SAMBUTAN LUAR BIASA DRAMA DOA YANG TERLINDUNG, KENALI AKTOR FIRDAUS KARIM
“Terima kasih kepada pihak produksi dan semua yang terlibat kerana berani mengambil risiko melibatkan saya untuk membawakan watak ini,” kata Firdaus menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya. Perkongsian tersebut diluahkan Firdaus dengan penuh rasa penghargaan atas fenomena luar biasa yang dicetuskan oleh drama Doa Yang Terlindung. Ketahui beberapa perkara mengenai aktor yang memegang watak Ustaz Irfan ini.
Aktor baharu berpotensi besar
Firdaus Karim mula dikenali ramai selepas membawakan watak Ustaz Irfan dalam Doa Yang Terlindung. Lakonannya yang bersahaja dan penuh emosi berjaya menarik perhatian penonton drama tempatan.
Bakat lakonan semula jadi
Salah satu kekuatan Firdaus ialah keupayaannya menghidupkan watak dengan ekspresi yang meyakinkan. Firdaus mampu menjiwai peranan yang diberikan, sama ada sebagai watak protagonis mahupun watak yang lebih kompleks dan mencabar. Firdaus pernah berlakon dalam filem seperti Imaginur, Blood Brothers: Bara Naga, dan Mentega Terbang.
Pertama kali berlakon dalam drama TV perdana
Firdaus pernah berkongsi menerusi hantaran di Instagram miliknya bahawa Doa Yang Terlindung merupakan pengalaman pertamanya berlakon dalam dunia drama TV perdana, satu peluang yang disifatkannya sebagai titik permulaan penting dalam perjalanan seninya.
Komited dan profesional
Menurut dalam beberapa temu bual, rakan-rakan industri menyifatkan Firdaus sebagai seorang yang komited ketika berada di set penggambaran. Sikap profesional dan kesungguhannya untuk memberikan yang terbaik dalam setiap babak menjadikan Firdaus disenangi oleh kru produksi.
Bukan aktor klise
Drama dan karakter Ustaz Irfan menjadi tular apabila terdapat komen-komen negatif yang mengatakan dirinya kurang sesuai untuk memegang watak utama dalam Doa Yang Terlindung. Malah, ada yang memperkecilkan rupa parasnya. Rupa parasnya tidak stereotaip seperti kebanyakan pelakon yang sering membawakan watak utama dalam drama televisyen. Lazimnya digambarkan sebagai kacak, tinggi dan bertubuh sasa. Pun begitu, Firdaus membuktikan bahawa kekuatan sebenar seorang pelakon terletak pada bakat dan keberkesanan dalam menghidupkan watak, bukan semata-mata pada penampilan fizikal.
Duta baju raya Elrah Exclusive
Firdaus turut melakar pencapaian terbaharu apabila dilantik sebagai duta baju raya jenama Elrah Exclusive bersama Sharifah Rose, sekali gus mengukuhkan lagi namanya dalam dunia hiburan.
Artikel berkaitan: LAPAN SELEBRITI BERBANGSA CINA YANG BERGIAT AKTIF DALAM DRAMA MELAYU
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TRANSFORMASI BADAN SHAH JASZLE. LEBIH SIHAT, YAKIN DAN BERTAMBAH KACAK!
Transformasi sihat dan bentuk badan pelakon, Shah Jaszle merupakan satu perjalanan inspirasi yang mencerminkan disiplin dan kesungguhan.
THE DRAMA KING: AMIR AHNAF
Amir Ahnaf berkongsi obsesinya terhadap seni, tanggungjawab membentuk landskap industri, dan bagaimana fesyen menjadi refleksi identiti.
SHARIFAH ROSE: IKON GAYA DAN ASPIRASI WANITA GENERASI BAHARU
Dari ikon gaya hijab hingga ke bintang drama dan usahawan. Sharifah Rose mencerminkan semangat wanita berani mencipta laluan sendiri.
JAZMY JUMA, “JUJURLAH DENGAN EMOSI SENDIRI. PELAJARI MANUSIA, BUKAN SEKADAR SKRIP.”
Sebagai pelakon muda yang sedang meningkat naik, Jazmy Juma mula menempa nama sejak berlakon dalam drama Nuh & Nayla dan Hilang Dalam Rindu.
5 BAKAT BAHARU YANG DIJANGKA “GOING BIG” PADA 2026
Menjelang 2026, lima bakat baharu ini dijangka mencipta impak lebih besar melalui lakonan, muzik dan personaliti mereka.
THE HYPEMAKERS, KENALI 5 JEJAKA WAJAH HADAPAN NOVEMBER 2025 INI
GLAM Lelaki menampilkan Mierul, Sky, Salman, Fazziq dan Ismail Izzani sebagai The Hypemakers buat wajah hadapan November 2025.











