Skip to content

SKY ISKANDAR, DARI MODEL KE PELAKON

Kongsikan artikel ini

Editor & arahan kreatif: JOHAN KASSIM, Pengarah seni kanan: KHAI RAMLI, Pereka grafik: HILMAN HISHAM, Dandanan, CKAY LIAW, Grooming, KEVIN LEE, Gambar: EDMUND LEE/HEXA STUDIO, Pelatih amali: SITI MALIYANAH & BATRIESYA FAISAL,Teks & interviu: ASRAF AIDED

 

Bersempena edisi melabuh tirai bagi tahun 2024, GLAM Lelaki menampilkan dua nama yang semakin mencuri perhatian peminat di Malaysia. Mereka adalah pelakon, Amir Ahnaf (24) dan model serta pelakon baharu, Sky Iskandar (30).

Dua jejaka ini sememangnya berbakat dan punya pakej tersendiri. Mereka juga semakin komited memperkukuhkan portfolio dalam kerjaya seni bagi menggapai impian.

Baik Amir mahupun Sky, keduanya bukan jenis bekerja sambil lewa. Peluang yang ada didepan mata pastinya tidak akan dipersiakan lebih-lebih lagi sesudah muncul dalam filem terbaharu, ‘Kahar: Kapla High Council’ yang mula ditayangkan di pawagam 28 November lalu.

SKY ISKANDAR, DARI MODEL KE PELAKON

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

SKY ISKANDAR, MODEL, PELAKON BAHARU

HOW’S 2024 GOING SO FAR?

Syukur, tahun ini berjalan dengan sangat baik setakat ini. Sejujurnya saya tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk 2024. Namun dengan kurniaan rezeki daripada Tuhan, saya dapat mencapai perkara-perkara yang tidak saya bayangkan sebelum ini.

Saya percaya, ini adalah permulaan yang baik untuk kerjaya saya dalam dunia seni. Sebagai seorang model pula, saya perlu teruskan apa yang sudah saya lakukan seperti biasa.

APA AZAM TAHUN BAHARU KAMU?

Saya mahu kekalkan momentum dalam kerjaya, saya perlu perbetulkan mana yang kurang dan lebih bereksperimen dalam lakonan selagi mana ia tidak melampaui batas.

Pada masa sama, saya juga berharap agar berlakunya perkara yang baik-baik dalam tahun 2025. Selain bab kerjaya, kesihatan dan kebahagiaan hidup juga perlu saya beri keutamaan.

SKY ISKANDAR, DARI MODEL KE PELAKON

Tank top, SANDRO, seluar, CALVIN KLEIN JEANS & kasut formal, LARRIE

APA IMPIAN TERBESAR KAMU SEBAGAI SEORANG PELAKON?

Saya mahu teroka potensi diri sejauh dan setinggi yang mungkin. Saya tidak mahu mensia-siakan rezeki dan peluang yang sudah ada. Lagipun ini adalah jalan yang saya pilih, maka saya perlu melakukan yang terbaik.

Memang tidak mudah untuk menggapai kecemerlangan, tetapi ia bukan sesuatu yang mustahil asalkan kita sentiasa berusaha keras dan tidak mudah berputus asa.

SETAKAT INI, APA CABARAN YANG KAMU HADAPI SEBAGAI SEORANG PELAKON?

Ada banyak cabaran antaranya dari segi masa. Saya perlu seimbangkan masa dengan baik antara kerja dan keluarga. Sesibuk mana kita bekerja, jangan sesekali mengetepikan keluarga.

Cara membahagikan masa ini terserah kepada individu, ikut keselaan masing-masing. Untuk saya, syukur setakat ini semuanya masih terkawal dengan baik.

BOLEH KONGSIKAN WATAK IDAMAN KAMU?

I’d really like to play a frontman of a band. Saya sendiri tidak tahu kenapa tetapi memang saya suka watak sebegitu. Saya boleh bayangkan rasa seronok dan puas pelakon-pelakon seperti dalam filem ‘A Star Is Born’, ‘The Dirt’ serta drama siri ‘Daisy Jones & The Six’.

Saya harap akan ada rezeki dan peluang saya membawakan karakter sebegitu suatu hari nanti!

BERKENAAN FILEM KAHAR: KAPLA HIGH COUNCIL, APA PERKARA MENARIK TENTANG WATAK KAMU?

Saya memegang watak sebagai Megat Shah iaitu seorang pelajar tingkatan 5 dan ‘Kapla High Council ‘ tahun 2005.

Boleh dikatakan, Megat adalah salah seorang penggerak Kahar dalam high council, penonton sebenarnya boleh melihat beberapa persamaan antara watak Megat dan Kahar.

