SQUID GAME MUSIM KEDUA: KARAKTER BAHARU & WATAK LAMA YANG BAKAL KEMBALI
Sebagai tambahan kepada video pendek yang memaparkan patung ngeri Young Hee, Netflix turut berkongsi mesej khas daripada pengarah, penulis dan penerbit eksekutif siri itu, Hwang Dong Hyuk.
Menerusi mesej tersebut, dia mengesahkan bahawa Lee Jung Jae dan Lee Byung Hun akan menghidupkan kembali watak mereka sebagai Gi Hun dan Front Man dalam musim kedua.
“Squid Game musim pertama mengambil masa 12 tahun untuk direalisasikan tahun lalu. Namun ia mengambil masa hanya 12 hari untuk menjadi siri paling popular di Netflix.
“Sebagai penulis, pengarah dan penerbit, saya amat terharu dengan sokongan peminat dari seluruh dunia. Terima kasih kerana menonton dan menyukai rancangan kami. Gi Hun dan Front Man akan kembali, musim kedua akan tiba tidak lama lagi,” tulisnya.

Foto: Instagram
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KENALI LEE CHAE-MIN, RAJA KACAK DALAM DRAMA BON APPÉTIT, YOUR MAJESTY
Gabungan di antara wajah kacak, pesona semula jadi, dan bakat lakonan yang sedang melonjak naik dalam industri K-Drama, Lee Chae-min.
6 K-DRAMA ANDA PATUT TONTON PADA BULAN OKTOBER 2025!
Bulan Oktober 2025 dipenuhi dengan K-Drama dari pelbagai genre menarik yang boleh ditontoni di hari-hari lapang dari pelbagai platform.
PELAKON LELAKI PALING MENARIK DALAM NETFLIX WEDNESDAY MUSIM 2
Kenali barisan pelakon lelaki menarik dalam Netflix Wednesday musim 2 dari Principal Barry Dort hingga Pugsley dan Gomez Addams.
7 FILEM DAN SIRI BAHARU DI NETFLIX PATUT TONTON
Filem dan siri baharu dari Netflix sentiasa menjadi penantian ramai, lebih-lebih lagi peminat yang ingin mengisi masa pada hujung minggu.
KEHANGATAN FILEM ANIMASI NETFLIX, K-POP DEMON HUNTERS
Filem animasi K-Pop Demon Hunters menjadi satu fenomena dalam kalangan peminat filem dan muzik, dengan keunikkannya sendiri.
BAHAGIAN TERBURUK DALAM SQUID GAME SEASON 3 (SPOILER ALERT)
Squid Game Musim 3 berjaya goncang dunia, tapi satu babak jadi punca peminat kecewa.











