Empat atlet ini memilih untuk mencuba diet ekstrem yang biasanya tidak disarankan oleh pakar kesihatan.
TANDA CINTA RAJA CHARLES III BUAT ISTERI, PERMAISURI CAMILLA
Demi membuktikan cinta, Raja Charles III menunaikan impian isterinya untuk melihat kawasan kediaman miliknya bebas daripada gangguan luar.
ANTA PERMANA LAGU KEGEMARAN RAJA CHARLES III
Siapa sangka lagu Anta Permana dendangan Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza tersenarai dalam playlist peribadi Raja Charles!
TINGKATKAN KESIHATAN PROSTAT DENGAN LIMA MAKANAN INI
Ada beberapa makanan unggul yang boleh anda ambil untuk mencegah masalah prostat.
JANGAN ABAIKAN! FAKTA PENTING TENTANG KANSER PAYUDARA YANG LELAKI PERLU TAHU
Bukan sahaja wanita, malah lelaki juga berisiko menghidap kanser payudara walaupun kesnya jauh lebih jarang berbanding wanita.
DIET PEMAKANAN AMALAN RAJA CHARLES III & PERMAISURI CAMILLA
Pengarang dan pengkritik makanan, Tom Parker Bowles berkongsi sedikit sebanyak tentang pemakanan yang diamalkan oleh ibu, Permaisuri Camilla dan bapa tirinya, Raja Charles.