Skip to content

REMY ISHAK SERTAI ‘KELAB BAPA’, SUDAH PILIH NAMA BUAT ANAK SULUNG

REMY ISHAK SERTAI ‘KELAB BAPA’, SUDAH PILIH NAMA BUAT ANAK SULUNG

Kongsikan artikel ini
2 of 2

Remy Ishak Sempat Tunai Hasrat Isteri

Menerusi perkongsian terkini, Remy Ishak dilihat menunaikan hasrat isterinya yang mahukan aktor itu berambut pendek dan kemas sebelum menyambut ketibaan anak sulung. “Detik-detik akhir kejadian semalam. Sebelum kesakitan mendatang, rambutku diragut,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dalam video yang dimuat naik, bintang Ombak Rindu itu menjelaskan situasi yang berlaku. “Dengan bakal kelahiran anak saya ni, Ezza nak saya tampil dalam keadaan lebih kemas,” katanya. Klip itu memperlihatkan keterujaan Ezza Yusof memotong sendiri rambut suaminya yang beberapa kali meluahkan rasa tidak rela. “Ini peluang yang susah nak dapat ni. Thank you to my future child,” jelas pemilik jenama 2morrow itu.

remy ishak

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021 selepas tujuh tahun perkenalan. Mac lalu, Remy Ishak mengesahkan isterinya hamil lima bulan sekali gus menamatkan spekulasi yang bertebaran. Jelasnya, dia tidak berniat mahu merahsiakan berita baik itu tetapi hanya mahu memastikan kehamilan berjalan lancar. Sebulan kemudian dia mendedahkan telah pun memilih nama unik buat anaknya, malah sebelum mendirikan rumah tangga dengan isterinya.

“Tentang nama anak, sebelum kahwin lagi saya sudah pilih. Kalau anak perempuan nama apa, begitu juga dengan anak lelaki. Saya mahu nama anak ada bunyi kemelayuan. Saya ada berbincang mengenai nama-nama pilihan dengan isteri. Dia jenis terbuka, jadi tiada masalah.”

 

Foto: Instagram

Pautan berkaitan: 10 BAPA PALING HANGAT DI MALAYSIA PILIHAN GLAM LELAKI

2 of 2

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

SHILA AMZAH & UBAI MZ DIKURNIAKAN ANAK PEREMPUAN, RHEA AKIRA

SHILA AMZAH & UBAI MZ DIKURNIAKAN ANAK PEREMPUAN, RHEA AKIRA

Bacaan Lanjut
TAHNIAH! ZAQUAN ADHA & AYU RAUDHAH BAKAL TIMANG ANAK KETUJUH

TAHNIAH! ZAQUAN ADHA & AYU RAUDHAH BAKAL TIMANG ANAK KETUJUH

Bacaan Lanjut
PENGHIBUR IKONIK 70-AN, HAIL AMIR MENINGGAL DUNIA

PENGHIBUR IKONIK 70-AN, HAIL AMIR MENINGGAL DUNIA

Bacaan Lanjut
TOM HOLLAND & ZENDAYA BERSEDIA MENEMPUH ALAM PERKAHWINAN

TOM HOLLAND & ZENDAYA BERSEDIA MENEMPUH ALAM PERKAHWINAN

Bacaan Lanjut
KAMAL ADLI & UQASHA SENROSE DIKURNIAKAN ANAK PEREMPUAN

KAMAL ADLI & UQASHA SENROSE DIKURNIAKAN ANAK PEREMPUAN

Bacaan Lanjut
TEMAN WANITA HAMIL, HENRY CAVILL BAKAL TIMANG ANAK SULUNG

TEMAN WANITA HAMIL, HENRY CAVILL BAKAL TIMANG ANAK SULUNG

Bacaan Lanjut