Skip to content

RECAP KLFW 2025: 10 MODEL KLFW 2025 PILIHAN GLAM LELAKI

RECAP KLFW 2025: 10 MODEL KLFW 2025 PILIHAN PENULIS GLAM LELAKI

Kongsikan artikel ini

KLFW 2025 kali ini bukan sahaja mengangkat rekaan dari pereka tempatan, malah model tempatan yang penuh bakat turut menjadi tumpuan ramai.

KL Fashion Week 2025 sekali lagi mengangkat Kuala Lumpur sebagai pusat tumpuan fesyen serantau. Selama seminggu, pentas di bawah cahaya gemerlapan Suria KLCC, acara ini menjadi saksi kreativiti pereka tanah air. Namun, di sebalik busana yang memukau, wajah-wajah yang membawanya hidup turut menjadi bualan. Model-model yang bukan sahaja menguasai pentas dengan langkah penuh yakin, tetapi juga menyuntik jiwa pada setiap helaian yang mereka peragakan.

Tahun ini, sebagai penulis GLAM Lelaki, saya memilih 10 nama yang mencuri perhatian sepanjang liputan GLAM Lelaki di KLFW 2025. Dari pentas belakang ke pentas peragaan, setiap model yang ditemui menarik perhatian saya. Ada yang sudah menjadi wajah dikenali di industri, ada juga bakat baharu yang muncul dengan aura luar biasa. Dari gaya high fashion hingga streetwear eksperimental, daripada ekspresi penuh misteri hinggalah senyuman yang memikat, setiap seorang meninggalkan tanda tersendiri di KLFW 2025. Mereka bukan sekadar model, mereka juga pencerita visual yang membawa rekaan-rekaan pereka tempatan ke hati penonton. Setiap pertunjukan lebih daripada sekadar runway, ia menjadi momen fesyen yang diingati.

#1 Lidia Chatura

Lidia Chatura, cukup ikonik. Walaupun Lidia hanya berjalan untuk tiga pertunjukkan, impaknya untuk minggu fesyen tahun ini amat besar. Kemunculannya di pertunjukkan Huntilanak sebagai penutup menjadi salah satu momen ikonik sepanjang KLFW 2025 kali ini. Lidia turut berjalan untuk dua lagi jenama iaitu Ghostboy dan Doubleback.

#2 Gbril

Nama dan wajah yang tidak asing dalam dunia fesyen, Gbril turut mendominasi minggu fesyen di Kuala Lumpur tahun ini. Selain daripada kemunculannya di atas pentas peragaan KLFW 2025, Gbril merupakan salah seorang wajah utama kempen minggu fesyen kali ini. Dengan gaya rambut baharunya, keunikkan Gbril lebih menonjol di antara barisan model-model musim ini. Antara jenama-jenama yang disarunngkan kepada Gbril ialah Hatta Dolmat, Kitwoo dan MSYD.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Gbril (@_g.bril_)

#3 Dyllon

Model kacukan India dan Cina ini merupakan salah seorang wajah baharu untuk musim KLFW kali ini. Ugly Pretty, BEHATI, Hatta Dolmat dan Kitwoo antara yang menyunting Dyllon untuk koleksi KLFW 2025 mereka. Secara seluruh, Dyllon telah berjalan untuk lebih daripada 10 pertunjukkan untuk musim ini. Sebagai salah seorang wajah baharu dan muda, Dyllon mempunyai kebolehan yang besar dalam bidang permodelan Malaysia.

MODEL KLFW 2025

#4 Khairul Zin (Lo) & Khairil Zin (Le)

Khairul (Lo) dan Khairil (Le) merupakan model yang amat terkenal dalam kalangan pereka fesyen untuk minggu fesyen Kuala Lumpur tahun ini. Duo ikonik ini sering dilihat membuat pembukaan buat beberapa pertunjukkan seperti BEHATI dan TACT. Memulakan kemunculan peragaan mereka pada tahun 2021 di KLFW 2021, keunikkan yang digabungkan dengan bakat besar pasangan kembar ini sememangnya salah satu faktor mereka disukai di dalam dunia fesyen.

