SULTAN IBRAHIM ANGKAT SUMPAH SEBAGAI YANG DI-PERTUAN AGONG KE-XVII
Tanggal 31 Januari 2024 melakar sejarah buat negara apabila Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dimasyhur sebagai Agong ke-17.
Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan diadakan pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-264 yang dipengerusikan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
Balairung Seri, Istana Negara menyaksikan Sultan Ibrahim diangkat secara rasmi sebagai Ketua Utama Negara baru bagi tempoh lima tahun. Istiadat berlangsung penuh tradisi dan adat Raja-Raja Melayu.
Pada istiadat sama, Sultan Nazrin Shah yang merupakan Sultan Perak turut mengangkat sumpah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
Pertabalan Sultan Ibrahim Dihujani Ucapan Tahniah
Kedutaan asing di Malaysia tidak melepaskan peluang berkongsi kegembiraan yang dirasai rakyat Malaysia. Di media sosial, duta Amerika Syarikat berkongsi poster Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berserta ucapan tahniah.
“Kedutaan AS di Kuala Lumpur menzahirkan tahniah kepada Sultan Ibrahim, Yang di-Pertuan Agong ke-17. #DaulatTuanku #Agong.”
Kedutaan Kanada turut memuat naik poster yang sama di akaun rasmi X. “Tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.”
Pemasyhuran Seri Paduka Baginda sebagai Agong ke-17 adalah bagi menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menamatkan pemerintahannya pada 30 Januari 2024. Baginda ditabal sebagai Agong ke-16 pada 31 Januari 2019.
Foto: Reuters
Pautan berkaitan: FAKTA MENARIK MENGENAI PEMANGKU SULTAN JOHOR TUNKU MAHKOTA ISMAIL
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 PUTERI JELITA YANG BAKAL MEWARISI TAKHTA DI EROPAH
Kenali siapakah gerangan yang bakal bergelar monarki Eropah suatu hari nanti, mengikut jejak langkah Ratu Elizabeth II dan Permaisuri Margrethe II.
5 PERKAHWINAN KERABAT DIRAJA YANG BERTAHAN LEBIH 50 TAHUN
Senarai perkahwinan kerabat Diraja dari seluruh dunia yang paling lama bertahan dalam sejarah.
KENALI TENGKU MUHAMMAD, PUTERA DIRAJA PAHANG YANG MENCURI PERHATIAN RAKYAT SEMASA KEMBARA BORNEO
YAM Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah merupakan putera kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
17 FOTO PERKAHWINAN GILANG-GEMILANG PUTERA AL HUSSEIN & RAJWA AL SAIF
Tanggal 1 Jun 2023 melakar detik bahagia buat Putera Mahkota Jordan, Al Hussein apabila disatukan dengan wanita pilihan hatinya.
10 PASANGAN DIRAJA & KISAH PERTEMUAN PERTAMA MEREKA
Sama seperti orang lain, pasangan Diraja juga mempunyai kisah cinta unik mereka sendiri untuk diceritakan.
PERSALINAN TERBAIK PADA HARI BERSEJARAH RAJA CHARLES III
Himpunan fesyen terbaik tetamu berprofil tinggi pada upacara pertabalan Raja Charles.