Skip to content

SEGALANYA MENGENAI RONAN KEATING CONCERT LIVE IN MALAYSIA 2023

SEGALANYA MENGENAI RONAN KEATING CONCERT LIVE IN MALAYSIA 2023

Kongsikan artikel ini
2 of 2

Tentang Ronan Keating

Artis serba boleh berusia 46 tahun ini memulakan kerjayanya pada tahun 1993 sebagai penyanyi utama Boyzone, salah satu kumpulan tersohor pada generasinya. Empat lagi anggota Boyzone adalah Keith Duffy, Michael Graham, Shane Lynch dan Stephen Gately. Kebanyakan lagu-lagu dendangan kumpulan ini mendahului carta-carta muzik sehingga ke peringkat antarabangsa.

Foto: Getty Images

Boyzone berpecah pada 1999 untuk meneruskan projek solo dan menjayakan konsert di Ireland pada awal 2000 sebelum membawa haluan masing-masing. Bapa kepada tiga cahaya mata ini muncul dengan album pertamanya, Ronan pada pada 31 Julai 2000. Sehingga kini dia telah merekodkan 12 album solo dan berjaya menjual lebih 20 juta rekod di seluruh dunia.

Selama bertahun-tahun, Ronan Keating bukan sahaja berjaya mencipta nama sebagai penyanyi tetapi juga penulis lagu, pelakon serta penyampai radio dan televisyen. Dia juga aktif dalam kerja-kerja amal bersama Marie Keating Foundation untuk meningkatkan kesedaran mengenai kanser payudara. Yayasan ini dinamakan sempena ibunya yang meninggal dunia akibat penyakit itu pada 1998.

 

Pautan berkaitan: COLDPLAY BUAT PERMOHONAN MAAF KEPADA RAKYAT MALAYSIA

2 of 2