MODEL KLFW 2025

#5 Muqh Mazelan

Ikon, Muqh Mazelan juga bukanlah wajah yang janggal dilihat. Lebih-lebih lagi dengan GLAM Lelaki. Muqh sering menjadi salah seorang kegemaran kami. Muqh berjalan untuk 7 jenama termasuk Doubleback, MSYD dan BEHATI. Yang lebih ikonik, Muqh pernah memberitahu GLAM Lelaki bahawa salah satu impiannya ialah berjalan untuk pertunjukkan Kitwoo. Untuk KLFW kali ini, Muqh turut membuat kemunculan di pentas peragaan Kitwoo. Such an icon! 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lily Allissa (@lilyallissa)

#6 Syora Azman

Sebagai satu-satunya model bertudung sepanjang musim KLFW ini, Syora semestinya menangkap mata GLAM Lelaki. Hatta Dolmat, Skechers, MSYD dan banyak lagi nama besar tempatan yang bekerja dengan Syora sepanjang KLFW 2025. Aura dan gaya Syora yang unik datang daripada pengalamannya. Syora merupakan finalis Miss and Mister Malaysia 2025.

#7 Daniel Fleischer

Model, pemilik cafe, DJ. Apa sahaja yang tidak boleh dilakukan oleh Daniel Fleischer? Model berbakat ini bukanlah wajah baharu di KLFW atau mana-mana platform fesyen di Malaysia. Sudah lebih 10 tahun dalam industri, Daniel masih lagi relevan dengan bakatnya yang tidak mampu dinafikan. Setiap satu jenama yang bekerjasama dengannya akan sentiasa kembali bekerja bersamanya. Ini membuktikan bahawa bakat Daniel tidak dibawa zaman. Untuk KLFW 2025, jenama-jenama seperti Hatta Dolmat, MSYD dan TACT turut mengambil peluang untuk bekerja bersama Daniel.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

#8 Rafael

Wajahnya menghiasi hampir semua pentas KLFW 2025 yang diliputi oleh GLAM Lelaki. Hatta Dolmat, Kita&Co, MYSD, BEHATI serta banyak lagi jenama yang berjaya ditawan oleh Rafael. Dengan postur tegap, ekspresi wajah yang bertenaga, dan langkah penuh keyakinan, Rafael membuktikan bahawa versatiliti adalah senjatanya. Kemunculan Rafael di pentas MSYD memberi impak yang lebih hebat, lebih-lebih lagi dengan kanta sentuh berona putih dan lakonannya mengikut tema pertunjukkan tu, LEGEND DYSTOPHIA.

MODEL KLFW 2025

#9 Tisya Ong

Ketinggian menawan serta wajah yang seksi, Tisya Ong semestinya menjadi pilihan GLAM Lelaki dan ramai lagi dalam dunia fesyen. Tisya bukan sahaja berada di dalam dunia peragaan, malah dia juga menceburi bidang lakonan serta penciptaan kandungan. Keanggunan Tisya di atas pentas peragaan membuatkannya kelihatan seperti watak utama, terutamanya ketika pertunjukkan ABU di KLFW 2025. Busana India merah disarung dengan penuh elegan bak puteri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

#10 Hariz Izu

Sangat cantik, satu cara untuk menggambarkan Hariz Izu. Wajah editorial Hariz yang digambarkan sebagai androgini membuatkan Hariz menjadi tumpuan setiap kali membuat kemunculan di atas pentas peragaan. Hariz berjaya memenangi hati pereka-pereka seperti Ghostboy, BEHATI, Kitwoo MSYD dan banyak lagi untuk memperagakan busana mereka. Setiap satu rekaan terletak dengan sempurna di atas badan Hariz.

 

Pautan berkaitan: PEREKA FESYEN LELAKI TUNGGAL GENERASI BAHARU DI KLFW 2025

By Batrisyia Faisal
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

PEREKA FESYEN LELAKI TUNGGAL GENERASI BAHARU DI KLFW 2025

PEREKA FESYEN LELAKI TUNGGAL GENERASI BAHARU DI KLFW 2025

Bacaan Lanjut
pereka fesyen lelaki

ENAM PEREKA FESYEN SOLO LELAKI YANG BAKAL BERAKSI DI KLFW 2025

Bacaan Lanjut
KOLEKSI PELENGKAP MUSIM PANAS BC BEACH CULTURE DARI BERNARD CHANDRAN

KOLEKSI PELENGKAP MUSIM PANAS BC BEACH CULTURE DARI BERNARD CHANDRAN

Bacaan Lanjut
KLFW 2025 BAKAL HADIR PADA BULAN OGOS INI!

KLFW 2025 BAKAL HADIR PADA BULAN OGOS INI!

Bacaan Lanjut
augustin eng

AUGUSTIN ENG, PASANG IMPIAN BEKERJASAMA DENGAN PEREKA FESYEN LOKAL

Bacaan Lanjut

FRANK LEE, MODEL BARU MESTI KENALI

Bacaan Lanjut