Skip to content

REPUTASI TERCALAR, CHRIS BROWN SAMAN WARNER BROS. SEBANYAK RM2.2 BILION

REPUTASI TERCALAR, CHRIS BROWN SAMAN WARNER BROS RM2.2 BILION

Kongsikan artikel ini

Penyanyi kontroversi, Chris Brown menfailkan saman fitnah terhadap Warner Bros. selepas dilabel sebagai ‘perogol bersiri dan penyerang seksual’ dalam dokusiri Investigation Discovery berjudul Chris Brown: A History of Violence.

Menurut dokumen mahkamah, pelantun With You itu mendakwa penerbit dokusiri tersebut termasuk Warner Bros. dan Ample sengaja menfitnah dan memberi tekanan emosi kepadanya melalui kenyataan palsu.

Chris berkata penerbit menggunakan tuntutan saman Jane Doe pada 2022 sebagai asas dokusiri mereka. Sedangkan saman itu telah pun digugurkan kerana kekurangan bukti kukuh.

Chris Brown: A History of Violence

Foto: IMDb

Warner Bros., Ample dan seorang lagi penerbit wanita yang tidak dikenali didakwa menghasilkan rancangan itu untuk menyebarkan fitnah terhadapnya selepas dia mengambil masa bertahun-tahun membersihkan namanya.

Chris Brown Mengaku Insaf

Reputasi Chris tercalar selepas dia mengaku bersalah menyerang bekas kekasihnya Rihanna secara fizikal pada 2009. Disebabkan itu dia dikenakan tempoh percubaan selama lima tahun.

Mereka kembali bergelar pasangan kekasih pada 2012 namun ia juga tidak bertahan lama kerana penyanyi itu cuba mengulangi insiden sama.

Chris Brown

Foto: YouTube

Dalam dokumen mahkamah itu, Chris mengaku melakukan kesilapan pada masa lalu termasuk menyerang Rihanna. Bagaimanapun selepas kejadian itu dia telah memperbaiki diri dan berevolusi menjadi insan lebih baik.

Dan sebaik saja dokusiri tersebut disiarkan pada Oktober 2024, penyanyi itu mendakwa kerjaya dan reputasinya kembali merudum.

Penyanyi Under The Influencer itu juga membuat satu perjanjian. Jika dia memenangi saman tersebut, dia akan mendermakan sebahagian daripada RM2.2 bilion kepada mangsa penderaan seksual.

Foto: Getty Images

Dokusiri Chris Brown: A History of Violence berdasarkan kisah Jane Doe yang menuduh penyanyi R&B itu menggunakan dadah dan menyerangnya secara seksual dalam tuntutan mahkamah bernilai RM89 juta.

Mangsa mendakwa Chris merogolnya di pesta kapal layar di luar pantai rumah agam Sean “Diddy” Combs di Miami pada Disember 2020. Dia menfailkan saman terhadap penyanyi itu pada 2022.

 

Foto: Getty Images

Pautan berkaitan: PUTERA HARRY TERKAIT DALAM SAMAN SERANGAN SEKSUAL SEAN ‘DIDDY’ COMBS