RAJA CHARLES III USIR PUTERA ANDREW DARI ISTANA
Beberapa bulan menaiki takhta, Raja Charles membuat keputusan menghalau adik lelakinya yang digelar ‘anak kesayangan’ Ratu Elizabeth II, Putera Andrew keluar dari Istana Buckingham.
Menurut laporan, Putera Andrew tidak lagi dibenarkan memiliki pejabat di sana dan menggunakan alamat istana sebagai alamat surat-menyuratnya.
“Sebarang urusannya di istana telah berakhir secara rasmi. Raja Charles telah membuat keputusan. Dia bukan lagi kerabat yang menjalankan tugas rasmi Diraja. Dia kini bersendirian,” jelas satu sumber terdekat kepada The Sun.
Akibatnya, beberapa kakitangan yang dikekalkan di istana selepas Duke of York berundur daripada tugas Diraja tiga tahun lalu kini berdepan dengan pemecatan.

Foto: Getty Images
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MAKNA ISTIMEWA DI SEBALIK NAMA ANAK KEDUA PUTERI EUGENIE & JACK BROOKSBANK
Dua tahun bergelar ibu, Puteri Eugenie dikurniakan seorang lagi putera pada 30 Mei lalu.
RAJA CHARLES III MEMECAH TRADISI DIRAJA PADA UPACARA PERTABALAN
Istiadat pertabalan Raja Charles menyaksikan baginda melanggar tradisi dengan memilih pendekatan moden.
PERSALINAN TERBAIK PADA HARI BERSEJARAH RAJA CHARLES III
Himpunan fesyen terbaik tetamu berprofil tinggi pada upacara pertabalan Raja Charles.
SEKITAR RAPTAI PENUH ISTIADAT PERTABALAN RAJA CHARLES III
Hanya tinggal satu hari sahaja lagi sebelum berlangsungnya istiadat pertabalan Raja Charles III yang bakal melakar sejarah tersendiri.
SIRI BEEF DIBOIKOT PENONTON GARA-GARA DAVID CHOE
Selepas kejayaan Beef, timbul pula satu dakwaan yang mencalarkan reputasi drama hit terbaharu Netflix itu.
BARISAN TETAMU YANG BAKAL HADIR, TIDAK BERPELUANG KE ISTIADAT PERTABALAN RAJA CHARLES
Hanya tinggal lebih sebulan sahaja lagi sebelum berlangsungnya istiadat pertabalan Raja Charles III dan isterinya, Raja Permaisuri Camilla.