SKY ISKANDAR, DARI MODEL KE PELAKON

Sut, MOSCHINO & sniker, LARRIE

TENTANG PERSAHABATAN KAMU DENGAN AMIR AHNAF, DIA BAGAIMANA ORANGNYA?

Pendapat saya, Amir mempunyai semangat anak rantau yang kuat. Seperti yang ramai tahu, Amir berasal dari Terengganu dan kuat bekerja mencari rezeki di ibu kota. Selain itu, dia juga seorang yang berfikiran matang dan bersikap rasional.

Persahabatan saya dengan Amir dan juga pelakon Aedy Ashraf adalah sesuatu yang sangat istimewa. Ikatan persahabatan dan keserasian antara kami berlaku secara natural, ia memudahkan lagi urusan kerja ketika kami berlakon bersama.

SEANDAINYA JADUAL LAKONAN SEMAKIN SIBUK, ADAKAH KAMU AKAN MEMPERLAHANKAN KERJAYA SEBAGAI MODEL?

Ia bergantung kepada masa, saya masih cintakan bidang modelling dan tidak merancang untuk meninggalkannya. Saya akan cuba sedaya upaya untuk masih melakukannya.

Hendak seribu daya bukan? Mungkin pada masa akan datang, saya boleh manfaatkan hari-hari yang tiada penggambaran atau lakonan atau off days untuk kerja-kerja modelling.

Amir, Top, ONITSUKA TIGER, seluar denim, CALVIN KLEIN JEANS, Sky, Top, ONITSUKA TIGER, seluar denim, CALVIN KLEIN JEANS

KADANG-KADANG KAMU ADA BERKONGSI TENTANG HOBI MELUKIS DI MEDIA SOSIAL, ADA APA-APA PERKEMBANGAN TENTANG KARYA SENI KAMU?

Saya memang meminati seni lukis sejak kecil lagi. Sejak menconteng dinding di rumah nenek ketika masih bayi lagi saya sudah tahu saya ingin menjadi pelukis! (katanya berseloroh).

Sekarang, saya sedang dalam proses menyiapkan projek lukisan untuk seorang kawan. Menariknya, itu adalah lukisan terbesar yang pernah saya hasilkan. Kadang-kadang rasa gementar juga tetapi seronok kerana ia adalah minat saya.

SEPERTI AMIR, KAMU JUGA MENYERTAI CHALLO CLUB, BOLEH BERITAHU APA YANG KAMU SUKA TENTANG KELAB KECERGASAN ITU?

Saya sedia meminati sukan dan aktiviti kecergasan sejak dulu lagi. Kelab Challo yang ditubuhkan oleh Aedy Ashraf menyatukan kami semua ahli untuk sama-sama aktif melakukan aktiviti kecergasan. Aktiviti larian dan perlawanan bola sepak yang biasanya diadakan, tetapi bagi saya, Challo membawa falsafah di mana kita boleh memilih gaya hidup yang lebih baik, dan ia bergantung pada diri kita sendiri.

Selain dapat menjaga kesihatan, kami juga dapat merapatkan lagi hubungan persahabatan sesama sendiri. Itu semestinya nilai positif yang perlu diteruskan. I believe Challo has the spirit to bring out the best in us!

A BIT ABOUT YOUR STYLE, HOW DO YOU DESCRIBE IT?

Saya selalunya mengambil inspirasi daripada fesyen T-Shirt era 80’an dan jeans serta helaian flowy ala gaya resort.

Ketika ini, saya suka melihat dan membuat rujukan daripada gaya penyanyi Itali, Damiano David. Gaya beliau berfesyen sesuai dengan karakter dirinya.

Artikel berkaitan: THE RISING STAR, JOHAN ‘JOJO’ GHAZALI HIASI COVER BULAN NOVEMBER 2024

 

By Johan Kassim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

AMIR AHNAF, BIG STAR IN THE MAKING

Bacaan Lanjut
⁠5 PELAKON BARU FILEM ‘KAHAR: KAPLA HIGH COUNCIL’ ANDA PATUT KENALI

⁠5 PELAKON BARU FILEM ‘KAHAR: KAPLA HIGH COUNCIL’ ANDA PATUT KENALI

Bacaan Lanjut
FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM PADA NOVEMBER 2024

FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM PADA NOVEMBER 2024

Bacaan Lanjut
YSL Beauty

SERLAHKAN KEPERIBADIAN BOLD BERSAMA MYSLF LE PARFUM DI PAVILION KL

Bacaan Lanjut

FAZZIQ MUQRIS, KONGSI TIPS & BAGAIMANA UNTUK KEKAL BERSEMANGAT DAN KONSISTEN (PART 1)

Bacaan Lanjut

#CHALLORUN, GLAM LELAKI SENARAIKAN LIMA CHALLO BOYS BERTUBUH PALING FIT, SIAPA DI TEMPAT PERTAMA?

Bacaan Lanjut