SELEBRITI TEMPATAN YANG MENJADI WAJAH JENAMA ANTARABANGSA
Selebriti tempatan kini mampu meletakkan nama mereka ke pesada dunia sebagai wajah jenama-jenama antarabangsa.
Dunia fesyen dan kecantikan kini semakin terbuka kepada bakat dari pelbagai pelusuk dunia, termasuk Malaysia. Dari pentas peragaan sehinggalah ke kempen ikonik, selebriti tempatan berjaya melangkah lebih jauh dengan menjadi wajah jenama antarabangsa ternama. Kehadiran mereka bukan sahaja membuktikan daya tarikan dan karisma peribadi, tetapi juga menandakan pengiktirafan global terhadap bakat serta gaya unik anak seni Malaysia. Lebih daripada sekadar simbol glamor, kolaborasi ini turut memperkukuh imej negara di mata dunia. Sama ada sebagai duta jenama mewah, bintang kempen global, atau ikon gaya, kehadiran selebriti tempatan dalam arena antarabangsa menambah warna kepada landskap hiburan dan fesyen Malaysia, sekaligus memberi inspirasi kepada generasi baharu untuk terus berani bermimpi besar. GLAM Lelaki akan senaraikan enam selebriti tempatan yang menjadi wajah jenama antarabangsa.
#1 Meerqeen – YSL Beauty
Sejak tahun 2023, Meerqeen telah dilantik sebagai duta jenama YSL Beauty Malaysia. Meerqeen merupakan selebriti Malaysia pertama yang dilantik sebagai duta jenama itu. Sejak tahun 2023, Meerqeen dilihat menghadiri hampir setiap acara YSL Beauty serta menjalankan penggambaran bersama jenama tersebut. Wajah kacak dan ketinggiannya menjadi salah satu faktor Meerqeen menjadi wajah buat jenama mewah itu.
#2 Hun Haqeem – Armani Beauty
Pada April 2025, Hun Haqeem telah menjadi duta Malaysia pertama buat jenama Armani Beauty. Kempen wangian Stronger With You menjadi kemunculan sulungnya bersama jenama itu. Wajahnya terpampang di sosial media dan seluruh Kuala Lumpur dengan penuh bangga.
#3 Tan Sri Michelle Yeoh – Balenciaga
Sebagai seorang lagenda negara, tidak terkejutlah nama ini berada di dalam senarai. Tan Sri Michelle Yeoh merupakan duta buat pelbagai jenama antarabangsa, salah satunya ialah Balenciaga. Sejak diumumkan sebagai wajah jenama Balenciaga pada tahun 2023, Tan Sri Michelle Yeoh sering kelihatan di acara-acara jenam itu, turut berbusana Balenciaga. Imej Balenciaga amat sesuai dengan peribadi Tan Sri Michelle Yeoh yang santai namun kekal elegan.
#4 Daiyan Trisha – Uniqlo
Pada Mac 2025, Uniqlo dengan bangganya mengumumkan Daiyan Trisha sebagai duta pertama mereka di Malaysia. Kempen yang turut diserikan oleh pelakon dan penyanyi ini ialah kempen LifeWear mereka yang memberi imej keselesaan dan stail, sama seperti Daiyan Trisha sendiri.
#5 Zizan Razak – G-SHOCK
Memang terkenal dengan minat pengumpul jam tangan, Zizan Razak dilantik sebagai duta rasmi jenama jam G-Shock pada Mei 2025. Ketika diumumkan sebagai duta rasmi jenama Jepun itu, Kempen “Ketahanan Itu Pelbagai Dimensi” dihidupkan melalui Zizan Razak, seorang serba boleh dalam bidang lakonan dan nyanyian.
#6 Mimi Lana – FILA
Wajah cantik Mimi Lana ini juga berada di hadapan jenama antarabangsa, FILA. Koleksi Echappe VC V2 dilancarkan pada Mei 2025 dengan Mimi Lana sebagai wajah utama koleksi itu. Imej Mimi Lana yang santai, bersahaja dan effortless amat sesuai dengan jenama FILA.
Pautan berkaitan: KENALI BAND POP ROCK HANGAT, EMPTY PAGE
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KLEPET BAWAKAN BARISAN PELAKON LELAKI HEBAT DALAM SATU FILEM
Filem Klepet bakal ditayangkan di Malaysia tahun ini dengan kemunculan pelakon lelaki hebat seperti Aedy Ashraf, Nadhir Nasar dan Meerqeen.
POP-UP ‘ARMANI IN THE SPOTLIGHT’ MENJADI PERHATIAN DI PAVILION KL
Armani Beauty bawa kemewahan dan keanggunan ke tengah kota dengan pelancaran pop-up Armani In The Spotlight, kini berlangsung di Pavilion KL.
7 PERKARA MENARIK TENTANG PELAKON YUSUF BAHRIN
Ketahui 7 perkara menarik tentang Yusuf Bahrin yang mungkin anda belum tahu! Pelakon dan suami kepada Zizi Kirana.
LIMA PELAKON WANITA YANG PERNAH BERLAKON DENGAN HUN HAQEEM
Hun Haqeem pernah bergandingan dengan beberapa pelakon wanita terkenal dalam drama lakonananya. Imbas semula lima pelakon wanita yang pernah berlakon bersama Hun Haqeem.
EKSKLUSIF HUN HAQEEM DI BANGKOK, THAILAND UNTUK GLAM LELAKI #THESEPTEMBERISSUE
Di tengah keindahan kota Bangkok yang penuh warna dan dinamik, GLAM Lelaki ‘terbangkan’ Hun Haqeem untuk sesi penggambaran muka depan eksklusif ini.
STAIL PERCUTIAN HUN HAQEEM SEBAGAI INSPIRASI
Gaya Hun Haqeem sering tampil penuh stail bukan sahaja di acara penting, malah ketika percutian menjadikan gayanya boleh diikuti.