SELAIN NOH SALLEH, SIAPAKAH LELAKI DI MALAYSIA YANG LAYAK DINOBATKAN “THE STYLE HERO”?
Style Hero tidak terikat pada umur atau keperibadian, tetapi pada originality, konsistensi dan impak pada stail yang ditampilkan. Pendek kata, impactful! Tahun ini, buat pertama kalinya GLAM Lelaki memperkenalkan GL The Man Awards dan kategori utama “The Style Hero”. Dan GLAM Lelaki menamakan Noh Salleh sebagai penerima “The Style Hero”.
Dengan gaya yang berani, unik, dan penuh identiti, Noh sering dianggap sebagai ikon gaya atau style hero oleh ramai peminat fesyen. Namun, selain Noh, terdapat beberapa individu lain di Malaysia yang turut layak digelar style hero kerana pendekatan mereka yang autentik, berani, dan berpengaruh dalam dunia gaya lelaki.
Berikut merupakan lima nama yang GLAM Lelaki rasa wajar bergelar “The Style Hero”. Maybe next year’s GL The Man Awards?
Joe Flizzow
Salah seorang daripadanya ialah Joe Flizzow. Sebagai peneraju dalam muzik hip-hop, Joe bukan sahaja konsisten dalam karya seninya, tetapi juga dalam penampilan peribadinya. Gaya jalanan (streetwear) yang dibawanya sering tampil segar dan relevan, lengkap dengan sentuhan jenama tempatan dan antarabangsa. Joe membawa aura cool yang tidak dibuat-buat.
MK K-Clique
Turut mencuri perhatian ialah MK K-Clique, bintang hip-hop generasi kini yang membawa gaya jalanan yang bold dan ekspresif. Gabungan jaket besar, aksesori unik, dan potongan rambut yang tersendiri menjadikan MK sebagai ikon fesyen generasi muda, terutama mereka yang berani bereksperimen dengan penampilan.
Dato’ M.Nasir
Dato’ M. Nasir pula merupakan lambang gaya timeless. Walaupun tidak mengikut trend semasa, dia memiliki gaya peribadi yang kuat. Penuh karisma, sederhana, tetapi berkarakter. Setiap penampilannya memancarkan keperibadian seniman yang bijak, mendalam dan bebas. Keaslian M.Nasir menjadikan dirinya relevan dalam apa jua zaman. Sejak dari era ’80-an lagi, M.Nasir kekal dengan gaya tersendiri dan berevolusi mengikut genre muzik yang disampaikannya mengikut era.
Nadhir Nasar
Satu lagi nama yang semakin mencuri tumpuan ialah Nadhir Nasar. Sebagai wajah baharu dalam industri hiburan, Nadhir membuktikan bahawa gaya bukan hanya tentang pakaian, tetapi tentang presence. Gaya minimalis, bersih dan moden yang dibawanya mencerminkan kematangan dan keyakinan, menjadikan Nadhir antara selebriti muda yang semakin dikenali sebagai ikon gaya generasi baharu. Nadhir juga seorang yang terbuka dalam mencuba pelbagai gaya. Dan ini merupakan pengalaman dari GLAM Lelaki sendiri sewaktu bekerjasama dengannya untuk cover shoot terdahulu.
Hael Husaini
Hael Husaini juga tidak terkecuali. Dikenali dengan cita rasa fesyen yang tinggi dan berani mencuba siluet serta tekstur luar kebiasaan, Hael sering tampil dengan gaya yang memukau. Hael membawa elemen high fashion ke dalam dunia hiburan tempatan tanpa kehilangan sentuhan peribadi. Hael membuktikan bahawa fesyen adalah satu bentuk ekspresi seni.
Artikel berkaitan: KENALI KUMPULAN K-POP GENERASI TERKINI, CORTIS
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GL THE MAN AWARDS 2025, “USAHAWAN FESYEN TERBAIK”-ASAL.LELAKI
"Kami bersyukur kerana memiliki pelanggan setia yang benar-benar menghargai keaslian dan identiti jenama Asal.Lelaki," Hazwan & Muzzamil.
GL THE MAN AWARDS 2025, “STAIL NEXT GEN”-LUCIDRARI
Pengaruh luar biasa Lucidrari dalam membentuk identiti generasi kini melalui fesyen dan muzik. Legend "in the making".
GL THE MAN AWARDS 2025, “THE STYLE HERO”-NOH SALLEH
"Secara jujur, saya sendiri pun tidak pasti bagaimana saya masih bertahan dalam industri ini selama dua dekad. Saya tidak punya formula khas, tiada strategi besar yang dirancang," Noh Salleh.
GL THE MAN AWARDS 2025, “STAIL TERBAIK”-IQIE
Iqie atau nama sebenar, Syed Mir Iqbal memiliki stail yang luar biasa, moden dan berani juga mencerminkan perjalanan seninya dalam muzik.
GL THE MAN AWARDS 2025, “GAME CHANGER”-RIDZMAN ZIDAINE
Ridzman Zidaine melakar sejarah sebagai model lelaki Malaysia pertama di melewati pentas Louis Vuitton untuk beberapa musim berturut-turut.
KLEPET BAWAKAN BARISAN PELAKON LELAKI HEBAT DALAM SATU FILEM
Filem Klepet bakal ditayangkan di Malaysia tahun ini dengan kemunculan pelakon lelaki hebat seperti Aedy Ashraf, Nadhir Nasar dan Meerqeen.