“SAYA TERCEDERA, PERLU JALANI PEMBEDAHAN DAN REHABILITASI UNTUK TERUSKAN PENGGAMBARAN.” – JOHN CHO KONGSI PENGALAMAN BERLAKON SIRI COWBOY BEBOP
Ikuti temu bual bersama John Cho, teraju utama siri Netflix terbaharu, Cowboy Bebop yang berkongsi pengalaman memegang watak Spike Spiegel dalam mengembaraan koboi angkasa lepas.
Siri anime terkenal ‘Cowboy Bebop’ yang telah membuat tayangan perdana pertama pada 1998, sehingga telah menjadi klasik dan digemari oleh komuniti peminat setia di seluruh dunia. Kini, selepas lebih dua dekad, kru kapal angkasa Bebop kegemaran ramai iaitu Spike Spiegel, Jet Black dan Faye Valentine kembali dalam siri aksi langsung baharu di laman penstriman gergasi, Netflix.
Ikuti temu bual bersama John Cho yang yang berkongsi pengalaman memegang watak Spike Spiegel dalam mengembaraan koboi angkasa lepas dalam ‘Cowboy Bebop’.
Ceritakan tentang Cowboy Bebop?
‘Cowboy Bebop’ mengisahkan tentang sekumpulan pemburu ganjaran iaitu Spike Spiegel, Jet Black dan Faye Valentine yang memburu penjahat di angkasa lepas. Spike ini mempunyai masa lampau yang rumit, dan dia tela melupakan kehidupan tersebut dan juga identity lamanya. Kini, Spike dan Jet bersama mengembara di atas kapal, Bebop. Dalam perjalanan, mereka bertemu dengan Faye, dan mereka kita menjadi kumpulan trio.
Bagaimanakah anda mula-mula mengetahui tentang Cowboy Bebop?
Saya mendapat tahu melalui cara yang konvensional, iaitu melalui ejen saya yang telah menghantar skrip kepada saya. Saya tidak pernah mendengar sebarang maklumat tentang rancangan ini. Saya membaca skrip untuk episod yang pertama dan berasa teruja dengan skrip tersebut dan terfikir, “Saya perlu melihat bahan rujukan rancangan ini,” dan saya menonton animenya. Saya sangat kagum. Dunianya sangat unik, penuh dengan kreativiti, kelucuan dan risiko.
Kongsikan mengenai watak anda, Spike Spiegel dan bagaimana anda menghidupkan watak tersebut?
Prosesnya bermula dengan skrip yang membuatkan saya tidak menang tangan. Skrip yang diberikan sarat dengan emosi dan penulis telah memperincikan watak lengkap yang menyerupai anime asli. Mujurlah rupa saya seakan-akan versi Spike dalam anime dan kami mempunyai persamaan. Spike seorang perahsia dan saya juga begitu. Namun, kami juga berbeza. Secara puratanya, saya tidak membunuh terlalu ramai orang. Saya sukakan Spike. Saya berharap dia menemukan cinta, kebahagiaan dan kejayaan.
Bagaimanakah anda membuat persediaan secara fizikal untuk watak Spike?
Saya banyak dibantu oleh pasuka dan penyelaras lagak ngeri, Allan Poppleton dan membuatkan saya berasa yakin untuk membawakan watak Spike Spiegel. Jika anda menonton lakonan saya dalam ‘Harold & Kumar Go To White Castle’, anda pasti menyedari saya tidak mempunyai kepakaran dalam seni pertahanan diri. Mereka membantu saya menjiwai watak dengan baik dan memastikan keselamatan saya diutamakan, seterusnya membolehkan saya menguasai aksi fizikal. Mereka juga peminat tegar anime itu dan setiap satu adegan berlawan dicipta dengan bersungguh-sungguh. Mereka sentiasa mencari detik dalam setiap adegan berlawan yang akan membezakan babak aksi ini dengan mana-mana babak aksi lain yang pernah anda lihat. Selepas berusaha untuk memberikan hasil lakonan yang terbaik, saya berharap saya dapat membawakan watak Spike seperti yang dikenali dan disayangi oleh peminatnya.
