SIAPA IZHAM TARMIZI, SI ‘PENJAGA HATI’ MIA AHMAD
Hari ini merupakan hari pernikahan pelakon drama jelita dan popular tanah air, Mia Ahmad bersama dengan Mohd Izham Tarmizi Roslan, iaitu penjaga gawang bagi pasukan JDT. Ya, kisah cinta mereka sudah mula dihidu para media tempatan sejak pertengahan tahun lepas dan sekitar bulan Oktober yang lalu mereka berdua mengesahkan akan melangsungkan perkahwinan.
Sekiranya Mia Ahmad sememangnya mula dikenali sejak bergandingan dengan Saharul Ridzuan melalui drama hit Hati Perempuan, siapa sebenarnya Izham Tarmizi, si ‘penjaga hati’nya? Jika bercakap mengenai penjaga gol yang popular, pasti Khairul Fahmi Che Mat dan Farizal Marlias yang terlintas di fikiran, bukan? Jadi GLAM Lelaki senaraikan 5 fakta menarik mengenai beliau.
1. Nama penuh Izham Tarmizi ialah Mohd Izham Tarmizi Roslan, dan berasal dari Marang, Terengganu. Beliau berusia 26 tahun dan dilahirkan pada 24 April 1991. Ketinggian beliau pula sekitar 175 cm. Beliau sangat mengemari sukan badminton dan golf selain bola sepak.

(Ihsan foto: Instagram @izhamtarmizi @adidasMy)

(ihsan foto: johorsoutherntigers.com.my)
2. Di sebalik statusnya sebagai penjaga gol kedua JDT di awal penglibatannya, beliau dilihat sentiasa mempamerkan persembahan berkualiti setiap kali Mario Gomez membuat squad rotation. Persembahannya semakin meningkat dan memberansangkan sehingga dianugerahkan sebagai pemain terbaik bulanan PFAM untuk bulan Mei 2016. Beliau menewaskan 4 calon yang tak kurang hebatnya seperti Ahmad Fakri Saarani (Kedah FA) dan Joseph Kalang Tie (Terengganu FA).

(Ihsan foto: asiana.my)
3. Jersi nombor rasmi Izham Tarmizi apabila beraksi di atas padang ialah 24. Sikap Izham yang cukup commanding dan protective menjaga gawang adalah antara aset utamanya. Malah jika kita perhatikan ball distribution dan ketangkasan beliau sejak kebelakangan ini, ia juga telah meningkat dan membanggakan.


(Ihsan foto: johorsoutherntigers.com.my)
4. Persembahan mantap Izham bersama skuad JDT telah meyakinkan Datuk Ong Kim Swee untuk menjadikan beliau penjaga gol no.1 skuad kebangsaan ketika ini. Malah, beliau mencatatkan penjaga gol pertama yang mendapat tajaan gloves (sarung tangan) dari jenama antarabangsa, FAT GK.

(Ihsan foto: jauhar.my)
5. Seorang yang sweet dan bijak mengambil hati Mia Ahmad. Ini dibuktikan dengan usaha peribadinya menganjurkan parti kejutan hari jadi buat Mia Ahmad sewaktu mereka di awal-awal perkenalan. Menurut Mia, detik perkenalan mereka bermula apabila Izham mula menghubunginya menerusi aplikasi laman sosial Twitter.

(Ihsan foto: www.astrogempak.com.my)
Oleh Wan Mohd Firdaus, 13 Januari 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
RAHSIA KULIT KEPALA SIHAT: PANDUAN GROOMING LELAKI MODEN
8 langkah penting untuk mengekalkan kesihatan kulit kepala lelaki bagi memastikan rambut kekal sihat, kuat dan mudah digayakan.
TIPS PENJAGAAN MULUT KETIKA BULAN PUASA AGAR TIDAK MUDAH BERBAU
Bau mulut semasa bulan puasa? Ketahui rutin penjagaan oral yang disarankan pakar untuk kekal segar dan yakin sepanjang Ramadan.
GLAM LELAKI FEBRUARI 2026, BERSAMA AKTOR GENERASI BAHARU JAZMY JUMA
GLAM Lelaki menampilkan pelakon generasi baharu yang semakin mencuri perhatian, Jazmy Juma untuk cover Februari 2026. Dia meraih perhatian menerusi Hilang Dalam Rindu dan akan muncul dalam beberapa drama baharu sepanjang 2026.
GL25: TAHUN PENUH PENGARUH, GAYA & EVOLUSI BUAT GLAM LELAKI
GL25: Sepanjang 2025, GLAM Lelaki terus memperteguh naratif lelaki moden menerusi deretan pencapaian dan kolaborasi eksklusif.
TOTAL GROOMING CHECK: SET PENJAGAAN RAMBUT & BADAN PILIHAN EDITORIAL
GLAM Lelaki memilih tiga rangkaian penjagaan rambut dan badan daripada OUAI, Shiseido Professional dan Grown Alchemist.
PENGALAMAN MAGIS POP-UP COACH HOLIDAY 2025
#StyledByJK bersama GL Gang, Jansen menampilkan trik mudah penggayaan musim percutian daripada koleksi Coach Holiday 2025.











