Setengah abad telah berlalu sejak kumpulan muzik legenda, The Beatles berpecah.
Dan kini salah seorang ahli kumpulan The Beatles, Paul McCartney membongkar satu rahsia yang selama ini tersimpan rapi.
Sekian lama peminat tertanya-tanya mengapakah kumpulan yang begitu terkenal dan menjadi kegilaan pada era 60-an bertahan hanya 10 tahun dalam industri.
Kini jawapan itu didedahkan sendiri oleh Paul yang mendakwa perpecahan kumpulan itu adalah disebabkan oleh penyanyi utama dan pemain gitar, John Lennon.
Buat dua tahun berturut-turut, festival muzik dan seni paling popular Glastonbury terpaksa dibatalkan kerana penularan pandemik Covid-19 yang kekal meningkat.
Dianggap antara item paling berharga pernah ditinggalkan beliau pada zaman kegemilangan rock n roll, kaca mata ikonik yang kosong berwarna emas itu turut memiliki cerita lucu disebaliknya.