Kostum membantu anda menjayakan watak Spike, bolehkah anda menjelaskan proses mereka bentuk sut biru ikonik Spike dengan pereka kostum, Jane Holland?
Sut tersebut melambangkan perwatakan; lengan baju yang digulung, kolar yang dinaikkan, tali leher halus dan kemeja yang tidak dibutangkan. Pada pendapat saya, sut ini agak menonjol dan berkilat. Terdapat beberapa sentuhan, rahsia antara saya dengan Jane seperti kancing tali pinggang yang menampilkan ombak, beralun seperti air dan butang. Perincian tersebut memberi saya asas yang kukuh dan membantu saya menjiwai watak di set. Mujurlah sut ini mudah dipakai. Sut yang berzip ini memudahkan urusan saya di tandas dan boleh disarungkan tanpa bantuan.
Boleh kongsikan pengalaman menarik atau luar biasa yang berlaku ketika penggambaran?
Saya tercedera ketika melakonkan salah satu adegan pada 2019 ketika awal-awal penggambaran. Saya kembali pada 2020 selepas menjalani pembedahan dan sesi rehabilitasi untuk menghabiskan babak tersebut, and that felt pretty freaking good!
Sinopisis
‘Cowboy Bebop’ merupakan cerita koboi angkasa lepas penuh aksi tentang tiga orang pemburu ganjaran atau “koboi” yang melarikan diri dari masa lampau. Dengan perwatakan yang berbezaserta berbahaya, Spike Spiegel (John Cho), Jet Black (Mustafa Shakir) dan Faye Valentine (Daniella Pineda) membentuk pasukan penuh masalah dan aneh yang bersedia untuk memburu penjenayah agkasa lepas paling berbahaya, dan jika habuannya lumayan. Namun mereka hanya boleh melepaskan diri dan mencari jalan keluar daripada siri pergelutan sebelum masa lampau mereka kembali menghantui.
Cowboy Bebop boleh ditonton bermula 19 November 2021 secara eksklusif melalui Netflix.
Foto: Netflix Malaysia
Baca lebih lanjut: 10 DESTINASI PELANCONGAN TERBAIK UNTUK 2022
Tags
Artikel Yang Berkaitan
APA YANG MENARIK DI STOR UNIQLO TERBESAR MALAYSIA DI THE EXCHANGE TRX?
UNIQLO meraikan pembukaan stor terbaharu dan terbesar di Malaysia yang terletak di destinasi beli-belah, The Exchange TRX.
ONITSUKA TIGER RAI ULANG TAHUN KE-75 BERSAMA ASTRO BOY
Onitsuka Tiger yang bakal meraikan ulang tahun yang ke-75 pada 2024 mengumumkan kerjasama global bersama ASTRO BOY selaku projek untuk menandakan permulaan tahun ini.
ANTARA CITA-CITA & CINTA, DOKUMENTARI DAVID BECKHAM DEDAH SISI PERIBADI
Antara personaliti paling berkarisma dalam dunia bola sepak, David Beckham akan menampilkan hidupnya di layar perak oleh Netflix dalam siri dokumentari empat bahagian baharu bertajuk Beckham.
15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG OKTOBER 2023
Dari siri popular “Loki” yang kembali dengan musim kedua kepada dokumentari mengenai ikon bola sepak “Beckham”, laman penstriman utama membariskan 15 rancangan yang ‘must watch’ sepanjang Oktober 2023.
KENALI THE NEW INTERNET CRUSH, TAYLOR ZAKHAR PEREZ
Siapa pelakon kacak yang kina menjadi kegilaan ramai terutamanya di media sosial? Ayuh kenali Taylor Zakhar Perez dengan lebih lanjut.
PUTERA HARRY & MEGHAN MARKLE TERBITKAN FILEM ADAPTASI NOVEL BERSAMA NETFLIX
Pasangan Sussex, Putera Harry dan Meghan Markle kini secara rasminya menceburi industri pembikinan filem.