5 FAKTA MAGGIE & PARUL, RATU CANTIK YANG MENJUARAI THE AMAZING RACE ASIA 5
Oleh Wan Mohd Firdaus Basaruddin
Dua ratu cantik dari Filipina akhirnya menyelar tanggapan bahawa mereka sekadar memiliki rupa paras menawan apabila semalam, Maggie Wilson dan Parul Shah dari Filipina, dinobatkan sebagai juara dalam rancangan pertandingan realiti tv terkenal, The Amazing Race Asia musim kelima (TARA5). Kemenangan ini melayakkan dua sahabat baik ini membawa pulang wang tunai sebanyak US$100, 000.

Parul & Maggie
“Kami berjaya, dan siapa menyangka ratu cantik boleh menjuarai perlumbaan ini? Filipina pastinya berbangga dan sekarang kami sudah boleh membantu keluarga kami,” jelas Maggie dan kemudiannya memeluk Parul sambil kedua-duanya menitiskan air mata sewaktu mereka diumumkan sebagai yang pertama sampai ke destinasi terakhir oleh Alan Wu, pengacara TARA5 yang ditayangkan semalam menerusi saluran Astro 701 /721 (HD).

https://www.youtube.com/watch?v=CL0FstWJTJ8
Dalam temubual bersama media baru-baru ini, ujar Maggie, “Kami tidak kisah dianggap underdog sepanjang perlumbaan ini. Kami suka melihat orang beranggapan kami hanya tahu memakai make-up dan kasut tumit tinggi, sambil melambai-lambai seolah ada mahkota di atas kepala kami. Dan sekarang kami sudah buktikan yang kami juga boleh berjaya atas usaha keras seperti kumpulan-kumpulan lain.”
Ditanya bagaimana mereka berdua ‘terus hidup’ dalam perlumbaan penuh cabaran ini, Parul berkata, “Kami sangat rapat namun kami berdua cukup berbeza. Walau apa jua cabaran, kami jauhkan diri dari bertelagah sesama sendiri. Yakin dan jangan mudah berputus asa.”
Berikut adalah 5 fakta menarik mengenai Maggie Wilson dan Parul Shah, juara TARA5:
1. Maggie Wilson-Consunji, gadis campuran British dan Filipina merupakan pemegang gelaran Miss World pada tahun 2007, manakala Parul Shah, yang berdarah kacukan India dan Filipina memenangi gelaran Miss Pilipinas-Tourism pada tahun 2014, dimana dia mendapat tempat ketiga.

2. Ia adalah impian Maggie untuk menyertai perlumbaan ini setelah melihat rakan-rakannya, Rovilson Fernandez dan Marc Nelson yang pernah menyertai The Amazing Race Asia sewaktu musim kedua.
3. Maggie memilih Parul untuk menjadi teman seperjuangannya. Dan Parul hanya bersetuju jika Maggie menjadi partner-nya kerana sebelum ini mereka berdua memang saling mengenali dan cukup rapat.
4. Selain daripada Maggie menjadi partnernya, Parul bersetuju menyertai perlumbaan ini dengan hasrat membantu ayahnya yang menghidap strok. Dikhabarkan ayahnya diserang strok sekali lagi ketika Parul masih lagi dalam perlumbaan.
5. Maggie dan Parul adalah pasukan kedua dari Filipina yang memenangi The Amazing Race Asia. Sebelum ini, Richard Herrera dan Richard Hardin dinobatkan sebagai juara pada tahun 2010.
Tahniah kami ucapkan kepada Maggie dan Parul. Tidak lupa juga kepada Yvonne dan Chloe, wakil tunggal dari Malaysia yang merangkul tempat kedua dalam TARA5.
Photo credit: FB Maggie Wilson dan The Amazing Race Asia
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA
Di sebalik bakat dan populariti, lima selebriti ini juga menunjukkan dedikasi mereka dalam membina tubuh yang tegap dan kehidupan yang lebih sihat.
RICK OWENS: BEGINIKAH RUPA FESYEN MASA HADAPAN?
Untuk 2026, dunia Rick Owens tampil lebih ekstrem menerusi koleksi Spring/Summer 2026 “Temple” dan Fall/Winter 2026 “Tower” dengan elemen masa hadapan.
7 PROMOSI SEMPENA MERDEKA 2026 UNTUK MERAIKAN SEMANGAT PARTIOTIK
Raikan Merdeka 2026 dengan 7 promosi dan acara menarik yang sedang berlangsung di seluruh Malaysia, daripada tawaran makanan dan pengalaman budaya hingga aktiviti bersama keluarga dan rakan.
GAYA MEWAH ZEEKR 7X BLACK NOVA
Zeekr 7X, model SUV elektrik kegilaan ramai, kini hadir dalam monokromatik hitam serba elegan, Zeekr 7X Black Nova.
5 FILEM YANG MEMBUKTIKAN BAKAT LAKONAN DAIYAN TRISHA
Biarpun sudah lama mengikuti atau baru mahu mengenali Daiyan Trisha, lihatkan lima sorotan filem terbaik yang menjadi bukti bakat lakonannya.
GABRIETTE SAH BERGELAR ISTERI MATTY HEALY MEMAKAI MATIÈRES FÉCALES
Gabriette bergelar isteri menggayakan haute couture bride daripada Matières Fécales dan hanya memegang sekuntum ros.











